Hakikatnya, kita semua sekadar membaca fakta berhubung tragedi bas terhumban ke gaung di KM3.5 Genting Highlands. Jumlah kematian telah disahkan 37 orang manakala 16 lagi mengalami cedera parah dan sebilangan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Bagi mangsa terselamat, pengalaman duduk atau berdiri di dalam bas, tiba-tiba hilang kawalan \dan melanggar tebing jalan pasti mengerikan. Bayangkan andai kita semua berada di dalam bas sama.
Sebaik terlanggar tebing gaung, bas dinaiki 53 penumpang duduk dan berdiri itu tentunya bergolek dan menggelungsur menuruni cerun curam dianggarkan berketinggian 60 meter. Badan bas terhempas berulang kali ke permukaan tanah keras tebing sekaligus menghentak batang pokok besar tumbuh liar. Jerit pekik kedengaran, semua penumpang kemudian terhumban dan melambung di udara tanpa kawalan di dalam bas. Kepala dan tubuh mereka berlaga pancang besi kerusi tercabut, mungkin menusuk tubuh dan sebilangan penumpang terpelanting keluar melalui tingkap sisi dan hadapan bas pecah berderai.
Akibat terhentak ke sudut tajam atau terkena serpihan kaca, tubuh beberapa penumpang dihiris kasar, berkecai serta-merta, mengakibatkan antara penumpang putus kepala dan kaki. Majoriti mereka meraung kesakitan berikutan patah tulang rusuk, pinggul, kaki dan tangan. Sebaik sahaja badan bas terhentak mencecah dasar gaung, keadaan sunyi seketika sebelum raungan kesakitan penumpang masih hidup kembali bergema. Tatkala itu, beberapa penumpang mungkin hanya tinggal nyawa nyawa ikan, tercungap-cungap cuba menghela udara sebelum perlahan menghembuskan nafas terakhir. Penumpang masih hidup terperangkap di dalam bas juga pastinya tersepit, dihempap oleh mayat bergelimpangan di atas mereka. Derita dialami 16 mangsa terselamat tetapi cedera parah terbabit pasti tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Jika kita berimaginasi, itu antara barangkali beberapa jangkaan kejadian saat genting mampu dibayangkan sewaktu tragedi berlaku.
Itu juga menjadi sebahagian daripada kisah dikongsikan mangsa terselamat dan kini berada dalam keadaan stabil.
Itu juga menjadi sebahagian daripada kisah dikongsikan mangsa terselamat dan kini berada dalam keadaan stabil.
Hari ini akhbar tempatan melaporkan, pemandu bas malang terbabit didapati memiliki 23 saman berhubung kesalahan lalu lintas, 7 dijelaskan, bakinya tidak.
taziah buat yg tiada.. dan semoga sembuh buat yg cedera
BalasPadamCompany bas ni bawah seliaan siapa eh? Genting ataupn syarikat persendirian?
BalasPadamSaya tidak paham kenapa jumlah saman yang dibangkitkan. Bagi seorang yang mungkin 8 jam sehari berada dijalan raya maka keberangkalian dikenakan saman adalah tinggi. Yang sepatutnya dinyata dari jumlah saman tersebut berapa yang berkaitan melebihi had laju dan bukan saman salah parking dsb.
BalasPadamBukan saya membela beliau tetapi setiap kali kemalangan itulah perkara utama dibangkitkan. Ada satu kes seorang lelaki di jasin melaka didenda atas pelbagai kesalahan jalan raya. Esoknya muka depan utusan malaysia tetapi kesalahannya banyak berkaian motosikal saah parking tiada penutup rantai. Jika tidak salah di penjara kerana tidak mampu bayar saman.
Kesimpulannya mereka ini tidak berduit untuk membayar saman maka jadilah saman tertunggak
Agaknya jika arwah pemandu tersebut membayar saman benda nie akan keluar jugak kat akhbar
Mematuhi undang-undang jalanraya TIDAK memerlukan duit tetapi jika melanggar undang-undang ditetapkan, perlukan duit untuk membayar saman.
PadamItu FAKTA.
Setiap kali berlaku kemalangan, perincian pemandu akan dianggap UNIK dan banyak pihak akan mencungkil maklumat selama ini tidak didedahkan.
Itu NORMAL.
saya kurang bersetuju bila abg cerita pasal saman driver nie???sy ade baca yang driver bas tak speeding pun..masalah dikatakan terjadi sebab brek gagal berfungsi..
PadamKalau nak cerita pasal saman authorities juga harus dipertanggungjawabkan..kenapa tak tarik lesen memandunya supaya dia tak boleh drive bas lagi..Tak kan nak tunggu sampai 150 saman baru nak enforce..
sy bukan nak membela pemandu atau nak menyalahkan authorities tetapi kekadang kena menilai dari pelbagai aspek..
Regards,
-Strider-
katanya pemandu tu memandu mengikut emosi marah...
BalasPadamkalau i, i saman company bas tu...
Kenapa tempat duduk penumpang tidak dikuatkuasakan dgn pemasangan tali pinggang keledar?
BalasPadamKenapa kesalahan pemandu yg disiarkan...? sedangkan pemandu telah meninggal dunia dan meninggalkan anak isteri yg xterbela? kenapa bkn syarikat pengangkutan itu yg d siasat keakar umbi...kenapa masih menggunakan bas yg uzue..kenapa berani menggaji pemandu yg mempunyai kesalahan saman yg melampau? ada udang d sebalik mee? atau pemilik syarikat tersebut merupakan 'super power' d kalangan power2 yg ada dlm negara?
BalasPadam