Rabu, Januari 15, 2014

ISU SEKOLAH : PENGABAIAN KESELAMATAN PELAJAR DAN KOS PENGANGKUTAN BERGANDA


Masalah ini mungkin dihadapi ramai ibu bapa pelajar sekolah. Justeru saya mengambil keputusan berkongsi sedikit maklumat bersama pembaca blog ini. 

Berikut rakaman perbualan saya bersama guru wanita sekolah di Petaling Jaya, Selangor. 

"Assalamualaikum cikgu. Nama saya, Mazidul Akmal Sidik, ayah kepada seorang daripada pelajar di sekolah ini. Pada hari Rabu dan Khamis, anak saya menyertai kokurikulum bola sepak di antara jam 8 dan 10 pagi. Anak saya perlu pergi ke padang di kawasan perumahan terletak kira-kira 2 kilometer dari sekolah atau rumah dan kemudian balik sendiri. Dia bersekolah sesi petang. Dimaklumkan, padang di sekolah kini digunakan oleh atlit, betul ke cikgu?," soal saya.

"Ya, kami expect ibu bapa menghantar anak mereka ke padang di luar sekolah itu," kata beliau.

"Cikgu, cikgu juga barangkali seorang ibu. Lazimnya pada jam 8 pagi, ibu bapa pelajar sudah berada di pejabat atau di tempat kerja. Pagi tadi, saya menumpangkan 4 pelajar untuk pergi ke padang di luar sekolah itu. Dua daripada mereka sedang berjalan kaki untuk ke padang sama. Saya memberhentikan kereta dan mempelawa mereka naik. Itu FAKTA. Ibu ayah, menghantar mereka ke sekolah dan kemudian terpaksa terus ke pejabat. Tindakan membenarkan pelajar berusia 13 tahun berjalan kaki ke padang di luar itu berisiko. Dalam perjalanan ke padang, sebilangan  pelajar dari sekolah terpaksa melintas jalanraya dan lebuh raya. Pulang dari padang pada jam 10 pagi,  anak saya berjalan kaki balik ke rumah. Pelbagai kejadian tidak diingini boleh berlaku," hujah saya.

JIKA pihak sekolah memaklumkan ibu bapa sebelum sesi persekolahan bermula, padang sekolah tidak boleh digunakan dalam tempoh tertentu, In Sha Allah, ibu bapa berpeluang mengaturkan anak dihantar dan dijemput selama dua hari dari padang itu menggunakan van sewa.

[ Ingin MENGIKLANKAN produk/servis di blog ini? Hubungi Shahrul 019 270 9061 ]

Kegiatan kokurikulum di padang sekolah, lebih selamat.

"Baiklah, saya akan mengemukakan hal ini kepada pihak pengurusan sekolah," balas beliau ringkas.

Kos pengangkutan dari rumah ke padang di luar sekolah, RM150 sebulan DITAMBAH RM150 lagi untuk kos penghantaran anak ke sekolah pada sesi petang menggunakan bas atau van.

Nampaknya, saya harus bekerja lebih masa tahun ini.

"Saya dahulu pun menghantar anak pada waktu petang ke padang di luar sekolah untuk kegiatan kokurikulum dia," celah beliau.

"Kalau petang barangkali sebilangan ibu bapa sudah pulang bekerja. Macam cikgu bertugas sesi pagi, anak belajar di sesi pagi, memang tiada masalah jika menghantar anak pada waktu petang untuk kegiatan kokurikulum," hujah saya.

Masalah berikut turut saya kemukakan

"Seperkara lagi, saya terlihat beberapa ekor anjing liar berkeliaran di padang di luar sekolah terbabit sekaligus keselamatan pelajar diperjudikan," kata saya.

Biar berjaga sebelum terkena. Jangan terantuk baru terngadah.

"Saya juga dimaklumkan, setiap pelajar dikenakan bayaran RM5 untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Namun tiada sebarang pemberitahuan bersurat dibuat oleh pihak sekolah kepada ibu bapa. Bila dia balik ke rumah dan ditanya, duit itu untuk apa? Terkulat-kulat dia hendak menjawab. Bukankah setiap pembayaran TAMBAHAN harus dimesyuaratkan terlebih dahulu? Atau sekurang-kurangnya, maklumkan kepada ibu bapa, tujuan pengutipan PEMBAYARAN TABAHAN itu," jelas saya.

