Jumaat, Ogos 16, 2013

DATUK SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ DENGARLAH SUARA RAKYAT

Datuk Seri Mohd Najib Razak, bersuaralah, tegur tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan  Malaysia, Datuk Seri  Mohamed  Nazri Abdul  Aziz.

Sebaik menaip nama Nedim di Goggle, berikut antara gambar dipaparkan. Orang kaya, memandu kereta besar, semestinya mempunyai ramai peminat. 


Bak kata Mohamed Nazri dalam klip video di bawah entri ini ...

"And of course he doesn't have to be paid, he has a lot of money, HIS FATHER is rich"

Apapun, amat  janggal  apabila beliau melantik anaknya sendiri, Nedim untuk menjadi pegawai khas, RUJUK maklumat dipaparkan oleh laman sesawang rasmi kementerian diterajui oleh Mohamed Nazri. 

Carilah orang lain,  biar kelihatan natural. 


Apabila rakyat  bersuara, akurlah. Datuk Seri tidak perlu mempertahankan pandangan peribadi berbanding gesaan orang ramai. 

Baca catatan antara blogger berkredibiliti, klik di sini dan di sini.

Ini bukan soal siapa membayar gaji Nadem.  Rakyat tahu Nadem hidup mewah dan  dikelilingi oleh gadis jelita. Jika gajinya  dibayar oleh kerajaan sekalipun,  jumlah itu hanya di celah gigi sahaja. 

Secara logik akal,  kedudukan dan tindakannya sebagai pegawai khas  kelak  boleh disalah tafsirkan oleh pelbagai pihak samada penyokong kerajaan atau pembangkang. Jangan jadikan kementerian itu, kementerian anak-beranak.



Anak orang lain pun ada yang nakal  juga  tetapi tidaklah secara terlalu terbuka. 


TIndakan Mohamed Nazri itu secara rasmi membariskan beliau bersama Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau bukan menteri di Padang Rengas tetapi menteri untuk semua rakyat Malaysia.

Dengarlah kenyataan angkuh Mohamed Nazri.


59 ulasan:

  1. Sebagai bapa..saya rasa bagus anak tu diambik selain sebagai menjaga kepentingan bapanya di dalam kerajaan..Nadim juga diberi tanggungjawab dan dipantau oleh bapanye sendiri..secara tak langsung untuk jadikan dia lebih dewasa..dan dipantau oleh rakyat!!kerana sikit je kesalahannya nanti..akan kita hentam..sebenarnya Dato sri..ambil risiko tinggi...pada saya mulia bapa seperti ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap dah makan ubat utk hari ni... ramai lg yg menganggur dan berkebolehan dari si budak mentah yg xtau erti kehidupan susah ni...

      Padam
    2. masalahnya anak dia tu ada kelayakan ke nk jd pegawai khas tu? bg la kat org yg betul2 layak, cthnye student2 yg baru graduate dgn kelulusan yg cermelang..

      Padam
    3. skang kita hentam, si bapa tak layan , anak dia lagi seronok, besok belum tentu kita rasa yakin nk hentam .. kalau hentam pon boleh jadi tak layan macam sekarang ...

      memang ada sedikit logik, tapi tolong buat finishing dengan logik itu

      Padam
  2. sabagai bapa seorg menteri, anak begini bagus diambik sebgai Pegawai Khas, anak ini akan ada rasa tanggungjawab dan secara tak langsung akan jaga tingkah lakunya, sebenarnya risiko DatoSri amat tinggi..memang dia dapat pantau secara terus tapi dato akan juga terdedahkan dengan rakyat yang akan terus menilai atika Nadim..Sebagai ibupada amat saya sokong!!!(apa sangat jawatan Pegawai Khas tu...jaga beg/peribadi bapak dia je!!!)

    BalasPadam
    Balasan
    1. prangai pon lebih kurang je anak dan bapak..ada hati bapak nk jaga anak..phuii

      Padam
  3. kenapa la menteri kita ada yg bodoh macam nie......perception is a huge part of justification and istiqamah (continuous improvement) ....he just denied it.......patut ler BN kalah teruk last election....disebabkan beberok cam ni la.

