Tandas terlalu kotor.
Najis dan air kencing bertakung, berbau busuk, pastinya amat meloyakan tekak pengguna tandas awam itu.
"Tandas awam dikunjungi oleh orang ramai sepatutnya bersih dan selesa digunakan. Saya perhatikan sejak seminggu lalu, najis bertakung mungkin kerana saluran najis tersumbat dan tidak diselenggarakan. Kakitangan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ harus mengarahkan pihak penyelenggara Uptown D'Kota mengambil tindakan untuk memastikan tandas itu bersih sekaligus tidak menjejaskan kesihatan ratusan peniaga dan ribuan pengunjung," ujar peniaga, Zainuddin Hashim.
Zainuddin lebih dikenali sebagai Pak Din di kalangan peniaga.
"Mengapakah Pak Din berniaga di luar?," soal saya.
"Saya telah menghantar surat kepada Datuk Bandar Bandaraya Petaling Jaya mengemukakan komplen mengenai nasib malang menimpa ramai peniaga asal di Uptown D'Kota (Kota Damansara). Pendapatan kami merosot berikutan keputusan pihak penyelenggara, mewujudkan hampir 100 gerai lain di kawasan sama sejak awal bulan Ramadhan. Banyak barang dijual oleh peniaga di gerai baru terbabit sama seperti barangan dijual oleh peniaga asal di Blok B. Kalau pada ramadhan tahun sebelum ini, jumlah jualan harian saya mampu mencecah di antara tiga dan empat ribu ringgit, kini untuk meraih seribu ringgit pun amat susah. Malangnya, komplen saya tidak dilayan oleh Datuk Bandar. Saya kemudian bertindak menghantar pula surat kepada YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Alhamdulillah beliau memberikan respon positif," sambung Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat itu.
Peniaga barangan kulit, berasal dari Pahang itu kemudian menunjukkan kepada saya, salinan surat dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar, MB Selangor dihantar kepada Datuk Bandar pada 17 Julai lalu.
Pejabat MB MENGARAHKAN Datuk Bandar mengambil tindakan untuk MENYELESAIKAN masalah dikemukakan oleh Zainuddin.
Rujuk perkara 3 di bawah.
Salinan surat dihantar kepada peniaga itu.
Surat terbabit ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Khalid.
"Apakah tindakan Datuk Bandar?," tanya saya lagi.
"Dalam surat saya hantar kepada MB, secara jelas dicatatkan, jika masalah peniaga di Uptown tidak diselesaikan dengan kadar segera, saya akan berniaga di luar kawasan Uptown. Apakah tindakan MBPJ? Hari kedua selepas saya berniaga di luar, sekumpulan penguatkuasa datang memberi amaran agar saya tidak berniaga di luar. Saya katakan kepada mereka secara hormat, saya tidak sesekali akan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas mereka. Apapun, sekiranya mereka merampas barangan saya jual, tindakan itu pasti akan memburukkan lagi keadaan. Datuk Bandar sepatutnya mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah didepani oleh peniaga di Uptown seperti diarahkan oleh MB, bukan mengambil tindakan terhadap saya," hujah Zainuddin.
.
Zainuddin mula berniaga di lokasi baru itu bersama beberapa peniaga lain sejak kira-kira 10 hari lalu dan bercadang terus mencari rezeki di situ sehingga pagi 1 Syawal.
"Tandas terlalu kotor, kalau peniaga dan pengunjung Uptown D'Kota ingin membuang air kecil, kemanakah mereka harus pergi?," soal saya.
"Pangkal pokok," balas Zainuddin sambil tertawa.
Dilaporkan, sebilangan peniaga terpaksa menumpang menggunakan tandas di deretan restoran baru berhampiran Uptown.
Mari kita lihat sekali lagi gambar tandas dirakamkan pada jam 2.48 pagi tadi.
Secara jujur, adakah pembaca sanggup menggunakan tandas sebegitu?
"Sebelum ini, sewa kedai RM200, sejak penyelenggaraan diambil alih, sewa dinaikkan ke RM500. Ingatkan dengan kenaikkan kadar sewa, premis diselenggarakan lebih baik, rupanya tidak," keluh Zainuddin.
Jauh sungguh bezanya keadaan di antara BILIK PERSALINAN kontroversi SRK Sri Pristana berbanding tandas di Uptown.
