Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengeluarkan kenyataan, Menteri Kabinet atau Ahli Parlimen boleh melantik ahli keluarga untuk menguruskan hal berkaitan kawasan parlimen, klik di sini.
Blogger tentunya tidak membangkitkan isu ini andai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz melantik anaknya untuk menguruskan hal berkaitan parlimen seperti kenyataan dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib tetapi menegur tindakan Nazri kerana menyenaraikan nama Nedim sebagai PEGAWAI KHAS di laman web rasmi kementerian diterajui oleh Nazri.
Klik di sini untuk melihat rakaman video, respon Nazri sewaktu ditanya oleh wartawan sebelum ini berhubung tindakannya itu.
Hari ini Nazri membuat pusingan balik, apabila mengubah keputusannya. Jawatan Nedim telah ditukar daripada Pegawai Khas kepada Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas (Urusan Gen Y).
Seperkara lagi, saya tertarik membaca komen pelakon, Nora Danish mengenai Nedim.
Katanya, SAYA CELEBRITY, SAYA LEBIH TAHU TENTANG DIA, dan baca seterusnya kenyataan dicatatkan oleh pelakon genit itu.
Barangkali semua akur, jika Nora menghormati dia, TIDAK bererti semua orang perlu menghormati Nedim.
Terpulanglah.
Itu keputusan kami sebagai blogger dan juga rakyat Malaysia.
laaa...kesitu pulak nora denish ni. awak suka dan awak hormat nedim tu hak awak la. takde sapa kesahpun. hal orang lain tak nak hormat nedim bin nazri pun perlu dihormati. wahai nora denish, adakah artis tu lebih tahu segala-galanya lebih dr orang lain? cara anda menulispun menampakkan bahawa 'anda lebih tahu' dpd orang lain. eh! silap, tawu....hehehehe. kentut tengah wangi nora oiii...
BalasPadamWaktu tgh suka...janji kita enjoy.....jgn pisang berbuah dua kali....ingat anak menteri ni perangai lebih kurang je...
BalasPadamni nora danish betul ke nora danish jadian? Takde lah, takut je sebab sekarang banyak kes pemalsuan akaun social media ni. Jangan disebabkan komen 'nora danish' ni, kita hukum nora danish yang betul kan.
BalasPadamYe..saya pun fikirkan hal yg sama :)
PadamAkaun nora danish yg betul ke?
Kihkihkih alahai kihkihkih.... Saya boleh gelak aja ler kihkihkih.... Suka dgn komen en Usin... Kentut tengah wangi ya kihkihkih
BalasPadampendapat nora tidak mewakili pendapat orang lain. "Dia" tu perlu yakinkan orang ramai untuk hormati dia. Respect have to be earned...bagi orang yang bakal memegang amanah rakyat...dia perlu yakinkan rakyat....ini pendapatku.
BalasPadamhuhuhuhuh .....
BalasPadamdah nama pun politik .....
kononny berjuang untuk agama laaa .. bangsa laaa .... Negara laaaa .....
tp at the end ..... berlakon jeee lebih ....
rakyat akar umbi jd mangsa .....
time ni bukan saja kentut pun Wangi .....
kalau muka jenis "pecah seribu" pun akan dikatanya hensem ... jejaka Malaya ... :)
Soalan saya satu sahaja kepada Puan Nora Danish;
BalasPadamPernah turun ke Padang Rengas?
Saya rasa memang tak patut pun 'budak' yang digembar gemburkan dengan masalah sosial macam tu berada di 'situ'.
BalasPadampadang rengas banyak kayu rengas...nanti gatal2 1 badan....alahai....
BalasPadamOrang ramai dah boleh melihat tentang sesuatu perkara yang kononya baik atau hebat. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga...
BalasPadamIsh .. nak jadik Grammar Nazi la kejap .. "Dia" dengan D besar hanya untuk Tuhan sahaja. Untuk makhluk lain tak perlu D kot.
BalasPadam"tengok gambar Nedim pun saya dah tawu Nedim jenis 'lelaki yang dihormati' oleh nora denish.. dan ternampak aura2 lelaki sejati yang sangat baik dan perlu dihormati.. saya pun tiba-tiba rasa hormat la sangat kat nedim ni." kata saya sambil meletakkan kedua2 belah tangan di bahu, mendongak sedikit dan mata menjeling ke atas.
BalasPadamtangan di bahu, mata ke atas
Padamauw..
Padamkeh keh keh.. hormat pada duit " Dia " ke?
BalasPadammakin goyah la... rakyat nak menyokong...
BalasPadamnora danish ..gila kat nedim lah tue..
BalasPadamSaya tidak bersetuju dengan kenyataan PM DS Najib yang membolehkan Menteri Kabinet atau Ahli Parlimen melantik sesiapa yang sesuai untuk mewakili mereka menguruskan kawasan Parlimen masing-masing. Setiap Ahli Parlimen yang dipilih rakyat(pengundi)perlulah sendiri meluangkan masa mereka turun padang walau sesibuk manapun.Mereka mestilah pandai menjadualkan tarikh atau masa berjumpa dengan para pengundi yang memilih mereka.Bukan masa PRU sahaja baru nak tunjuk muka.Mengenai DS Mohamed Nazri yang melantik anaknya nedim mewakilinya dan beroperasi di Kementerian yang sama bapanya bekerja...apa ke halnya,disitu ada juga bapanya jadi kenapa perlu jumpa anak(wakil khas) kenapa tidak beroperasi di Padang Rengas saja senang pengundi nak berjumpa.Apa keperluan meletakkan nama anaknya dalam carta kakitangan Kementerian kalau jawatan tersebut langsung tidak berkaitan dengan Kementerian.Bukankah disetiap kawasan Parlimen ada pejabat/cawangan masing-masing dan ada kakitangan yang ditugaskan(ndak tau la dibayar gaji atau tidak) kenapa tidak beroperasi disana saja(tempat tak glamour kot).Budak kecik pun pandai minta upah kalau di suruh buat kerja. Kenyataan ini saya tujukan juga kepada semua Menteri Kabinet DS Najib.Sekali lagi saya nyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan kenyataan DS Najib. Saya penyokong Umno/BN dan saya hanya memegang satu undi sahaja.Nanti PRU akan datang(Isyallah) DS Najib bolehlah calonkan wakil-wakil ini untuk bertanding kerana mereka-mereka ini yang kerap berjumpa dengan pengundi.
BalasPadamCalon2 yang akan memusnahkan BN dalam PRU 14
BalasPadamKo dah tau rakyat tengah x suka ko..tapi masih lagi nak buat perangai lama...
Ape punye turr la pemimpin2 aku ni...
Kalo lagi 4 tahun x berubah....sayonara aje la...
Jangan lak nanti tanya apa lagi rakyat mau...tapi tanya diri sendiri apa lu sudah bikin
Tegur sebab sayang..
apa kaitannya "Saya Celebrity' dengan 'Saya Lebih Tahu?' Apakah yang membuatkan Celebrity Lebih Tahu? Agak poyo dan kedengaran bodoh di situ..
BalasPadam