Sabtu, Januari 04, 2014

PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO (IBDILILLAH ISHAK) WAJAR BERUNDUR



Barangkali sebilangan pembaca tersenyum simpul menonton klip video di atas. 

Apapun, secara jelas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyarankan penggunaan media sosial di kalangan ahli UMNO antaranya untuk menyampaikan risalah UMNO, mempertahankan dasar parti dan kerajaan di samping menangkis tohmahan pembangkang.

Manakala Pengerusi Biro Baru, BMB UMNO, Ibdilillah Ishak pula bersungguh-sungguh ingin pengendali laman sosial pro-kerajaan mengurangkan berpolitik di laman sosial ke kadar 50%. 

Jelas, misi Perdana Menteri berhubung penggunaan media sosial bercanggah dengan hasrat Ibdilillah. Biarpun ramai pengendali blog menyuarakan bangkangan mereka, Ibdilillah terus membisu dan gagal menampilkan ketokohannya sebagai Pengerusi BMB UMNO.

Saya perhatikan, majoriti pengendali blog pro-kerajaan sentiasa menukilkan pandangan hampir setiap hari. Mereka berusaha menghuraikan fakta kepada pembaca mengenai pelbagai salah tanggap mengenai kerajaan di entri blog. 

Sedangkan Ibdilillah mengemaskini status Instagramnya, once in a blue moon, klik di sini.


Hemat saya, lebih baik sekiranya Datuk Seri Najib melihat isyarat tanpa henti dihantarkan oleh ramai pengendali blog pro-kerajaan agar Ibdilillah berundur sekaligus menyerahkan jawatan disandang kepada individu lebih layak. 



Biarlah Ibdilillah memperuntukkan waktu terluang bersama keluarga tercinta. Sesekali boleh juga dia menghadiri sesi menghisap cerut bersama kenalan elit. Kalau kehadiran Exco Pemuda UMNO itu hanya mewarnai ruang life style di laman sosial, tidak berguna. Saya yakin, sebilangan individu lain lebih berkredibiliti dan layak memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi BMB UMNO.

Cukup cukuplah Ibdilillah.


8 ulasan:

  1. Maybe ini strategi UMNO nak alihkan fokus cybertrooper PR di blogosphere.Biar cybertrooper PR tidur dahulu.

    BalasPadam
  2. Bro, budak Ibdilillah ni orang kuat KJ. Umum tahu tentang betapa liberalnya KJ. KJ tahu apa yang dia buat dan dia tidak bodoh dalam usaha mencapai cita cita politiknya (cukup merbahaya buat negara terutamanya orang orang Melayu). KJ sebenarnya mempergunakan "kebodohan" budak Ibdilillah ni atas sebab sebab tertentu yang cuma KJ dan beberapa kerat saja lagi tahu tentang maksud tersirat demi memenuhi cita cita politik KJ. Lihat saja siapa yang KJ lantik sebagai Setiausaha Politik diri sendiri tapi mengapa meletak kan seseorang yang seperti Ibdilillah untuk menjadi Head of Cybertrooper Pemuda UMNO....pikir pikirkan lah...

    BalasPadam
  3. Makin jahanam UMNO bila ada ketua macam Ibdil ni, hanya mahu glamour bukannya tahu buat kerja pun...

    BalasPadam
  4. Salam bro Mazidul..

    Minta linkkan blog Mc di blog bro yang dahsyat ni.. http://kedahkekl.blogspot.com blog dari Kedah..

    BalasPadam
  5. Sbg blogger pro UMNO dan merupakan ahli UMNO, sy sdr terkilan dgn sikap acuh tak acuh Ibdil. Sy sdr masih ttanya2 bilakah Ibdil mahu memulakan tugas selaku Pengerusi BMB. Apa yg saudara Mazidul katakan itu benar, di pihak bloggers dan cyberstroopers UMNO / BN, kami di sini bermati2an mencari info dan maklumat utk bidas tohmahan pembangkang namun Ibdil masih leka dgn persekitaran 'selesa' yg beliau miliki hari ini.

    Nak cerita pjg kt sini, mcm x sesuai tp bole baca blog sy yg tak seberapa ni ;) Wasalam

    BalasPadam
  6. Salam bro Mazidul,

    Padat dan tepat berundur cara terhormat itu saja kami minta. PRU14 media sosial jadi platform paling penting. Kami tidak akan berhenti membuat teguran/kritikan ke atas Ibdil. Tegur demi kebaikkan institusi tak salah rasanya.

    BalasPadam
  7. Salam bro dan Salam #Lifestyle.

    Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas keprhatinan bro Mazidul dalam hal ini. Demi survival bangsa saya antara yang menetang keras perlantikan ibdil menjadi Pengerusi BMB. UMNO perlu orang yang tahu dalam bidang ini kerana pertempuran sebenar pada PRU 14 nanti akan menguji Panglima Perang Cyber UMNO.

    Pada pandangan saya ibdil bukan saja akan mati dalam perperangan tersebut tetapi akan membunuh sekali pasukan yang diketuainya.

    Blog saya : http://penadaritanahmelayu.blogspot.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.