    BalasPadam
  4. Saya memang dah lama tak gemar dengan NAZRI ni sebab stail dia memberi alasan sering tak BERHEMAH dan lebih menjurus ke arah KESELESAAN nya.Kekadang saya rasa dia tak hormat ketuanya dan kelihatan bagaikan mencabar ketuanya ..' kalau berani ambillah tindakan ' keatasnya. Isu anaknya yang kaya terlajak ni memang dah lama disuarakan dan menjadi topic perbincangan ramai. tapi dia tetap mempertahankan anaknya ( Anak tunggal atau anak lelaki tunggal ni ?? )!!! Kalau PM tak bersuara saya anggap PM pun tak kisahlah atau menyetujui tindakannnya.

    BalasPadam
  5. Masalahnya sibongkak ni masih bergelar menteri pun disebabkan Najib. Memalukan lagi menjijikan !!!

    BalasPadam
  6. baru smlm sy gugel nama dia sbb duk tgk ramai sebut siapa nedim.gambar ni jugak yg keluar ;(

    BalasPadam
  7. Assalam Bro

    Ini bukan perangai nakal lagi Bro... Ini dah dikira BEJAT ni... Syaitan pun tak bole lawan...

    BalasPadam
  8. Apakah wajar melantik anak sendiri dlm organisasi sendiri lain lah syarikat persendirian bapa kita punya.

    BalasPadam
  9. Nak turun sendiri atau di turunkan? Pilihan ada di tangan sendiri..MELUAT..

    BalasPadam
  10. he doesn't even deserve to be in the cabinet

    BalasPadam
  11. Nasihat saya sebai rakyat biasa supaya Datuk Nazri meninggalkan jawatan yang di pegang sebagai menteri. Orang politik yang memegang kuasa tak boleh kaya sangat,nanti anak-anak lupa diri dan perangai anak kena jaga, kena tegur kerana Datuk seorang pemimpin negara. Contoh kepada rakyat seperti kami. Tak kan perkara asas macam ni Datuk Nazri sudah lupa.

    BalasPadam
  12. Biarlah nazri nak lantik siapa pun dia dah jadi menteri ada kuasa dan hak...lagipun bukan dia lantik orang lain...anak dia jugak...aku tak kesah sangat hal remeh macamni...gambar tu entah betul entah tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sifat cam nie yg buat bangsa dan ugama diperkotak katikan.

      Padam
  13. Saya tak dapat bayangkan kalau Dato' Seri Mohamed Nazri dilantik menjadi TPM atau TKTPM (Timbalan Kepada Timbalan Perdana Menteri). Confirm gaya hidup anaknya lebih hebat dari Putera Henry, anak Putera Charles & cucu Ratu Elizabeth.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm ye ke lebih hebat dari gaya hidup Putera Henry? Mana tau?? dia bukan duduk Malaysia pun.

      Padam
    2. Ye ke lebih hebat dari Putera Henry? Tau ke mcm mana gaya hidup dia?? Dia nun jauh di luar negara.. bukan kat Malaysia pun.

      Padam
  14. Tak dapat saya bayangkan kalau Dato' Seri Mohamed Nazri diangkat menjadi TPM atau TKTPM (Timbalan Kepada Timbalan Perdana Menteri). Confirm gaya hidup anaknya lebih hebat dari anak raja.

    BalasPadam
  15. kalau sy pun akan lantik anak sendiri.. sebab nak ajar die lebih bertanggungjawab. blehlah anak tu belajar2.. dari melepak tak tentu pasal.
    mengapa murid dilantik jadi pengawas disekolah? mengapa artis ada pengurus peribadinya suami, atau mak sendri? bagi saya tak salah pun.
    rase saya gambar2 anak Datuk ni, gambar lama. saya tak heran budak2 muda yang terlajak.. kite sebagai yang tua dan berilmu, kenalah betulkan mana2 yang tak betul. sebab diluar sana ramai yang orang2 tua, imam, ustaz, ustazah, isteri orang, laki orang yang buat tak senonoh. kita jangan jaja2kan jahat anak orang, sebab kita pun ada anak. takut semua tu akan dipantul kepada anak sendiri. semoga anak2 kita tidak macam tu, tapi andainya tersasar, bersamalah kita memperbetulkan. teruskan berkarya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Tetapi melantik anak sendiri menutup peluang pada yang lain. Dalam statement Nazri, dia ada kata bapa dia rich man. So tak perlu kot duduk dalam kementerian pelancongan.

