Rabu, Januari 01, 2014

DATUK BANDAR KUALA LUMPUR MENYANGGAH KENYATAAN WARDINA SAFIYAH

Pada awalnya tatkala terbaca pengumuman peruntukan RM15 juta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saya juga hampir terkeliru.

Namun sebelum menulis di blog ini, saya mengambil sedikit masa untuk membaca maklumat bercetak secara lebih terperinci dan meneliti rakaman You Tube, ucapan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Klik di sini.


Saya agak terkejut membaca status laman sosial kenalan sewaktu bersama mengendalikan program bual bicara pagi TV3, Malaysia Hari Ini, Wardina Safiyah. Melalui pengamatan saya, Wardina, wanita bersifat lemah lembut, menghormati orang lebih berusia tatkala berbicara dan gemar membaca buku berbentuk ilmiah.

Sebelum bersiaran, dia juga tidak lalai membuat penyelidikan berhubung isu bakal dibincangkan.

Namun Wadina ternyata tidak begitu peka tatkala mencatatkan status di bawah.


Menurut Ahmad Phesal, RM15 juta BUKAN kos keseluruhan menampung perbelanjaan sambutan tahun baharu sekaligus menepis kenyataan terbuka Wardina. 

Sila baca petikan akhbar di bawah.


Tidak hanya melontarkan pandangan kurang tepat di facebook, Wardina kemudian melangkah setapak lagi apabila berkongsi pandangan sama di akhbar Harakah Daily.


Klik di sini.

Hemat saya, sebagai ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara, MPKN, Wardina sepatutnya bertindak LEBIH bijak menyalurkan ketidakpuasan hati itu terus kepada Perdana Menteri terlebih dahulu. Peluang bersuara itu lebih terbuka kepada dia, berbanding rakyat marhaen kerana Najib merestui kehadirannya di MPKN.

Jika tidak kepada Najib sekalipun, Wardina tentunya berpeluang menghubungi Datuk Bandar Kuala Lumpur. Sebagai ahli MPKN, saya percaya Ahmad Phesal tidak keberatan mendengar luahan hati Wardina.


Kenyataan kurang tepat sekiranya disebarkan insan berstatus selebriti di laman sosial dan akhbar dilihat mampu mencetuskan kebencian di kalangan masyarakat sekaligus berkebarangkalian menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

Fakta tetap fakta.

Saya menegur Wardina bukan kerana benci tetapi berharap dia akan mengeluarkan kenyataan LEBIH tepat di laman facebook dengan lebih 400,000 pengikut.



Apapun, saya berharap kerajaan Malaysia akan berusaha mengurangkan perbelanjaan setiap acara keraian pada masa akan datang. Rakyat terhimpit berikutan kenaikan harga barangan dan servis, itu juga fakta sukar disangkal. 

Jika benar dakwaan Wardina, TIADA bajet diperuntukkan untuk menangani gejala sosial di negara kita, kenyataan itu seharusnya diberikan perhatian oleh kerajaan.

5 ulasan:

  1. Memandangkan Wardina adalah ikon wanita Islam, selebriti malah terpilih sebagai ahli majlis konsultasi negara sekiranya maklumat yang ada diinstagramnya itu adalah tidak tepat, tidak berfakta malah boleh dikategorikan sebagai fitnah elok sangat jika beliau memohon maaf menggunakan medium yang sama. Jangan kerana kecenderungannya kepada politik, maka 'tiada dosa' jika maklumat dusta itu untuk memburukkan pihak lawan. Tidak salah dan tidak akan terjejas maruah jika berani memohon maaf, seberani ketika menulis maklumat salah tersebut. Wardina, kami tunggu apa maklum balas anda dalam polemik ini.

    BalasPadam
  2. Diharap sesiapa shj...sblm buat apa2 posting....harap selidiki dahulu fakta2. Jgn cpt sgt buat posting tanpa memastikn fakta2 kite benar2 tepat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju....kadang2 gajah depan mata tak nampak. Kuman, nun seberang tambak....jelas kelihatan.

      Padam
  3. Bro ,saya dan rasa nya ramai lagi pun tertanya tanya atas krateria apa Najib membuat pemilihan ahli ahli MPKN ni semua. Kita bukan nak menghina tapi rasa terhina kerana beberapa muka yang tidak sepatutnya berada disitu diberi tempat untuk bercakap dan memberi nasihat tentang perpaduan..hmmn

    BalasPadam
  4. Wardina - ikon wanita islam hek hek..
    Kenapa tak amik aby adabi jer

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.