Isnin, Januari 13, 2014

KENYATAAN KETUA POLIS SELANGOR BERHUBUNG KES 2 ANGGOTA POLIS PERONDA BERADA DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL

Berikut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Shukri Dahlan berhubung kes 2 anggota polis peronda berada di bawah pengaruh alkohol, klik di sini.


TIADA KOMPROMI TERHADAP ANGGOTA BERTUGAS DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL

Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti .

Kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti.

SENIOR DCP DATO' MOHD SHUKRI BIN DAHLAN
KETUA POLIS SELANGOR


2 ulasan:

  1. Agak2 boleh ke berubah sikap dua org anggota ni dgn menukar tmpt bertugas? Kalau dh yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pn berperangai macam ni bagaimana rakyat nk rasa selamat?

    BalasPadam
  2. Kalau budak-budak senang...hantar ajer ke Sekolah Pondok di Kelantan atau ke Henry Gurney.... Ini bapak budak..sekadar bertukar tempat bertugas tidak memberi apa-apa kesan ke atas akhlak mereka... walau bagaimanapun masa masih ada selagi nyawa belum sampai ke halkum..... maka berubahlah!!! kerana kematian sedang mengintai kita pada setiap detik dan ketika!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.