      Padam
  16. Hidup atas rasuah oleh Taiko2 Cinabeng. Segala kerja buat atas mainan oleh Cinabeng. Mana mahu turun sendiri. MEsti kena turunkan dia ni dari di pilih dalam Persidangan Agung UMNO nanti. Jenis-jensi najis seprti ini lah yang membuat rakyat benci pada UMNO dan Kerajaan BN.

    BalasPadam
  17. politik skrg politik persepsi..jgn biarkn persepsi msyarakat menghukum pemmpin UMNO/BN..ckup2la..dgn perspsi negatif yg di beri pd pmmpin UMNO/BN slame nie..yg ade pon x slesai..jgn d undang mslh yg lain...nazri aziz nie mmg pmmpin yg bongkak n sombong...ape yg dia kesah psl kritikn masyarakat..pelik knape DSN masih kekalkn dia dlm kabinet...moral nadim sndri mmalukn....boleh bw ank sbg petugas ttp biarla yg berwibawa n mmpunyai moral...

    BalasPadam
  18. Memang benar dia boleh melantik siapa yang dia suka. Cuma dia terlalu angkuh dengan berkata sedemikian. Tak timbul soal kaya atau tidak sebab bagi taraf aku, dia ni tahap miskin.

    BalasPadam
  19. kalau bukan betul gambar ni nazri saman la sebab fitnah..sombong dan berlagak

    BalasPadam
  20. Salaam,

    Setahu saya, DS Nazri ada beberapa orang anak lagi, dan Nedim bukan anak lelaki tunggalnya.

    Namun, dengan angkuhnya mengatakan "kementerian saya, cara saya", ini bukan satu carakerja yang baik. Bayangkan kalau syarikat-syarikat swasta, GLC, dan jabatan kerajaan mengamalkan carakerja sebegini.

    Buat apa perlu penemuduga dan HR department.

    Jawatan politik bukanlah jawatan mutlak, seperti juga jawatan2 atas lantikan lain. Amanah selesaikan tugas, bukan amanah raya yang boleh kita bahagi2 kan sesuka hati.

    BalasPadam
  21. orang2 kampung dgr juga citer anak2 pak menteri sebegini ingatkn tohmahan pembangkang saja...rupanya ada benarnya bukan setakat kabar angin saja...nampaknya kelemahan yang sedia ada akan terus mengundang banyak lagi unsur2 yg melemahkan...mesti segera diperbaiki ni...

    BalasPadam
  22. Beliau gagal mempamerkan contoh yang baik kepada rakyat. Sikap dan perangainya tidak selari dengan segala ucapannya. Sewaktu minggu-minggu awal pelantikkannya, beliau memakai baju batik Jawa ketika merasmikan aktiviti program pelancongan. Apakah beliau tidak faham atau sengaja menghina kebudayaan Malaysia? sedarkah beliau apa jawatan yang beliau sandang? kemuncak kepada rasa kekal kelemahan berfikir beliau apabila beliau dengan jelas menghina Tun Dr Mahathir sebagai negarawan. Hingga kini penghinaan itu kekal dan boleh dirujuk dimana sahaja. inikah sahaja pemimpin yang kita ada? Salam Aidilfitri

    BalasPadam
  23. Saya juga memang tidak beberapa berkenan dengan cara dan perwatakan Datuk Nazri sejak dulu. Kenyataannya selalu keras dan berbaur sombong. Agaknya dia dah memang macam tu. Saya terkejut kerana Datuk Nazri dikekalkan dalam kabinet kerana Datuk Najib ada peluang untuk mengugurkannya sebaik memenangi PRU yang lalu. Tentang akhlak kebanyakan anak-anak menteri ni...... ada yang elok dan ada yang sebaliknya. Mungkin puncanya ibubapa tak der masa nak didik hal agama, atau kekayaan dan kuasa telah mengubah cara hidup mereka. Apapun, Datuk Nazri ni kira warlord juga dalam kerajaan. Akarnya dah hampir sampai ke teras bumi.... Tapi kena cabut jugalah ya... Sebab lagi empat tahun punya undi, saya sudah nilai dari sekarang (macam konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah) KKSR