"Saya bukan in charge bahagian itu," jawab beliau.

Anak sulung saya, kini menuntut di tingkatan 4 tidak pernah dikenakan BAYARAN TAMBAHAN untuk aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Damansara Utama. Bukan jumlah bayaran dipertikaikan. Bayaran RM5 tidak menjadi kudis tetapi tujuan, kaedah pengutipan dan kaedah komunikasi boleh dipersoalkan.  

Satu beban besarkah untuk pihak sekolah memaklumkan ibu bapa berhubung tujuan penggunaan wang itu? Jika bimbang membazirkan kertas, kongsikan sahaja maklumat tatkala hari orientasi pelajar berlangsung.

"Baiklah, saya tinggalkan nombor telefon bimbit dan jika boleh, saya mohon penjelasan berhubung dua isu ini," ujar saya.

Barangkali ramai lagi ibu bapa di seluruh negara mendepani pelbagai masalah lain berhubung persekolahan anak tetapi tidak mempunyai kaedah berkesan untuk berkongsi pengalaman.

Silakan, ruang komen di bawah sentiasa mengalu-alukan pandangan membina.


14 ulasan:

  1. Saya adalah antara "first-time" parents yang anak baru bersekolah tahun 1. Semasa orientasi, ada guru besar memberitahu bahawa ada kegiatan ko-kurikulum yang dikendalikan oleh pihak luar, justeru ada yuran yang perlu dibayar. Dan GPK Ko-kurikulum ada memberi surat mengenai kegiatan ko-kurikulum yang ada di sekolah anak saya, jadualnya dan yuran yang perlu dibayar setiap bulan atau setiap 3 bulan.

    Ada juga kegiatan sukan yang percuma dan dibertahu melalui laman web sekolah tersebut.

    Saya rasa dalam soal ni, adalah masalah komunikasi berkesan. Kadang-kadang bila ada pihak menganggap perkara ini menjadi perkara lazim (tiap-tiap tahun buat), jadi mereka fikir semua ibu bapa maklum hal ini. Jadi masa mesyuarat PIBG nanti, boleh saudara Mazidul kemukakan isu ini untuk kebaikan semua.

    BalasPadam
  2. Salam Mazidul. Selalu keputusan sebegini diambil oleh pihak pengurusan sekolah dan bukan guru. Guru hanya menjalankan arahan yg telah diberi oleh pihak pengurusan sekolah. Saya percaya perkara mcm ni boleh rujuk terus kepada Pengetua atau Guru Besar. Biar mereka tahu samada keputusan yang mereka ambil itu diterima atau tidak oleh ibu-bapa. Dan selalunya pihak pengurusan sekolah malas nak cetak surat untuk dihantar kepada ibu-bapa tentang bayaran atau benda-benda yang sepatutnya. Mereka hanya menyampaikannya sewaktu perhimpunan atau melalui guru kelas dan mengharapkan pelajar tersebut menyampaikannya kepada ibu bapa masing-masing...

    BalasPadam
  3. Bukan semus sekolah yang menjalankan aktiviti ko-ku di luar sekolah. Sepatutnya tajuk entri ini ditukar kepada ISU SEKOLAH : ISU KESELAMATAN SEBILANGAN SEKOLAH DALAM MENJALANKAN AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN KENAIKAN KOS PENGANGKUTAN agar persepsi pembaca tidak mengatakan bahawa semua sekolah adalah tidak selamat. Isu ini harus diutarakan kepada pihak sekolah kerana kebanyakan guru biasa tidak ada kuasa untuk mengulas keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan sekolah. Bagi sekolah kategori Luar Bandar atau pedalaman, isu ini jarang timbul kerana fasiliti yang agak mencukupi walau serba kekurangan. Pengalaman saya bertugas lebih 7 tahun di sekolah luar bandar, isu keselamatan pelajar tidak menjadi masalah dalam setiap aktiviti kerana pemantauan yang ketat. Tentang bayaran luar, semuanya memang diputuskan dalam mensyuarat PIBG dan dipersetujui semua. Bagi ibu bapa yang jarang menghadiri mesyuarat PIBG kerana disebabkan tugas , perkara ini akan menjadi kejutan. Saranan saya, luangkanlah sedikit masa untuk menghadiri apa-apa mesyuarat atau aktiviti PIBG sekolah kerana banyak ketetapan dan perkara baru terbit dari situ.....
    SEKADAR PERKONGSIAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saudara jack, setiap kali perjumpaan PIBG atau pon sesi dialog antara ibubapa & guru saya tidak pernah gagal utk hadir....malangnya, apabila PIBG diadakan, isu yg didebat pasti tidak akan mendapat perhatian drp AJK PIBG sendiri...semuanya nak ikot kepala mereka...so, what for PIBG diadakan?...sesi dialog dgn ibubapa pon camtu gak...utk apa perjumpaan diadakan kalau setiap isu yg ibubapa utarakan guru besar ataupon pihak sekolah sendiri takkan endahkan...yuran PIBG kita semua sedia maklum, itu adalah kata putus dlm mesyuarat...ok, fine...tapi setiap bulan pasti ada kutipan derma yg dibuat oleh pihak sekolah...walhal kutipan itu utk majlis budak darjah 6...so, kenapa perlu buat kutipan utk semua murid...bukankah ada peruntukan setiap panitia di sekolah?..adik² saya guru, diorg pon hairan kenapa sekolah di Putrajaya lain sket sistemnya...mungkin kerana sekolah Gred A?...kesian kat ibubapa yg kurang mampu...

