Ahad, Januari 12, 2014

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BUTA MATA BUTIA HATI


Bangunan di dalam pagar di sebelah kanan gambar di bawah, Uptown D' Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Dua hari lalu, pegawai Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ mendakwa dia mengikut telunjuk pihak pengurusan pasar malam itu dalam kes pembaharuan lesen peniaga.

Klik di sini.

Timbunan sampah berulat, lalat berterbangan.


Kurang 10 meter dari longgokkan sampah menjijikkan dan berbau busuk, gerai menjual makanan Pasar Tani Kota Damansara.


Pasar Tani, lokasi dikunjungi orang awam dan sebilangan mereka menjamu selera di gerai sambil dihidangkan bau hanyir sampah. 


Setiap pelanggan melintas, pasti terlihat kekotoran itu. Hairan bagaimanakah penguat kuasa MBPJ tidak mengetahui FAKTA, wujudnya tong sampah terbuka di kawasan itu. Adakah perlu sampah dibiarkan di situ?

Saya yakin, sampah bertaburan tidak dilupuskan oleh warga Johor, jauh sekali mereka tinggal di Kelantan atau Sabah dan Sarawak.

MBPJ, jangan bertindak terlalu lembab menangani masalah ini kerana kesihatan orang ramai SEDANG diperjudikan. Jangan buta mata, buta hati sekali.

1 ulasan:

  1. tahniah atas pembongkaran fakta dan isu yang encik mazidul ketengahkan. isu yang saya fikir patut diambil perhatian. di dalam hal ini, saya menjadi tertanya-tanya di mana peranan pihak pengurusan dan majlis perbandaran sendiri. antara mereka cuma menuding jari antara satu sama lain bagi mengelak diri agar tidak dipersalahkan oleh orang ramai. itu adalah satu bab dalam hal ini. bab yang ke dua, peranan orang yang membuang sampah. yer, sikap dan pemikiran harus diutamakan dalam setiap tindakan. termasuklah dalam hal membuang sampah ini. ibarat melepas batok di tangga. dalam masa yang sama, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba apabila menunggu pihak berkenaan untuk mengambil tindakan susulan. semua pihak harus mainkan peranan agar isu dapat diselesaikan dengan kadar segera. jangan terlalu fikirkan tentang keuntungan semata tapi sebaliknya dalam masa yang sama mendatangkan keburukan terhadap orang ramai. jadi,pihak perbandaran, mintak kerjasama untuk tampil dengan berani dalam isu ini, tidak ketinggalan juga pihak pengurusan kawasan kompleks ini, dan kalau elok sekali, dibawa turun wakil rakyat kawasan ini untuk selesaikan dan jawab persoalan tentang kawasan ini. jangan sekadar dalam bab kutip bayaran lesen sahaja majlis perbandaran turun, jangan dalam bab mengutip sewa sahaja pihak pengurusan turun, dan juga jangan sekadar meraih undi kemenangan sahaja, wakil rakyat turun.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.