Isnin, Ogos 19, 2013

ADAKAH SEMUA WANITA AKAN MEMAAFKAN DIA?


Tubuh bagak tetapi membelasah isteri sebegitu teruk. Lebih menarik lagi, dia tidak mengaku bersalah di mahkamah.

Adakah SEMUA wanita akan memaafkan dia?

Dia bersalah kepada semua wanita ke? Atau dia berasa bersalah kerana isterinya WANITA? 

Sebelum ini, saya pernah dihubungi oleh isteri lebam sana sini dibelasah dek suami. Sewaktu membuat laporan polis, dia begitu bersemangat untuk menyeret suami ke muka pengadilan. Namun sebelum suaminya dihadapkan ke mahkamah, dia menarik kembali laporan polis kerana ...

"Dia suami saya dan saya masih sayangkan dia. Lagipun, apakah bakal berlaku kepada anak anak tanpa bapa ayah mereka"

28 ulasan:

  1. harap2 dia sedar laa lps nie..btpa mulia nya hati isteri dia masih sanggop maafkan dia walaupun dh dibelasah smpai lebam2..law laki nie still xsdar lg xtaw la ape nk ckp..

    BalasPadam
  2. Apa punya bini la ni. sayang tu biar la bertempat. memang la suami, tapi ni bukan suami, ni suami setan. nasib baik bini tu tak koma, tak pun masuk liang lahad, masa tu baru nak dakwa? apa punya bini la. rosak punya mentaliti. dah jadi punching bag pun masih tak serik lagi. aku yakin tu bukan first time dia kena 'belasah', cuma ada bukti cctv aje baru kantoi.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan, untuk pengetahuan tuan saya telah pautkan blog tuan kedalam blog saya, http://mediagagak.blogspot.com/, mohon dipautkan kembali, terima kasih.

    BalasPadam
  4. Kata kata yang mudah diungkapkan tapi kesanya sukar dihilangkan. Mudah sungguh minta maaf...lepas ni buat lagi....sayang pun biar bertempat....kalau dah dua..nak yg ketiga...adakah wanita di luar sana yg sudi.....

    BalasPadam
  5. Bersyukurlah tak dikenakan tindakan.. kalau marah sekalipun, isteri tu bukan lawan yang sesuai utk dipukul.. kalau tak suka pulangkan dengan cara yang baik. Ini satu negara tau.. buat malu yo..

    BalasPadam
  6. Mahkamah kene bagi pengajaran dengan lelaki yang macam ni, pukul isteri macam dah takde sifat belas kasihan dalam diri. Pada si isteri, tak payah la nak tarik balik dakwaan ke apa.. kita berkahwin bukan nak jadi punching bag suami.. dunia sekarang macam2. tak tahu la apa lagi cara yang sesuai nak kurangkan masalah suami pukul isteri ni..

    BalasPadam
  7. alasan tak sengaja tu memang xleh terima..
    banyak lagi cara lain nak ajar bini.. bukan dengan kekerasan konon nak tunjuk kuasa sebagai suami.. lebih memalukan buat plak depan anak2

    BalasPadam
  8. dgn arahan mahkamah hantar dia ke kaunselor bertauliah... wat 1000 jam khidmat masyarakat...

    BalasPadam
  9. Nk gelak pun ada. Ajar ke macam tu, tumbuk, sepak dan terajang tu dikira ajar ke. Isteri org tak ajar tapi didik.

    Urusan rumah tangga mereka kita tak tahu apa yang terjadi sebenarnya tapi apa yang dia buat tu memang tak patut sangatlah. Kalau saya jadi adik beradik lelaki wanita tu memang saya angkat genglah kasi rasa sikit macam mana wanita tu rasa. Sikit cukuplah tapi makesure jgn patah riuk takat lebam2 ja.

    BalasPadam
  10. Rasulullah S.A.W. tidak pernah menggariskan perlakuan sedemikian rupa dalam menjalankan tanggungjawab hidup berumahtangga. Tidak terasakah sesuatu ketika akad nikah? Amanah yang dipikul bukan mainan.

    Kalau isteri memaafkan perbuatan suami, apakah pernah difikirkan kesannya kepda anak2 yang menonton perbuatan keji bapanya. Mungkin mudah memaafkan tetapi melupakannya sangat payah. Seumur hidup ianya tetap dalam ingatan.

    Wahai isteri... janganlah diredhai perbuatan suami yang terang2 mendatangkan mudharat. Betul, hati wanita sarat dengan kasih sayang tetapi kasih sayang sahaja tidak cukup untuk bahagia.

    Apapun, ilmu agama itulah jalan penyelesaiannya. InsyaAllah hidup aman dunia akhirat.

    BalasPadam
  11. tidak sengaja??? tidak sengaja?? wtf laaa...hangen satu badan kalau jantan perangai mcm ni...

    BalasPadam
  12. Si isteri patut ingat apa yang akan berlaku pada anak2 dia lau ayah mereka berterusan pukul mak mereka lagi dan bukannya "apakah bakal berlaku kepada anak anak tanpa ayah mereka".

    BalasPadam
  13. jika seorang wanita/isteri masih menerima lelaki sebegini dalam hidup walhal telah diperlakukan seperti haiwan saya pun tak faham,, mungkin dia berhati malaikat agaknya, atau dia takut tidak bersuami atau dia tidak mampu hidup tanpa suami, atau banyak kebarangkalian...