      Padam
    2. Sabat Jack. Dicatatkan di entri, anak saya berada di TINGKATAN SATU(1).

      BIlakah pula ada mesyuarat PIBG? Sehari sebelum sesi sekolah bermula? Tahun lalu? 2 minggu lagi?

      Aduh.

      Padam
    3. mesyuarat PIBG biasanya diadakan sebelum berakhirnya bulan mac setiap tahun kerana sebelum akhir bulan Mac... pihak sekolah perlu menghantar hasil dapatan daripada mesyuarat tersebut kepada pihak JPNegeri masinng2. biasanya jugapihak AJK PIBG serta sekolah akan senaraikan jumlah sumbangan yang perlu berdasarkan keperluansemasa dan jika dipersetujui dengan jumlah tersebut barulah kutipan boleh dibuat. ada sekolah sumbangan PIBG cuma rm20 je sbb ahli2 tak stuju sumbangan dinaikkan. apapun apa yang sekolah cadangkan untuk sumbangan tersebut biasanya rasional dengan perkembangan pendidikan yg mmrlukan jumlah kewangan yg besar terutamanya dalam pembelian kertas serta kos fotostat. bagi persatuan dan kelab pula, biasanya yuran ditentukan dalam mesyuarat agong masing2 setelah dipersetujui oleh ahli2 kelab (pelajar sendri yg tentukan jumlah)... itupun yuran rm5 untuk setahun. yg akan digunakan untuk perjalanan kelab dan persatuan tersebut cth: alat & bahan untuk papan kenyataan kelab, beli cat, buat air dsb.

      Padam
  4. saudara mazidul, anak saya bersekolah di SK Putrajaya Presint 18(1)...Guru Besar sekolah tersebut meminta agar setiap ibubapa yg mempunyai sebarang masalah boleh berhubung dengan beliau samada melalui whatsapp, telefon ataupun sms...ok, di situ nampak keprihatinan seorang Guru Besar yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak murid di bawah seliaan beliau....anak saya berada di tahun 5 & masih belum mendapat 4 buah buku teks...alasan yg diberi oleh guru SPBT, buku tiada dalam stok...buku teks Maths yg dapat pon dah hampir lunyai, saya minta anak saya kembalikan buku tersebut & menunggu stok buku baru...malangnya, cikgu tersebut menyuruh anak saya menggunakan buku lunyai itu...bagaimana anak saya nak belajar dgn buku yg lunyai, mukasurat yg dah hampir terkoyak...inisiatif saya untuk membeli buku teks Maths yg baru bernilai RM23.90...saya menghantar Whatsapp kpd Guru Besar membuat aduan tentang masalah ini....malangnya, jawapan yg diberi ialah: SURUH ANAK PUAN DATANG BERJUMPA SAYA DI PEJABAT ESOK...utk apa nak suruh anak saya jumpa beliau?..saya juga bertanyakan siapa guru kelas utk tahun 5 Firuz..jawapan beliau: SAYA TIDAK PASTI..NANTI SAYA MAKLUMKAN KEMUDIAN...saya tunggu 2 hari utk dptkan kepastian, malangnya tiada balasan...saya pergi ke pejabat sekolah untuk berjumpa sendiri dgn Guru Besar...MAAF PUAN, GURU BESAR TAKDE...jawapan yg diberi oleh kerani..walhal Guru Besar baru sahaja lalu di hadapan saya...ok, saya jumpa dgn HEM...beliau spt terpaksa utk mendengar aduan saya & kami berjumpa hanya 5 minit...so, di mana janji Guru Besar yang beria² menyuruh ibubapa berinteraksi dgn guru sekiranya ada masalah?...sudah laa jadual waktu persekolahan diberi salah, waktu persekolahan tahun ni dipanjangkan hingga jam 1.45 ptg...jam 2.30 waktu utk KAFA pula...bagaimana dgn ibubapa yg terpaksa hadir ke mesyuarat waktu itu...umum mengetahui warga Putrajaya adalah kakitangan awam...bila diajukan soalan kpd Guru Besar mengenai waktu persekolahan yg baru, jawapan yg diberi: SILA TUKARKAN ANAK ANDA KE SEKOLAH LAIN...itukah jawapan terbaik dari seorang Guru Besar?....guru sekarang tidak sama seperti guru di zaman saya belajar dulu...

