Sifat manusia selalunya mudah.
Apabila telah membuat pembayaran, mereka mahukan servis dijanjikan. Teguran saya terhadap Unifi TM sebelum ini, mendapat sokongan ramai. Terima kasih kepada pengguna berani berbicara mendedahkan kebenaran.
Klik di sini.
Saya pernah menemu bual Azizan Osman sebelum ini dalam program bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini, mengenai rahsia di sebalik tarikh lahir.
Kini dia tidak lagi meneruskan kerjaya itu, barangkali kerana teguran pelbagi pihak, contohnya, klik di sini.
Kini seorang daripada peserta seminar Personal Coaching untuk Supreme Diamond Intensif Jutawan Industri dianjurkan oleh Azizan, Rohaniah Noor menegur penceramah itu secara berhemah.
Rohaniah membayar RM4999.
Rohaniah membayar RM4999.
Klik di sini untuk membaca ketidakpuasan hati diluahkan oleh Rohaniah. Saya teruja dengan perincian dan rentetan kejadian dikemukakan oleh Rohaniah dan tindakan beraninya, menongkah arus.
Melalui carian di internet kini sebilangan penulis mempertikaikan status 'Dr' diguna pakai oleh Azizan Osman, sila klik di sini.
Saya tidak dapat mengesahkan dakwaan itu kerana belum berpeluang membaca thesis Azizan di dalam bidang Metafizik. Sewaktu saya menemu bual dia, dia belum lagi bergelar 'Dr'.
Ramai lagi berbicara mengenai status PhD Azizan, klik di sini.
Secara peribadi, saya tidak pernah merujuk Azizan sebagai Dr.
Apapun setelah membina nama di Malaysia ini dan ramai alumni hasil didikannya, Azizan perlu menangani masalah diutarakan oleh Rohaniah.
Setiap individu berpuas hati dengan perkhidmatan dijanjikan, tidak akan memaparkan masalah di blog atau facebook.
** Jika ingin mempertajamkan lagi kemahiran bercakap memukau audien dengan bayaran berpatutan, sila klik di sini.
Saya tidak menjanjikan kekayaan tetapi kita semua akur, kemahiran berkomunikasi, senjata ampuh untuk menyampaikan informasi secara LEBIH berkesan dalam apa jua bidang anda ceburi.
Saya tidak menjanjikan kekayaan tetapi kita semua akur, kemahiran berkomunikasi, senjata ampuh untuk menyampaikan informasi secara LEBIH berkesan dalam apa jua bidang anda ceburi.
Jujurnya, saya tak pernah ingin ke seminarnya, waima ada tawaran " seminar percuma "..sebab modus operandi manusia sebegini tetap sama. Saya tak berani nak kata dia menipu ( sebab saya tak pernah selidik latar belakang Azizan Osman ini, jauh sekali nak baca FB page nya/cerita cerita seminarnya), tetapi deep inside, saya percaya naluri( instinct ) saya, bahawa saya tak boleh percaya dia. Ramai lagi ' usahawan' sebegini di Malaysia, yang pandai mengambil peluang( opportunist) atas sikap masyarakat yang SESETENGAHNYA nak cepat kaya/nak kerja mudah.
BalasPadamTak baik cakap mcm tu.. usahawan ingin mengubah hidup utk jadi lebih baik sebab itu lah mereka mencari ilmu dgn pelbagai cara. Awak tak pergi lagi dah pandai2 menuduh dgn ikut naluri. Nah kamu, pergi lah makan gaji sampai mati.
PadamNtahlah ramai yg mudah terpedaya..mana ada jln mudah nak jadi kaya....takkan bayar 4999 dah boleh jadi jutawan...sendiri fikirlah
BalasPadambukan bayar RM4999 terus boleh jadi jutawan. bayar 4999 untuk dapatkan personal coaching. masalahnya yang dijanjikan tak kunjung tiba walau dah berbulan2 menunggu. duit dah ambil. tiba2 nak tukar ke agenda lain..mmmm harap en baca entri cik rohaniah tu dulu :)
Padamrasanya saya pun mengikuti posting Rohaniah di FB, dia cuma mahukan apa yg dijanjikan dlm pakej tersebut ditunaikan.
