Jumaat, Ogos 16, 2013

PUKUL ISTERI SERAH DIRI


Barangkali kerana amarah, tidak terlintas di fikiran suami berusia 36 tahun itu, tindakannya memukul isteri di dalam lif bakal disiasat dan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga, dia pasti menerima padahnya.

Hemat saya, sukar untuk suspek menyembunyikan diri selepas gambarnya dipaparkan di laman sosial dan kemudian disebarkan di alam maya. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff, dia menyerah diri di Balai Polis Kuantan,  Pahang pada jam 3.30 petang semalam  dan akan dihantar ke Pulau Pinang untuk tujuan siasatan.

Rakyat Malaysia mengetahui kes terbabit, berasa simpati kepada isterinya, berusia sama, ditampar dan ditendang sambil kejadian disaksikan 2 anak mereka. Menurut mangsa, dia diperlakukan sebegitu kerana suspek tidak berpuas hati,  anak enggan mengikutnya pulang ke rumah isteri kedua. Sayang, kakitangan kerajaan  bertubuh tegap itu melampiaskan marahnya terhadap wanita tidak berdaya melawan.

Ramai lelaki berpoligami tetapi tidak berlaku kejam terhadap isteri tua. 

10 ulasan:

  1. Pengajaran kepada yg lain2. Perkahwinan satu perkongsian bukan satu penjajahan dan penguasaan. Wanita pun perlu bijak, bukan kasih sayang namanya jika hingga diperlakukan sedemikian rupa. Lebih baik bergelar janda daripada bernama isteri tetapi tersiksa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. jgn takut bergelar janda... penceraian hanya 1 syariah.. jika tiada persafahaman lagi.. bebaskan diri dari belenggu lelaki yang sangat2 jahil dan kejam. tiada langsung rasa ehsan dihati.. subhanallah

      Padam
  2. lelaki jahil. poligami nak ikut nabi.... tapi cara melayan isteri2 tak ikut cara nabi.

    BalasPadam
  3. Syurga bawah tapak kaki suami

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg benar syurga di bwh telapak kaki suami tetapi hak wanita mmg terjamin apabila ditindas,maka kita perlu mncari bantuan.Islam mmg agama yg hebat kerana mmbenarkan poligami..ini mjaga hak wanita agar tidak dijadikan perempuan smpanan dan anak2 yg lahir sah taraf.

      Padam
    2. Mmg benar syurga di bwh telapak kaki suami tetapi hak wanita mmg terjamin apabila ditindas,maka kita perlu mncari bantuan.Islam mmg agama yg hebat kerana mmbenarkan poligami..ini mjaga hak wanita agar tidak dijadikan perempuan smpanan dan anak2 yg lahir sah taraf.

      Padam
  4. SMTI - "Ramai lelaki berpoligami tetapi tidak berlaku kejam terhadap isteri tua. "

    he he ...sokong penuh!

    BalasPadam
  5. Kalau tengok TV3, yang menayangkan secebis rakaman apa yang telah diujarkan oleh bahalol nie, dia kata: "Saya cuma nak ajar dia (lebihkuranglah dia cakap macam tu)".

    Agaknya pada Mamat nie cara mengajar isteri macam yang dia tunjukkan dalam video tu kot. Mungkin juga sebab dia selalu nampak bapak dia ajar emak dia dulu macam tu, atau datuk dia ajar nenek dia dulu macam tu kot. Kita sume mana tau mungkin cara macam tu yang paling efektif mengajar isteri,,

    Hehehe..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.