Gambar 6 kereta pelbagai jenis di bawah, saya rakamkan kira-kira jam 11 pagi tadi di Palm Spring, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Semua kenderaan terbabit telah dibaraikan, sebilangan tiada enjin. Empat daripada kereta tersadai itu, jenis Perodua Kancil.
Hairannya, tidak pula saya melihat bengkel memperbaiki kenderaan di kawasan sekitar. Dua Kancil barai ditinggalkan sederet berhampiran tembok simen.
Jam 3 petang tadi, saya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Petaling Jaya. Anggota kedua menjawab panggilan saya berjanji menghantar unit kereta peronda, C4I ke lokasi.
Terima kasih.
Panggilan pertama saya dijawab oleh anggota bertugas di pejabat sama setelah disambungkan oleh operator saya hubungi menggunakan talian 037966-2222.
"Apakah masalahnya?," soal anggota itu setelah maklumat disalurkan.
"Barangkali kenderaan itu dicuri dan kemudian ditinggalkan. Oleh itu, saya menyalurkan maklumat kepada pihak polis," balas saya.
Saya suka memperkenalkan diri setiap kali berhubung menggunakan telefon sebelum bertanyakan identiti penjawab panggilan.
"Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?," soal saya.
Teragak-agak, dia berkata.
"Rahim"
Tidak salah andai orang awam bertanyakan identiti anggota atau pegawai polis ketika berkomunikasi menggunakan telefon sebagai rujukan.
Apabila saya menggunakan perkataan 'barai', dia kedengarannya keliru. Lazimnya majoriti orang Melayu mengetahui maksud perkataan itu.
"Saya cadangkan encik menghantar kereta peronda ke lokasi itu untuk membuat tinjauan," saran saya kepada anggota sama.
Sikap acuh tidak acuh ketika dia menjawab paggilan dalam pelat India, saya abaikan.
Selang 1 minit kemudian, saya membuat panggilan kedua dan dijawab oleh anggota polis wanita berbangsa Melayu.
"Adakah anggota polis bertugas di Bilik Gerakan ini bernama Rahim? Apabila ditanyakan identitinya tadi, dia mendakwa operator di Bilik Gerakan," soal saya.
Anggota terbabit terkejut.
"Tiada anggota bernama Rahim di sini encik. Tadi hanya ada anggota berbangsa India tetapi dia telah turun," balasnya dengan penuh sopan.
Nama anggota terbabit dimaklumkan kepada saya. Mungkin saya malang kerana berkomunikasi dengan anggota seperti itu. KETELUSAN dilaungkan oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia nampaknya dipandang remeh.
Di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus, kini berada di Tawau, Sabah, berikutan kembalinya ibu beliau ke Rahmatullah 2 hari lalu.

dekat apartment d'rimba pon sama bang...bnyk kereta2 yg barai...ada org kata kereta curi yg ditinggalkan kat situ..
BalasPadamdekat area rumah saya pun ada kes mcm ni...beberapa kali buat laporan pun, polis hanya datang tengok2 sahaja tapi tiada tindakan...
BalasPadamDekat Gugusan Mawar pun ada juga yang tersadai berbulan-bulan dan tak tahu tuan kereta
BalasPadamPolis yg buat rondaan termasuk mpv dan bit tak nampak ka...atau sengaja tak nampak
BalasPadamPetang tadi saya nampak saudara Mazidul di lokasi bersama dengan sebuah mpv polis. Di bahagian belakang Palm Spring pun banyak kereta barai tapi apakan daya pihak berkuasa tak berminat. Dah banyak kali saya email kepada pihak MBPJ berkenaan kereta barai/sadai (termasuk masalah sampah dan iklan haram di tiang lampu dan pokok) tapi sampai sekarang tiada balasan atau tindakan dari mereka. Susah kalau ada kakitangan kerajaan yang nawaitu kerja hanya untuk makan gaji.
BalasPadammaaf en mazidul .. saya yakin tak semua orang MELAYU MALAYSIA tahu apa makna BARAI. Saya orang UTARA dan memang tak pernah dengar dan guna perkataan itu. Dalam ertikata lain, perkataan itu tiada di dalam kamus bahasa orang Utara . Saya dengar dan tahu makna selepas menikah dengan orang Selangor. Tapi kami ada dan biasa guna perkataan terBURAI ... RELAI :)
BalasPadamAdakah kenyataan saya mengatakan SEMUA rakyat Malaysia mengetahui maksud perkataan itu?
BalasPadamSila periksa balik, baca baik baik, tengok betul betul.
Jangan menulis sesedap jari.
SMTI
BalasPadamerk.. saya pun org utara dan sy faham sgt maksud barai.... huhuhu
BalasPadamsaya dok batu kurau taiping perak, faham dan jelas dengan perkataan barai tu. tapi barai tu bukan isu yang nak diutarakan disini, tapi isunya kenapa kereta yang tersadai lama di pinggir jalan tapi di pandang sepi oleh pihak berwajib? berapa banyak kereta kecurian dilaporkan dan berapa banyak kes dapat diselesaikan, adakah kereta yang ada di dalam gambar ini termasuk salah satu laporan yang dibuat oleh mangsa kecurian kenderaan
BalasPadamEn. Mazidul, di rumah kawan saya tahun lepas di Suria Kinrara pn ada kereta tersadai mcm ni.Pada mulanya Perdana V6, ambil masa lebih kurg 2 bulan untuk barai secara total. Kemudaian latest sebuah Mercedez tahun 1994-1998 tersadai.Latest sy tgk cuma tayar dan lampu depan blkg dh di ambil.Sekarang maybe dah barai secara total mcm Perdana tersebut.
BalasPadam