Padamtak tau apa cerita.. baca sekerat jalan terus nak komen... mcm ni lah jadi nyer...
Padamsalam
BalasPadammenarik sekiranya abang mazidul dapat kupas isu azizan ni..bongkar dengan fakta
Kalau setakat pangkat Dr. (PhD / DOB) ni, memang ramai yang boleh dipertikaikan termasuklah Azeez Kadir. Tak nak ke check mcmana Azeez Kadir boleh dapatkan PhD?
BalasPadamBerguru/belajar dengan org yg kita kenal (bertanggungjawab). Media (buku, intenet, tutorials, FB) adalah bahan rujukan/medium sahaja.
BalasPadamtime kasih abang mazidul sebab tulis entri ni. semalam pihak DAO kuarkan notis untuk saman cik rohaniah ni tapi harini post di fb Alumni tu dah didelete. malangnya, semalam dah berbakul2 pengikut DAO ni mengutuk cik rohaniah. mungkin mereka tak boleh terima bila ada individu melahirkan rasa tak puas hati pada idola mereka..
BalasPadamSemua org ada kelemahan...tp sesuatu yg pelik jika dikatakan pakar tp buat kesalahan yg nyata...betulkan yg biasa, biasakan yg betul.....
BalasPadamsebelum ni jual bisnis seminar melalui self-claim pakar meramal potensi berdasarkan tarikh lahir, berdasarkan kajian metafizik kononnya. selepas ditegur oleh bekas mufti Dr Asri skrg sudah jadi pakar motivasi & business coach pula. mcm2 org buat bisnes ni. tapi biarlah jujur. dlm bidang service business ni bila dah janji wajib deliver. kalau tak mau deliver just pulangkan balik apa yg sudah dibayar.
BalasPadamBoleh semak semula di page alumni DAO..ada salah faham dengan personal coaching yg dimaksudkan Cik Rohaniah..
BalasPadamMohon En. Mazidul sharekan artikel tersebut di dalam blog ni..Terima kasih..
Salam Sejahtera, dulu saya dgn isteri pernah menghadiri kelas percuma DAO ni, kalau nak cerita pasal ilmu sampingan yg diturunkan pada saya ianya agak membantu dari segi ilmiah. Saya anggap ianya panduan untuk kejayaan ( dari segi bisnes mahupun pengetahuan hidup ). In Sya Allah.
BalasPadamCuma kes Cik Rohaniah ni, seelok-eloknya pihak DAO kenalah bertanggung-jawab. Samada memulangkan semula wang yuran tersebut ataupun menggantikan dgn kelas yang lain. Tak susah pun hidup ni kalau kita cuba nak menyelesaikan masalah. Itu pun antara kata-kata DAO sendiri semasa saya menghadiri kelas percuma beberapa tahun lepas.
Terima Kasih
hahaha sempat iklan :D
BalasPadamSalam Mazidul and netizen. Saya baru habis program DAO (IMKK) di Stadium Malawati Shah Alam selama 4 hari.6000+ peserta hadir (Muslim dan Non Muslim). Pasal tarikh lahir tu, saya percaya DAO sudah insaf dan dia sendiri dah langgar dinding dlm business dia sbb tiada keberkatan. Ini diakui beliau sendiri. So, dia berguru dengan seorang alim dari Indonesia. Gabungan dari ilmu yg beliau ada dari segi Mentoring dan Agama digaulkan dan hasilnya jadilah program Motivasi berlandaskan Islam yang ada sekarang ini. Tujuan utama DAO adalah pembangunan Agama Islam. Menyaran umat Islam berniaga seperti yg disuruh oleh Baginda Rasullullah s.a.w mengikut Al-Quran dan Sunnah Nabi. MURNI sangat cita-cita DAO. IKHLAS sgt perjuangannya. TAK RAMAI ORG MELAYU YG KAYA MCM DIA BERFIKIR TENTANG NASIB BANGSA MELAYU. Kalau ikutkan, kenapa dia masih lagi anjurkan program percuma? DIA DAH CUKUP KAYA. tak perlu pikir nasib MELAYU yg BENGKENG MACAM KITA. Tapi dia buat semua tu..untuk TABUNG AKHIRAT dia..KITA ADA FIKIR PASAL AKHIRAT? APA JASA KITA DEKAT MASYARAKA? Ada derma untuk masyarakat? Berapa sen sgt kita boleh derma kalau kita pon sengkek tiap-tiap bulan?? DAO anjurkan kita derma tiap-tiap hari..kalau kita tak kaya, mampu ke derma tiap-tiap hari?? ..kalau takat makan gaji..tak payah la..dapat masuk nasi dlm mulut pon dah lepas dah azab duduk KL ni...
