Rabu, Ogos 28, 2013

PEMANDU KANTOI MEMALSUKAN DOKUMEN KERAJAAN

Suspek, pemandu di agensi penting kerajaan, berusia 33 tahun. 



"Masa berjumpa suspek, dia menyamar bertugas sebagai pegawai selia. Katanya, agensi tempat dia bekerja kononnya membuka tender, direct nego untuk membeli  50 unit komputer tablet. Saya mengeluarkan modal RM10,200 dan membuat pembayaran melalui akaub bank kerana kata suspek dia akan membekalkan tablet itu cuma tidak boleh menggunakan nama sendiri sebagai kakitangan awam.  Letter head asli agensi itu diguna untuk menyakinkan saya. Dokumen delivery order juga diberikan sebagai bukti agensi terbabit dikatakan  telah menerima semua tablet terbabit," ujar rakan saya.

Suspek tinggal di Ampang, Selangor.

Setelah menyedari ditipu kerana tidak menerima bayaran berupa keuntungan kepada transaksi terbabit, mangsa  kakitangan syarikat insuran, berusia 42 tahun kemudian berkunjung ke agensi kerajaan itu semalam, kira-kira 3.30 petang.

"Saya bertemu dengan head dia,  wanita. Suspek mengaku terbabit memalsukan dokumen agensi itu. Dia menggunakan nama Fairul Habib, kononnya bertugas sebagai pegawai penerima dan Siti Hanum Naim, pegawai Kepimpinan PTD. Walhal setelah disiasat, dua nama itu tidak wujud. Saya juga dimaklumkan oleh pegawai bertanggungjawab, surat tender dan delivery order itu dipalsukannya," sambung rakan saya itu lagi.

Pada jam 11.45 pagi tadi, saya menghubungi pegawai perhubungan awam agensi sama.

"Saya sedang menunggu keputusan siasatan kes terdahulu.  Ini kes terbaru dilaporkan kepada saya.  Apapun saya akan berhubung semula dengan encik Mazidul," kata beliau.

Ternyata penipuan berlaku bukan kes pertama. 

Saya kemudian menghubungi suspek dan memperkenalkan diri.

"Saya akan bayar dalam tiga empat ribu pada hari Jumaat ini. Pada masa sama, saya pun sudah mengaku bersalah semalam," terangnya.

"Mengaku bersalah itu tanggungjawab awak kerana setiap perlakuan menyalahi undang-undang itu ada kesannya terhadap pelaku. Itu normal.  Duit RM10,000 dimasukkan ke dalam akaun bank dan  awak terima, digunakan untuk apa?," soal saya.

"Saya beli tablet China dalam 10 unit dan bekalkan kepada agensi tempat saya bekerja," katanya.

Dia menggunakan nama dan butiran diri mangsa untuk mengelirukan majikannya sendiri.

"Tidakkah awak dapat menjangka bahawa penipuan ini akhirnya akan terbongkar? Sekaligus boleh menggugat kerjaya awak dan mungkin polis akan memanggil awak untuk tujuan siasatan? Kejadian sepatutnya tidak sepatutnya awak tempuhi jika awak berperlakuan jujur," tanya saya.

"Saya tahu, itu pun saya fikir juga," balasnya.

Dia ternyata gugup manakala saya berkomunikasi secara tenang.

Klik di sini, untuk mengetahui formula untuk berasa LEBIH tenang tatkala bercakap dengan sesiapa sekalipun.

"Laporan polis boleh dibuat oleh mangsa dan pada masa sama, gambar dan identiti awak telah diperolehi dan akan didedahkan. Bolehkah jika mangsa mengambil tindakan itu?," tanya saya lagi.

"Jangan bang," responnya.

"Agensi kerajaan tempat awak bekerja dikenali ramai. Nama besar. Awak mempunyai anak bini, malu mereka nanti tetapi malangnya  cakap si penipu amat sukar untuk dipercayai. Kalau kes ini didedahkan kepada masyarakat mesti banyak lagi kes lain bersabit awak bakal terbongkar, kan?," soal saya.

"Ya bang," jawabnya.

Majoriti kita bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki halal. Malangnya segelintir manusia memilih jalan mudah dan singkat untuk mendapatkan wang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.