Dalam perjalanan ke Kuang, Selangor semalam, saya sempat menghubungi Ketua Balai Polis Sungai Buloh. Diminta, beliau kemudian memberikan saya nombor telefon bimbit pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Sungai Buloh bertugas memantau Ops Cantas Khas.
Sambil minum cendol dan makan cucur udang di pinggir jalan, kontraktor berusia 41 tahun berkongsi cerita tidak saya sangka.
Dia bertugas sebagai kontraktor pembinaan rumah dan jalanraya sejak 10 tahun lalu.
"Saya membuat kerja menampal jalanraya baru masuk tahun kedua. Setakat ini saya telah mengendalikan 7 projek," katanya.
"Daripada 7 projek itu berapa kali berlaku percubaan untuk 'pau' (memeras ugut)?," soal saya.
"Lima tetapi saya tidak pernah membayar. Lazimnya kumpulan beberapa lelaki India datang ke lokasi dan meminta wang di antara RM500 dan RM3,000. Mereka mendakwa kononnya menjaga kawasan itu dan datang menuntut wang perlindungan. Kalau kita bekerja siang, mereka datang siang, kalau kita bekerja malam, mereka datang malam," jawabnya.
Kontraktor kecil sepertinya mendakwa berada dalam keadaan dilema.
"Kalau kata kita berikan wang, kumpulan lain pula akan datang meminta wang. Mana kita boleh tahan. Keuntungan bukan besar. Kalau kata tidak dapat juga, kumpulan lain akan 'cucuk angin'. Mesti akan datang dua kumpulan dan cuba meminta wang perlindungan sampai dapat," ujarnya kecewa.
Lazimnya, dia memaklumkan balai berhampiran sebelum melaksanakan tugasan.
"Satu hari sebelum projek bermula, saya repot terlebih dahulu di balai polis, bimbang kalau di kacau. Contoh, kes di Damansara Damai. Sebelum bulan Ramadhan lalu, kami mula bekerja pada waktu pagi, petang mereka sampai 10 orang. Ketua kumpulan menghubungi saya. Selepas itu saya pantas menghubungi balai. Dengan kadar segera balai menghantar dua anggota membuat rondaan, ahli kumpulan itu beredar. Lama kelamaan saya tidak sedap hati dan pergi ke balai. Sewaktu saya menunggu anggota polis berkumpul mereka menghubungi saya untuk menuntut protection money. Sampai semula di tempat kerja, mereka senyap. Apabila saya hubungi, panggilan terus tidak berjawab," jelasnya.
Tambahnya, kumpulan terbabit tidak pernah menyatakan nama kumpulan gengster dianggotai.
"Mereka hanya berkata, kononnya menjaga kawasan tempat saya menjalankan kerja. Minggu hadapan saya akan menjalankan projek lebih besar dan 100% saya berani cakap, mereka akan datang mengganggu dan memeras ugut. Majoriti mereka masih muda, datang memakai bangle 3 inci, berusia di antara lapan belas, sembilan belas dan tiga puluh lima tahun. Kita tengok pun mendidih. Mereka tidak gentar biarpun kami membuat kerja di jalan utama. Contohnya, kejadian 5 orang lelaki datang di Kota Damansara, Petaling Jaya," ujar kontraktor berasal dari Sungai Buloh itu.
Pekerjanya kira-kira 15 orang, setiap kali bekerja memperbaiki jalanraya.
"Kumpulan Melayu dan Cina tidak terbabit. ," celahnya.
"Bagaimanakah perawakan mereka?," soal saya.
"Tubuh sebilangan mereka lebih besar berbanding saiz badan bro, ada juga kurus kering. Nanti kalau saya membuat projek lain, bro datang, duduk di dalam kereta dan boleh merakamkan gambar mereka. Tadi, kira-kira jam 1 tengahari (24 Ogos 2013), di Jalan Orkid, Kampung Damai, Kuang, datang 4 lelaki India menuntut wang perlindungan. Mereka bertemu pekerja India saya dan berkata akan datang kembali dalam tempoh satu jam. Itu kampung Melayu, mereka berani juga datang ," katanya.
Bertindak melalui maklumat itu, saya kemudian menghubung pegawai berpangkat Inspektor bertugas mengendalikan Ops Cantas Khas di IPD Sungai Buloh.
"Saya akan hantar unit peronda ke sana untuk memantau tetapi apapun jangan bayar sesiapa untuk wang perlindungan," nasihat beliau.
Kata saya, sebarang perkembangan terbaru bakal dimaklumkan kepada beliau dengan kadar segera.
Lihat gambar di bawah, jalan lengang dan kawasan agak jauh dari jalan utama, lokasi kerja pembaikan jalan dilaksanakan oleh kontraktor terbabit.
Ops Cantas Khas dilaksanakan tepat pada waktunya.
Kontraktor seperti lelaki itu mencari rezeki di bumi sendiri dan tidak perlu diganggu sampai begtu sekali.
"Saya penat kalau keadaan berterusan begini," kata kotraktor terbabit.
Kerja tak nak. Asyik nak cantas orang je kerja mereka ni. Cantas puak yang minta wang perlindungan ni habis-habisan. Malaysia dah lama merdeka. Sukahaati mereka menyusahkan oraang.
BalasPadamHopefully 'ops cantas' dpt mencantaskan smua kumpulan sampah masyarakat tu..
BalasPadamminta maaf la .. aku bukan racist.. tapi geng pariah ni mmg kerja keturunan dia kut....
BalasPadamBoleh jadi juga , jalan yang dibuat berkualiti rendah akibat
Padamdari di Pau . duit keluar ke tempat yg tak sepatutnya .
patut dihapuskan . tembak je geng2 ni . sampah masyarakat .
Salam Bang..pi buat repot ajer...dah kira pemerasan, Sek.385KK...boleh tahan tanpa waran tue...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKat area sungai buloh ni memang keling nak tunjuk lagak memang dah jenis paria konon dia org punya negara ni...
BalasPadamIngatkan masalah camni hanya di klang... nak dapatkan kontraktor pun susah, sbb takde sapa berani buat kerja. Dah ler untung kecik jer, kena pau lagi.. kesian kontraktor
BalasPadamnak cantas biar btol2 cantas.. nnti dah tahan kemudian lepas.. ikat jamin.. bosan.. lepastu buat balik.. skang dh tangkap lepas tu tros bunuh aje la.. buat apa simpan kepala gengster ni lagi.. dok recruit anak buah.. makin membiak.. semak.. bangsat punya manusia!!
BalasPadamMemang kasi hapus je tak usah nak bela rugikan negara,atau kasi makan buaya dalam zoo pun aku sokong.
Padamdepa belom bertemu buku dengan ruas...tunggulah kasi polis hapuskan.
BalasPadamJika nak risik pergilah kawasan Jalan kampung Jawa atau sentosa kat klang.Kami para peniaga disitu dah selalu di ganggu minta wang perlindungan...Pernah tak bagi sebab 3 hari baru buka perniagaan akhirnya tukang masak Thailand laki bini cedera di pukul ngan kayu.Bayangkan kalau 8 orang datang memecah barang barang kedai..dan anak kecil kami umur 3 bulan berada dibawah tayar motor mereka sambil meminta duit...malah tahan kereta polis tapi polis tak mahu berhenti nak tolong...duit dalam poket saya laki bini habis di sapu mereka ..kalau tidak anak kecil kami mati di gilis tayar motor....Kami terpaksa menutup perniagaan disebabkan barang rosak dan modal di pau...
BalasPadamtak perlu cantas cantas lagi.Pancung terus biar kapla bercerai dari badan.
BalasPadam