BalasPadamSalam, saya setuju sangat dengan apa yang en.lighten.one katakan, tak perlu saya tambah banyak2. kalau sesiapa dah pergi seminar yang free ke atau yang bayar mesti dah belajar banyak benda contoh :- MESTI DAN POWER... jadi pada saya gunakanlah dengan THE POWER OF TINDAKAN!!!! jangan banyak complain buat dulu langgar dulu jika PAKEJ U ada dijanjikan begitu saya pon ada maa... tapi ada saya blame DAO pasal saya tak berjaya atau perlukan dia disebelah baru saya bersemangat atau buat TINDAKAN. JANGAN JADIKAN DIRI KITA MCM PAKU DAN TUKUL. DAO orang yang mulia buat Maulid pon tiap2 bulan kita ada ke.. ehhh dan banyak lagi yg dia buat untuk ORANG MELAYU DAN ISLAM. kakak tu kena hormati guru baru ada BARAKAH kalau nak berjaya. beratus ribu org berjaya sebab ikut bulat2 cakap DAO ni tapi segelintir yang tak berjaya sebab banyak songeh dan alasan serta mencari salah atau kelemhan orang. pada sy DAO THORRBAIK....... TERUSKAN PERJUANGAN MU PENCENTUS UMMAH......
PadamSokong 200%
Padam"Man yukmin billah wal yaumil akhir fal yaqul khoiraa au liyasmut":
BalasPadamBarangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik, (jika tdk) atau supaya diam (lebih baik).
Tak pandai menari salahkan lantai... Berdoalah banyak2.. Minta hidayah.. DAO hanya menyampai ilmu.. Selebihnya USAHA! Hentikan fitnah tu...
BalasPadamDalam banyak banyak kebaikan....satu keburukan dah jadi isu....
BalasPadamAmbil yang baik-baik sahaja. Tapis guna akal dan pengetahuan agama. Tak salah berguru, walaupun dengan yahudi. Wallahua'lam.
BalasPadamMohon maaf saya nk bg pendapat...mungkin besar isu2 di atas nie...tp kita manusia biasa xlepas dr kesilapan....DAO tahu dia salah n kini dia betulkan jalannya...dia berani...xsemua org mampu ngaku silapnya terang2 mcm beliau buat....saya xmampu ke seminar bayaran dia....kalau ada duit Insya Allah mmg nk pergi to kalau seminar percuma byk kali saya pergi....walaupun ucapan beliau dlm setiap seminar percuma adalah perkara yg sama, dan kami dah tahu pun..kami tetap pergi...sebagai pembakar semangat...aura beliau...manusia mudah lupa...beliau ingat2kan....itu dh cukup bg kami nk teruskn pjuangan berniaga kecik2....lau dpt gie seminar berbayar...mungkin dgn ilmu tu kami dapat lebih lg utk terus berjaya....Kita org melayu kena selalu diingatkan...kena dibakar semangatnya...kena disedarkan...ambillah yg baik2...mana yg kita rasa xsesuai jgn ikut....sudah2lah cari salah org...betulkan diri sendiri lg penting....
BalasPadamMaaf saya bagi pendapat saya, bg saya Rohaniah tahu apa hak dia. rohaniah juga guru bagi saya. Azizan osman cuma pakar motivasi. bukan pencetus kekayaan. Rohaniah ajar saya tentang beli rumah dan jual rumah dan apa yang boleh buat dengan rumah. kaya dan bersara dengan hasil rumah. saya rasa.. sesiapa yang nak jadi jutawan tu.. fokus lah.. kalau nak niaga baju.. berguru dengan tukang buat baju yang berjaya.. kemahiran kita buat kek.. pergi berguru dengan orang yang berjaya dlm perniagaan kek.. tak yah nak bermotivasi sgt lah.. ilmu dan selok belok perniagaan tu penting..
BalasPadam