Apabila RAKYAT sudah bersuara, bertindaklah. Tidak perlu menunggu mereka menganjurkan perhimpunan aman, barulah ada pihak terhegeh-hegeh melaksanakan tindakan.
Klik di sini.
Pastinya berbagai perkataan berlegar di kota pemikiran pembaca ketika ini. Ada yang tersenyum sumbing tak kurang yang loya tekak melihat gambar najis dan air kencing ini. Tapi harus di mengertikan semua ini berlaku kerana sikap manusia yang tidak bertanggung jawab dan mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Siapakah harus dipersalahkan??? Tepuk dada tanya lah akal kita!!!
BalasPadamSaudara Mazidul. Tengok pun dah nak termuntah. Ini bukan masaalah terpencil cuma selain dari penggunaan tandas secara berhemah dan penyelenggaraan berjadual, saya perhatikan kebanyakan tandas awam di negara kita direka dan dibina menggunakan bahan-bahan binaan, mangkuk tandas serta sistem pili air yang sama seperti tandas dirumah. Sedangkan penggunaan tandas awam adalah untuk orang awam dengan pengunaan yang kerap dan bermacam ragam. Jadi seharusnya ada piawaian yang berbeza yang digunapakai untuk mengelakkan tandas mudah rosak, tersumbat, kepala paip air hilang, lantai terlampau basah, penyangkut seluar patah, selak pintu hilang dan sebagainya.
BalasPadamkah kah kah..ini la cth negeri berkebajikan pr..sewa dinaikkn tp xpndai nk selenggara..dh la 100% peniaga kt sana org melayu..tp nk wt cane..korng yg pilih pr ms pru aritu..kah kah..oi pbt..tdo ke.
BalasPadamdatuk bandar pon satu hal juga .. majlis pon buat tak endah ..mmg mcm tu .. sewa naik .. tapi facility tak nk naik taraf pon .. bengong je MPPJ ni .. terpaksa antar surat ke MB .. takde pilihan .. MB kene layan pasal voters kan.. hahahaha
BalasPadamWalaupun MBPJ melakukan maintenance pada tandas..yang penting sikap pengguna itu sendiri...kalau pemikiran di kelas ketiga..sampai bila pun tandas awam jadi teruk..
BalasPadamFakta, penyelenggaraan BUKAN dilakukan oleh MBPJ tetapi syarikat persendirian/
PadamAs'salam & selamat hari raya. Saudara Mazidul, penduduk 4 blok di flet Larkin Johor Bahru sedang mengalami masalah seburuk itu pada saat ini. Kerapkali selepas membuang air besar kita pam tandas, najis kita sendiri termasuk yg tersangkut lain di saluran akan melimpah keluar dari tandas cangkung memenuhi ruang utk mandi. Sudah melebihi 3 bulan (akhir May bermula) keadaan berlanjutan dan banyak aduan telah penduduk buat kpd urusetia perumahan kerajaan negeri. Penduduk di tingkat bawah terpaksa menumpang rumah yg lebih tinggi atau ke Shell berdekatan atau ke Terminal Larkin utk membuang air. Jawapan yg diterima spt 'kami akan usahakan, kami memahami, mesin mengempam rosak, ooh ada kerja pembinaan condo disebelah, maaf pegawai berkenaan masih bercuti raya'. Bygkan waktu berbuka & menyambut hari raya dgn bau yg meloyakan. Wakil rakyat juga tidak dtg menjenguk. Jika ada kesempatan mohon bantuan saudara utk melihat keadaan tersebut. Terima kasih.
BalasPadamPensyarah sy kata, syarikat or kilang Jepun yg ada kat negara kita ni, pentadbiran akan bina tandas khas utk pekerja orang Malaysia..sebab orang kita pengotor so tak boleh kongsi tandas dengan orang Jepun, betul ke? Sy dah berapa kali kena bila masuk tandas orang sebelum kita tak pam, hoi apa kau ingat aku ni kuli batak ko ke kena pam utk ko? Ingat ya dosa sakitkan orang tu biarpun tak kenal tapi Allah melihat siapa dan dengar doa hambanya..dahulu time study sy selalu dengar cleaner melayu tu maki2 students yg sgt pengotor, ye lah kesian gak makcik tu, jgn ingat ada cleaner kita boleh buat suka hati beb
BalasPadam