    BalasPadam
  24. zaman mahathir dulu , mahathir dah cakap tiada ahli keluarga, dalam kerajaan beliau sebabnya takut jadi macam ni, apabila dah selepas bersara barulah anak2 mahathir bertanding...

    BalasPadam
  25. Fair enough, gaji dari poket bapak. Adakah entitle utk travel claims? adakah meja dan pejabat khas disediakan di kementerian atupun dimana mana? Ada namecard dgn logo kementerian? Telefon reimbursible? Guna kenderaan kementerian? boleh ditakrifkan sbgai misrepresentation?

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum semua.

    Bila tgk je ulasan Nazri kat youtube, automatik rasa menyirap je. Sangat angkuh cara menjawab. Saya setuju dengan komen yang mengatakan beliau seolah-olah mencabar pemimpin, mencabar ketua dan yang lebih tak puas hati seolah2 mencabar rakyat. Macam rakyat ni tak boleh buat apa2 pada beliau. Nazri juga ada mention pasal election yang beliau menang hasil pilihan rakyat yang mana di katakan juga tentang pengundi muda. Rakyat Padang Rengas memilih UMNO / BN ... bukan beliau. Rasanya kalau letak calon BN yang lain pun InsyaAllah boleh menang. Sebagai ahli politik dan juga menteri kabinet, sepatutnya beliau lebih berhemah bila memberi ulasan. Ya di akui beliau orang berjawatan dan "rich man" seperti yang beliau sendiri katakan, tapi wajarkah beliau memberi ulasan dengan cara yang demikian?? Kementerian Pelancongan adalah di bawah kerajaan dan wang rakyat diguna untuk membayar gaji, kecuali kalau kementerian ini di biayai oleh Nazri sendiri tak kisah la dia nak lantik siapa pun berkerja dibawah beliau. Ingatlah Dato Nazri, anda dipilih untuk berkerja untuk rakyat bukannya rakyat berkerja untuk kamu. Rakyat yang meletakkan kamu ke atas kerusi empuk sekarang. Tanpa undi rakyat, kamu tidak akan berada di tempat sekarang. Jangan terlalu angkuh dan sombong. Harap DS Najib buat sesuatu.

    BalasPadam
  27. yang susah, pemandu teksi jugak.. sewa harian tetap mahal..
    sebuah teksi Toyota Innova 2.0 harganya RM 262,000.00 , sedangkan harga kenderaan tersebut telah dikecualikan cukai. Cuba anda bandingkan dengan harga sebuah Toyota Innova 2.0 bagi 'private car' harganya RM 103,000.00 ..

    Jom buat kerja matematik sikit , sewa permit bulanan antara RM 500-600 sebulan,
    kos ansuran dengan bank antara RM 1100-1200 sebulan bagi tempoh 7 tahun.
    bermakna total kos bulanan di antara RM 1600 -1800 sebulan.

    Tetapi penyewa beli teksi eksekutif terpaksa membayar di antara 2900-3000 sebulan.

    banyaknya mark up untung.. siapa jugak yang bertambah kaya...?? fikir-fikirkan..

    BalasPadam
  28. SMTI.

    Maaf bro Mazidul, saya keluar topik sikit.