    BalasPadam
  5. Assalam ......

    apapun sbg ibu bapa ...jangan lupa hadiri mesyuarat pibg keh ....supaya apa saja isu berkaitan sekolah dpt dimaklumkan terus kpd ibu bapa dan jika ada apa apa bantahan atau cadangan dapt di salurkan terus kepada pihak sekolah ....

    anak saya pun ada bgtau ...kena bayarrm 40 sebagai sumbangan kpd pihak sekolah ( maybe cam yuran pibg), sy tiada bantahan ...sebagai ibubapa ....itu adalah tanggungjawab ....

    bro mazidul ..sampai sekarang saya x mampu nak menghantar depa pergi sekolah naik bas ....x mampu ...biar saya berhabis duit minyak motor ....ulang alik 2 kali ...huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shahrul, fahami FAKTA. Tiada isu bantahan diusulkan di sini. Soalan pokok, adakah kutipan wang biarpun RM1 boleh dikutip oleh pihak sekolah tanpa sebarang makluman bertulis?

      Jangan tersasar terlalu jauh apabila mencatatkan komen.

      Padam
    2. Assalam .....

      as long ianya dr sekolah...sy tiada bantahan .....semua itu ilmu ....sudah tentu buat tapisan sblm ambil apa apa keputusan .....

      tdkla tersasar apabila membuat komen .....bknlahh manusia apabila membuat komen .....semua sama .....amalan saja berbeza ....

      Padam
    3. Assalamualaikum w..b.t

      Saudara Shahrul... apa saje yg saudara maksudkn,sy sndiri pn tk faham dgn ayat last sedara..
      saudara Mazidul mengutarakan tentang isu prosedur...bukan soal berkira2 soal wang. mohon saudara faham dulu apa yg ditopikkan.

      terima kasih

      Padam
    4. assalam ......

      rasanya jika saudara pernah memegang apa apa jawatan atau ahli diperingkat kawasan (jkkk,rt,persatuan penduduk dll), saudara pasti mendengar pelbagai feedback dr pelbagai golongan orang.

      ianya cuma respon mengenai perkara yg diceritakan ...(maaf jika silap[

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. kepada pembaca blog ni, minta luangkan masa renunglah statement saya ni!
    masa sya sekolah dulu kot sekolah pagi koko pagi, sesi petang koko blah petang - tu 40 tahun lepas.
    tren sekolah masa kini
    sesi pagi koko petang sesi petang koko pagi
    kalau x menyusahkan namanya tu tuan/puan bodohlah
    cuba renung yg ni pulak:
    bukak sekolah je penggal pertama dok kalang kabut nak koko, spot, etc - cik gu x yah ngajor coz buku tak de
    masuk penggal kedua je terus exem -
    masuk penggal ke tiga - koko dah exem dah so apa lagi x payah ngajor lah cikgu cikge ni.
    Inilah yang dok dipikirkan dek MP/PPD cam ne nak susahkan mak bapak dan bodohkan pelajar.
    cam ne sekali pu saya nak ucap tahniah kat MP kita cox projek YB saya dapati amat berjaya.
    pengalaman dan pandangan ikhlas bapa kepada 7 anak.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.