Jumaat, Januari 24, 2014

LEMBAGA HITAM MUNCUL SEBELUM BOT DITELAN OMBAK GANAS


Selepas terbang kira-kira 3 jam dari KLIA ke dan Sibu, menaiki kenderaan dan feri lebih sejam, akhirnya saya kru Majalah 3, tiba di Pulau Bruit, Daro, Sarawak.


Nama pekan Daro muncul di media cetak dan elektronik selepas bot  panjang membawa 27 penumpang karam di Sungai Batang Lassa akibat dipukul oleh ombak besar pada jam 1.40 tengahari.

16 penumpang terselamat manakala 11 maut dalam kejadian menyayat hati itu. Sehingga entri ini dinukilkan, seorang lagi mangsa masih tidak ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat.


Saya tiba di Kampung Saai, lokasi mangsa menghadiri majlis perkahwinan, 18 Januari lalu. 


Majoriti penduduk, suku kaum Melanau beragama Islam. Sebaik tiba di Bilik Gerakan operasi mencari dan menyelamat, saya disambut mesra oleh penduduk kampung.


Mereka di bawah, antara wanita bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk pegawai dan anggota pihak berkuasa terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.


Saya berpeluang menemu bual pegawai pasukan Bomba dan Penyelamat serta Ketua Polis Daerah Daro, DSP Wagner Lisa.


Pada hari ke enam selepas kejadian, mangsa, bilal masjid Kampung Tekajong, Mahdani Akim, 55 tahun masih belum ditemui.

Jam 4.15 petang, saya  dibawa ke lokasi kejadian.


Sebilangan pembaca barangkali tertanya-tanya, luas sungguhkah sungai terbabit sehingga ombak berupaya mengaramkan sebuah bot panjang?


Saya rakamkan gambar di bawah, muara pertembungan 3 sungai, sebagai rujukan semua.

 

Diceritakan kepada saya, susuk lembaga hitam dilihat oleh sebilangan penumpang terselamat sebelum bot karam ditelan dek ombak mengganas. Biarpun laluan persisiran pulau becak, saya berpeluang meninjau bot terbabit dari jarak amat dekat.

"Seorang daripada mangsa wanita ditemui di bawah bot tenggelam," ujar anggota bomba bersama saya.



Jika tiada aral melintang, saya akan merakamkan kenyataan sebilangan daripada mangsa terselamat, tinggal di Kampung Tekajong. Pengalaman bak mati hidup semula mereka tempuhi pasti menarik untuk dikongsikan.

Sehingga kini, pemandu bot dilaporkan berada dalam keadaan trauma akibat kejadian meragut nyawa itu.

"Ini tragedi paling buruk berlaku sejak saya menjadi Ketua Polis Daerah Daro," ujar DSP Wagner.


In Sha Allah, saya akan berada di lokasi sehingga 28 Januari ini dan bakal berkongsi pengalaman dan visual bersama penonton Majalah 3.

30 ulasan:

  1. terbaik dari mazidul dan warga kerja tv3....inilah yg kami harapkan...terimakasih yang tak terhingga....usaha murni anda hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana datang ke lokasi dan melihat sendiri keadaannya.

    BalasPadam
  3. Takziah buat keluarga mangsa. Lepas ni boleh la buat liputan pasal jalan sibu-bintulu yg berlubang2 dan mgkin boleh membawa kemalangan.

    BalasPadam
  4. Mazidul memang terbaik. Sebagai warga Daro saya amat mengalu-alukan kedatangan beliau

    BalasPadam
  5. Dah mcm bukan sungai.....kita kat semenanjung ni sangka sungai nya mcm kat semenanjung...tak de ombak....rupanya dh mcm laut...

    BalasPadam
  6. Sungai sana dh mcm laut...sungai semnanjung tenang....hari2 diaorg pakai pengangkutan laut untuk urusan harian...risiko tinggi...kesian pd mereka

    BalasPadam
  7. terima kasih warga kerja TV3 kerana sudi melawat lokasi kejadian Bot Karam di sini,,,, Saya turut bersimpati kerana mereka merupakan jiran sepulau saya,,, Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan yang beriman,,, amin

    BalasPadam
  8. Aslkm encik mazidul,terima kasih kerana membuat liputan dr daerah saya..mohon encik mazidul buat jg liputan tntg masalah bekalan air dan elektrik yg kian meruncing di daro..bekalan air x bersih,kerap terputus bekalan air..dari tahun ke tahun masalah ttp sama.tiada tindakan drastik dr phk berkuasa..elektrik selalu blckout,ibarat chipsmore..sesco perlu ambl tndkn ke atas masalah ni,namun mcm xda tindkn yg di ambil..mohon encik mazidul buat liputan tntg mslh ni..keprihatinan encik amat di alukan...terimakasih...#anakwatanDaro#

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat dengan cadangan En Kusairi...suami saya mengajar di Daro..selalu memberitahu tidak ada air atau elektrik..air di sana dah mcm air di sungai tu lebih2 lagi kalau musim hujan..nak bawa anak istri pun risau.