    Nedim dikaitkan dengan Nora Danish. Saya suka Nora Danish, dia pelakon yang lemah-lembut dan ibu yang baik.
    Kalau Nora Danish jadi kahwin dengan Nedim, semoga Nedim akan berubah jadi baik dan tak nakal lagi. Amin! :)

    BalasPadam
  29. salam bro

    saya rasa dalam semua komen

    dpt disimpulkan, menteri nie kurang pandai bercakap

    tu mungkin kesalah dia ketika berucap atau bercakap depan sidang media

    so ....bro cadangkan satu kelas yang bro buat tu kepada menteri dan timbalan menteri

    supaya petah berkata, maklumat tepat dan bermakna di sisi masyarakat.....mulakan kelas tu dengan menteri ini

    sekian terima kasih.

    p/s...takan menteri tak mampu nak bayar bengkel atau kelas yang bro anjurkan tu (untuk kebaikan semua)

    BalasPadam
  30. Saya amat hormati komen awalan Rabi Hassan, cukup bersahaja dan sangat matang. Pada padangan saya adalah lebih wajar seorang ayah yg berpengalaman seperti DS Nazri meletakkan satu tanggung-jawab kepada anaknya Nedim dengan cara begini kerana, sekiranya Nedim gagal maka ayahnya la yang akan dipertanggung-jawabkan sepenuhnya. Ayah mana yang hendak anaknya sentiasa di condemn secara berterusan. Jangan kita terkejut jika suatu perubahan yang besar mungkin mampu dilakukan oleh Nedim atas kepercayaan yang diberikan oleh DS Nezri. Kita mungkin tidak mampu mengubah persepsi masyarakat atas apa yang pernah dilakukan oleh Nedim, namun, saya dengan kuasa doa. Kerana sebagai seorang muslim doa selemah dan sedaya kita adalah bermohon pada Allah agar kebaikan dan keajaiban dapat berlaku. Sekiran doa itu datang atas dasar keikhlasan maka Allah S.W.T lah yang akan menunjukkannya. Ada juga org-org yang pernah membuat jenayah lebih dasyat kembali ke pangkuan agama dan lebih baik akhirnya dari sesetengah dari kita yang mudah menilai ni. Apa-apa pun kita doalah agar Nedim menjadi insan yang berguna kepada keluarga bangsa dan agama kita. Wuallahuallam,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam saudara
      Kalau nak pantau anakpun apasal salahguna wang cukai rakyat Malaysia. Ingat Kement erian Pelancongon milik keluarga Datuk Nazri punya! . Sama macam lagi stu menteri nak didik suami dan anak bela lembu dalam kondo. Amat memalukan bagi seorang Menteri Kanan yang dah lama jadi Menteri tak tahu peraturan. Rasanya si Nedim tu dah sengkek sangatle. Mohon PM bertegas dengan perkara ini PRU 14 tinggal 4 tahun 9 bulan aje. Jangan kerana nila setitik habis sekandang lembu fidloat duduk dalam kondo.

      Padam
    2. Salaam,

      Saya bersetuju dengan Abg Sam.

      a)Kalau betul beliau mahu menjadi mentor kepada anak dalam belajar bertanggungjawab, DS Nazri boleh mulakan dahulu dengan Pejabat Walkil Rakyat Padang Rengas dan UMNO Padang Rengas yang suram itu. Jalankan tugas itu dahulu, atas kapasiti masyarakat. Uji mentalnya, uji pengurusannya. Bayar dari peruntukan Parlimen Padang Rengas.

      b)Doa? Doa tanpa tindakan adalah sia-sia; semacam tawakal tanpa usaha. Semacam berharap sembuh tanpa berubat.

      Padam
  31. This guy thinks he can do anything he likes..he shall serve rakyat and work for rakyat.

    BalasPadam
  32. apa yang menyedihkan bukan dia bercakap angkuh tentang jawatannya walaupon keputusannya memang salah walaupon kerajaan tidak mengeluarkan sedikit wang untuk membayar gaji anaknya.
    tetapi sebagai duta pertama malaysia dimata dunia, dia menggunakan bahasa asing sebagai bahasa perantaraan.
    sepatutnya bahasa ibunda malaysia diketengahkan biar negara asing menterjemahkan sendiri. kerana tamadun itu bermula dengan bahasanya bukan rakyatnya.

    sedih bila memikirkan bahasa kita dianak tirikan sendiri oleh pegawai tertinggi kerajaan dalam apa-apa persidangan atau perjumpaan. tidak seperti china jepun dan lain2 negara yang makin pesat membangun. mereka akan menggunakan bahasa ibunda sendiri dan membiarkan negara lain menterjemahkan sendiri.