    BalasPadam
  14. kesian dengan anak2 yang melihat maruah ibu tercemar begitu...... impak kepada anak-anak yang hanya boleh memerhati sahaja.....

    BalasPadam
  15. MINTA maaf memang mudah ..sekadar sekali lafaz je .. tapi itulah KELEMAHAN BESAR wanita .. mudah cair hatinya. Rasa penat je kita bersimpati dengan nya .. alih-alih dia tarik balik dakwaan .. setakat tampar sekali boleh le di maaafkan .. ini sampai berkali sehingga tercabut tudung; terdedah aurat .. di terajang lagi depan anak-anak pula .. ishkkk ...

    BalasPadam
  16. Mungkin sudah tiba masanya rakyat Malaysia didedahkan dengan iklan-iklan Kesedaran Keganasan Rumahtangga yang BRUTAL-BRUTAL seperti di bawah.. sebab kadang-kadang respons "rasional" & "tidak memihak (impartial)" ni bunyinya macam menyokong tindakan ganas terhadap wanita...
    * maaf jika ada yang terasa..

    http://www.buzzfeed.com/copyranter/the-most-brutal-domestic-violence-awareness-ads

    BalasPadam
  17. hmm.. ape punye manusia la.. rasenye syaitan pn xpukul bini die cmni.. btul x? ni tahap ape xtw la.. kaum perempuan kalau boleh jgn lembut hati sgt.. saya pn byk dh tgk kes2 mcm ni.. malahan jiran saya pn lebam2 kene dgn suami die.. dh 3 kali nak cerai.. xcerai2.. alasan sama la.. sape nak jaga anak2 sume.. adoii.. xtw la.. dunia dh nak kiamat kut.. anak2 cari je bapak baru.. yg lebih baik dr skrg.. byk kt luar sane.. Allah ade kn.. jgn takut.. suami klau mcm ni mmg xblh pakai.. klau aku jumpe tgh jalan aku langgar je.. puas hati..

    BalasPadam
  18. Lelaki dan perempuan sekarang sama saja....ini yang kita boleh lihat kejadian di CCTV...bagaimana pula kes isteri menghentak kepala suaminya dengan batu lesong kerana suaminya tidak mahu membeli baru baru untuk hari raya....ini juga kes berat...mencederakan suami sehingga kene 7 jahitan...

    BalasPadam
  19. Saya ibu tunggal punya seorang anak perempuan umur 7 tahun, saya bekas kena penerajang, penampar ex husband saya. Yer, pada waktu saya menuntut cerai bahkan pada waktu talak dilafazkan depan hakim, saya masih sayangkan bekas suami saya dan depan2 tu jugak saya menangis. Siapa yang nak rumahtangga yg dibina hampir 10 tahun (saya dibelasah teruk juga selama 3 tahun)berakhir dgn talak dikhalayak ramai. Alhamdulillah, sekarang genap setahun saya menjadi janda. Anak saya sihat walafiat, diantara pelajar terbaik sealiran dengannya, dan saya tiada masalah untuk membesarkan anak berseorangan tanpa bapanya yang sebelum ini tak pernah membantu pun...
    Memang agak susah untuk lepaskan suami, saya sangat2 memahami. Tapi tolonglah punya maruah diri. Jangan sebab kasih sayang tu (Allah sahaja yang mampu membalas) kita biarkan diri kita jadi tempat pemuas amarah lelaki. Selagi boleh bernyawa takper. Kalau satu hari dibelasah sampai mati? "Apakah yang bakal berlaku kepada anak2 tanpa IBU mereka?" Fikir-fikirkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni saya sokong..kuat semangat cekal jugap pk masa dpn wlupn pnh jd mangsa somi selama 3thn...semoga lbh tabah mengharungi hidup ye.

      Padam
  20. Kalau asal-asal lelaki ini sifatnya kaki pukul @ baran, lambat atau cepat, insaf atau tidak, sikapnya akan kembali seperti sediakala. Lumrah kecuali berubah kerana agama dan teladan Rasulullah.

    Perempuan pula tidak boleh disalahkan kerana sifatnya begitu. Lemah dan lembut.

    Ramai je macam ni. Ini mungkin 1/10000 kes yang telah terdedah. Kembali pada agama.

    BalasPadam
  21. lelaki jahil ! lepas ni pg belasah bini kau yang no 2 tu pulak....

    BalasPadam
  22. lelaki yang pukul bini adalah lelaki yang PENGECUT!!
    tu jer nak cakap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. stujuk 200%!
      jantan ni dayus... brani pd yg lemah ja... ptt dkumpulkn org2 camni hantaq ke lahad datu...

      Padam
  23. Kerja sebagai pegawai verterinar jaga binatang, perangai pon macam binatang.

    BalasPadam
  24. ni namanya jantan tak belajar agama..sangat bacul..hanya tahu berbini, tahu beranak ramai tapi tanggungjawab sebagai suami/bapa tak pernah tahu..species mcm ni buang kat sungai amazon aje..tak layak jadi suami sesiapa pun..tak layak bercampur manusia kerana tiada rasa hormat terhadap manusia lain, inikan pulak isterinya yg dah bertahun kahwin dgnnya malah dah melahirkan zuriatnya..species BANGANG TAK BERTEPI

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.