Jumaat, Ogos 23, 2013

ISRAEL MENIRU MALAYSIA? ENDLESS POSSIBILITIES

Sewaktu melayari beberapa blog, mata saya terpaku  sebaik  membaca tajuk entri di blog Jebat Must Die,  klik di sini.



Blogger terbabit mendakwa  Malaysia  meniru slogan 'endless possibilities' dari  negara Israel, HANYA berdasarkan maklumat dimuatkan di dalam press release dipetik daripada laman sesawang goisrael.

Teliti tarikh dokumen terbabit disiarkan, 22 April 2013.


BENARKAH slogan 'endless possibilities' diciluk dari Israel seperti didakwa oleh blogger Jebat Must Die? 



Lalu saya tergerak hati untuk mencari kebenaran. 

Perhatikan klip video di bawah, rakaman di Davos, Switzerland sewaktu delegasi Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyertai World Economic Forum 2013, berlangsung di antara 23 dan 27 Januari 2013.


Video di atas dimuatnaik ke Youtube pada 20 Februari 2013, kira-kira 2 bulan SEBELUM press release dimuatkan slogan sama, disiarkan oleh Israel.

"Come to Malaysia, where you will find  endless possibilities," ujar Datuk Seri Mohd Najib.


Berikut poster dibentangkan sebesar alam  oleh Malaysia di Davos pada bulan JANUARI.


Perdana Menteri Israel dilaporkan turut menghadiri forum sama. Israel kemudian memuatnaikkan klip video bertajuk Spirit of Israel  pada 13 Mei 2013, sekaligus mempromosikan  slogan 'endless possibilities'  dihujungnya.

13 Mei? Kebetulan atau disengajakan? Endless possibilities ...

Klik di sini.


Ringkasnya, Malaysia LEBIH awal muncul dengan slogan terbabit, pada bulan Januari dan Februari berbanding  Israel, April dan Mei. Oleh itu,  Malaysia TIDAK meniru slogan Israel tetapi berkemungkinan besar Israel meniru slogan dicetuskan  oleh  rakyat Malaysia. 

Klik di sini untuk mengetahui maklumat berhubung endless possibilities dari sudut  pandang Malaysia.

Jebat probably must die but the truth must remain alive!

5 ulasan:

  1. asal sama ajer.. tiru.. asal sama aje tiru... ape kita ni bongok sangat ke takleh nak pikir slogan sendiri? tak pernah diorang terfikir ke yang kadang2 orang lain pun boleh tiru kita? Siasat dulu sebelum jump to conclusions.

    BalasPadam
  2. Org kita macam tulah cepat melatah, org tiru kita pun kata kita tiru org selalu pandang rendah pada bangsa sendiri umpamanya [andang rebdah pada diri sendirilah tu (dia lupa kot satu bangsa!). Tahunya nak carik salah org sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan pandang rendah pada bangsa sendiri tapi kenapa tak search dulu. sekarang ni malaysia dan israel pula copy negara mongolia. mongolia yang guna dulu.

      Macam dah tak ada tagline yg lebih baik. oleh kerana mongolia dah guna dulu nanti ada yg confuse malaysia tu di mongolia ke. rosmah tentu tak suka dengar yg ini.

      Padam
  3. Tq dan syabas..kerana berusaha dan berjaya mencari kebenaran...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.