    Jati diri cintakan Malaysia perlu lebih tinggi lagi

    BalasPadam
  33. Rakyat akan menunggu dan memerhati... keangkuhan nazri aziz menteri pelancongan campurtangan dalam urusan imigresen (dah biasa berlaku campurtangan) melawan ketegasan zahid hamidi menteri KDN yang menjaga imigresen. Apakah imigresen perlu lepaskan lagi pelancong lebih tempoh atau PATI atas alasan pelancongan?

    BalasPadam
  34. Rasanya anak dia tu bukan Islam ..sebab Islam yang saya tahu tak boleh peluk2 perempuan kan.. bertuah anak orang kayo ini yer..

    BalasPadam
  35. kerajaan kita ni family Business ke sekarang? berilah peluang pada yg layak, dan berkelayakan.

    BalasPadam
  36. aku tak kisah la anak dia ni kerja apa pun..nak jadi tukang urut bapa dia ke..driver bapa dia ke..jadi pegawai khas ke.. aku cuma nak pemimpin yang merndah diri dan tak cakap banyak mcm semangkuk ni..kalau aku undi kat padang rengas comform aku pakat ramai ramai tak nak undi dia..berlagak..sebab orang macma ni la negara hancur..

    BalasPadam
  37. si nazri bongak ni dipilih oleh rakyat utk bekerja utk rakyat...bila rakyat x setuju dgn keputusan dia, dia perlu akur, bukan dgn berlagak dan angkuh kata ini kementerian dia, dia puncya cara...puiiii kalau bukan rakyat pilih ko xde nyer dok dalam kementerian tu puiiii

    BalasPadam
  38. Mungkin anda semua terus memberi persepsi yang negatif setelah mendengar kenyataan Nazri Aziz. X semua orang mempunyai persepsi yang sama. Nazri Aziz sering dilabel sebagai seorang yang lantang, mulut jahat dan sebagainya. Tetapi saya tetap hormatkan beliau kerana dalam banyak-banyak ahli politik yang bertanding di Perak, baik peringkat Parlimen atau DUN, hanya beliau seorang sahaja yang sanggup berjumpa dengan semua yang terlibat dalam bilik gerakan semasa menunggu keputusan diumumkan di kediaman rasmi menteri besar. Tak lokek dengan ucapan terima kasih walaupun hanya pada telefonis sahaja. Hanya beliau seorang sahaja. Menteri pun manusia biasa, x terlepas dari membuat kesilapan. Kita sebagai rakyat boleh menegur, jangan ingat mereka akan terus melenting dan x terima teguran kita. Tetapi tegur dengan cara yang baik, cara yang menunjukkan kita ini bertamadun dan berhemah. Setiap tindakan yang diambil oleh seorang ahli politik ada baik buruknya. Terpulang pada rakyat untuk menilai. Always think positive and be positive. InshaAllah kita akan sentiasa nampak kebaikan dalam diri setiap insan.

    BalasPadam
  39. ada kelayakan ke si Nedim tu? Buruk akhlak Nedim tu bukan baru semalam rakyat menyebut..dah bertahun2 akhlak dia buruk..malah sengaja pulak dipampang pada umum..ada kes jenayah pula..perangai Nedim tak ubah mcm bapak dia jugak..pernah terbaca di paper Nazri Aziz memaki Tun Dr Mahathir! Siapa Nazri kalau nak dibandingkan dgn Tun M?? Org mcm Nazri ni tak patut simpan pun..plus dia mengaku yg dia kaya..so, apa perlunya dia pegang kuasa lagi..duit byk dia tu sudah boleh menongkat langit..biarlah org lain yg lebih bagus dan beretika serta tidak kurang ajar yg jadi pemimpin..bukan org2 mcm ni..

    BalasPadam
  40. Bayangkan jika semua menteri dan timbalan menteri ikut jejak Dtk Nazri? Semua letak anak sbg pembantu khas.Dan "kementerian saya" hak/suka hati sayalah siapa saya nak lantik.

    Sikap kurang peka dgn keadaan sekeliling boleh menjatuhkan imej kerajaan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.