      Padam
    2. Di kawasan pedalaman sarawak..mana2 tempat pon sama saja.kawasan saya di long lapok sehingga sekarang belum ada elektrik.masih pakai generator.air pon guna tadahan hujan

      Padam
  9. Mohon encik datang pekan daro.sy blanja nasi ayam.byk benda nk story ni..

    BalasPadam
  10. Suatu usaha yg perlu dicontohi...moga jln raya menghubungkan daerah kecil di pulau Bruit ke daerah2 lain di Daro dipercepatkan... trima kasih tidak trhingga kpd mrk yg trlibat dan prihatin...hanya Allah shj yg mmbalasnya...aminnnn

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah akhirnya saudara mazidul smp juga di pulau bruit..byk masalah yg boleh diketengahkan utk perhatian pihak yg bertanggungjawab..selain daripada masalah pengangkutan, bekalan air juga menjadi satu masalah yg sgt besar..penduduk menggunakan air hujan sebagai kegunaan harian..tiada bekalan air paip..masalah ini sgt meruncing bila tibanya musim kemarau..moga nasib penduduk di pulau bruit dapat dibela..terima kasih..

    BalasPadam
  12. Mengingatkan ku kembali pada tragedi pada 12 januari 2009.....

    BalasPadam
  13. Trima ksih x thgga kpd mazidul krna sdi mmbuat liputan ttg kjdian bot karam di Daro.sdikit sbyk dpt mmbuka mata pihak bkenaan ttg mslh2 d daerah Matu-Daro.Hrp pihak yg bwajib ambil tindakan yg spttnya anda perlu lakukn demi kepntingan rakyat.

    BalasPadam
  14. Saudara Mazidul...Terbukti anda adalah seorang Jounalist yang terbaik. Selain dari membuat liputan musibah begini, diharap suatu hari nanti anda akan kembali lagi ke daerah bertuah ini untuk membuat liputan tentang kemesraan dan keceriaan masyarakat Melanau Matu-Daro seperti liputan perkahwinan, perayaan dsbnya. Biar daerah ini akan menjadi salah satu destinasi yang akan dilawati oleh dunia luar. Semoga anda sejahtera selalu. Salute you bro....!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan cadangan tuan.... keunikan adat majlis perkahwinan kaum melanau di Pulau Bruit juga berbeza2 mengikut kampung.... makanan exotic seperti mang, ooh... serta kecantikan alam semula jadinya...

      Padam
  15. Saya amat bersetuju dgn rakan diatas.Sebagai isteri sya teramat risau setiap kali suami saya menaiki pengangkutan air.Sebagai pengusaha bot dan express mereka perlu tingkatkan lagi keselamatan penumpang.spt menyediakan jaket keselamatan.

    BalasPadam
  16. Selamat datang ke kampung Tekajong saudara Mazidul.. Sampaikan salam kepada datuk saya En. Baidi, penghulu kampung Tekajong. Sudah lama rasanya tidak pulang ke kampung kerana bimbang memikirkan kejadian seperti ini akan terjadi. Bapa saudara saya En. Naidi juga terlibat dalam kejadian tersebut. Alhamdulillah, beliau selamat. Namun saya masih sedih mengenangkan saudara mara lain yg tidak dpt diselamatkan. Al-Fatihah buat mereka. Terima kasih untuk saudara dan krew yg terlibat kerana prihatin akan kejadian dan kesusahan penduduk pulau. Jasa saudara akan dikenang sampai bila-bila.

    BalasPadam
  17. Terbaik dari kru majalah 3.diharap bukan setakat ini saja kru majalah 3 datang kekawasan kami,sebenarnya banyak lagi story yg boleh saudara mazidul perolehi dari kawasan kami iaitu daerah MATU DARO terbaikkkk terimakasih.

    BalasPadam
  18. Sdr. Mazidul. terima kasih atas segalanya. Kongsikanlah agar dunia tahu. Inilah nikmat kemerdekaan yang kami perolehi setelah lebih 50 tahun. Tragedi karam seperti ini bukanlah yang pertama berlaku di Pulau Bruit. Kisah duka ini hampir berlaku saban tahun, yang bukannya hanya kisah karam tapi kisahnya tentang nyawa yang terkorban. Selama ini tidak tersiar dalam laman media, tidak diketahui oleh dunia luar.

    BalasPadam
  19. Kepada ketua menteri sarawak yang baru dilantik...harap dengar masalah rakyat sarawak dan cari jalan penyelesaian...simpati sikit kepada org yg mengundi anda yer...

    BalasPadam
  20. moga setiap yang terjadi menjadi kayu ukur kepada pihak atasan dan menjadi pedoman kepada masyarakat setempat. moga Allah sentiasa merahmati usaha kita bersama amin...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.