Jumaat, Ogos 30, 2013

AZIZAN OSMAN PERLU MENGAPLIKASIKAN DAMAGE CONTROL DENGAN KADAR SEGERA


Rohaniah Noor, peserta seminar Azizan Osman tidak berpuas hati. Lalu dia melontarkan teguran, baca di sini.


Saya difahamkan oleh rakan berpengalaman menyertai seminar percuma Azizan ...

"Memang antara pesanan paling awal dikongsikan oleh Azizan, dia meminta semua peserta membersihkan hati"

Alhamdulillah.

Andai benar kenyataan Sitiezaim di ruang komen entri sebelum ini,  mendakwa ramai PENGIKUT Azizan mengutuk Rohaniah berikutan tindakan beraninya itu, adakah hati pengikut Azizan telah dibersihkan secara total?



Azizan harus akur,  sebagai manusia diangkat menjadi hebat, komen itu PERCUMA dan tiada sesiapa perlu membayar RM4999 untuk membaca komen dilontakan oleh peserta tidak berpuas hati.
.
Kaedah berdiplomasi lebih bijak untuk diaplikasikan dalam menangani kes ini. Hantar kakitangan untuk bertemu Rohaniah dan berbincang untuk menyelesaikan masalah.  Damage control perlu dilaksanakan agar kejadian seperti didakwa tidak akan berulang lagi. Jika Rohaniah disaman, pastinya kes ini akan menjadi bertambah besar. Kudis bakal menjadi barah. Masyarakat berminat menjadi Alumni Azizan, pasti akan bertanya ..

Mengapakah Rohaniah disaman? Apakah pula akan terjadi sekiranya teguran Rohaniah itu ternyata benar? Bagaimanakah pula keadaan sekiranya Rohaniah dan rakan lain membuat laporan polis? 

Kini, pasti ramai bertanya, mengapakah status di facebook itu dipadamkan?

Orang berilmu dan berniat untuk berkongsi pengetahuan harus bersabar dan meneliti setiap teguran kerana selagi kita bergelar MANUSIA, kita tidak sempurna. Saya juga cuba berkongsi sekelumit ilmu berhubung komunikasi, klik di sini dan pelbagai cabaran saya depani. Mungkin cabaran itu berskala kecil kerana saya belum lagi bergelar jutawan.


Seperkara lagi, komen Azizan di laman sosial seperti dicatatkan di bawah menarik perhatian saya.

"Jika semua orang miskin, siapa nak belanja 'ostad' makan lepas baca doa?

In Sha Allah,  saya bukan kaya, saya BOLEH BELANJA.


Hemat saya, itu antara komen tidak perlu dicatatkan di laman sosial.


15 ulasan:

  1. Tak boleh ditegur kah sehingga mengeluarkan komen utk ostad? bagaimana dengan saranan DAO utk bersihkan hati? confuse ....

    BalasPadam
  2. Siapa "DOKTOR" Azizan yg sebenar.

    http://azizanosman.wordpress.com/

    http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/01/meeska-mooska-mickey-mouse.html

    BalasPadam
  3. Kalau secara logiknya,bila masa dia boleh buat personal coaching kalau yang join dia tu ramai sampai dia boleh jadi jutawan?...setahun pulak tu nak bagi personal coaching...di situ dah nampak realiti di sebalik fantasi yang dicipta....bila baca komen dia kepada "ostad" tu dah nampak "kesombongan"nya, macamlah ustaz ni miskin beno...and zaman dulu2, org miskinlah yang rajin sedekah kat ustaz...hantar pisang, ubi , nangka ke ape ke...saya yakin cik rohaniah di pihak yang betul...dari cerita dia la...logik logik

    BalasPadam
  4. erkkk... mengapa sebegitu ayatnya? Bagi saya ayat tu boleh dihemahkan lagi oh DAO. Tak perlu la dieja 'ostad' kalau marah sekalipun.

    Posting kita di laman sosial boleh menggambarkan kita siapa. Atau, admin yang kurang bijak mengeluarkan kenyataan tu? Entah.... saya mohon maaf kepada alumni DAO. Terimalah dengan hati terbuka, idola kita tak terlepas buat salah kan...

    Sekian.

    BalasPadam
  5. Itu menunjukkan hati kita belum cukup terbuka dan bersih utk menerima teguran... bagaimana kita ingin mengajak orang lain mencari kebersihan jiwa sedangkan hati kita masih terbolak balik dlm kekeliruan, masih sangsi dan masih menolak kelemahan diri sendiri. "Walk the talk"... apa yg kita kata mesti kita amalkan... kerana org sggup berhabis belanja utk "mengharapkan" sesuatu sedangkan harga yg kita jual utk "satu pengharapan" teramatlah mahal...

    BalasPadam
  6. Setelah sy baca this post, sy terfikir satu perkara. Sy x rasa dia x layak langsung nak buat personal coaching ni. Setakat cakap boleh la. Kalau dia ni Steve jobs, x pun Bill Gate ke, or plg kurang pun Warren Buffet boleh la..oohh x pun mcm syed mokhtar boleh la sy terima..sbb? Sbb mereka semua ni ada real products..real business yg berjaya jadikan diorg ni jutawan..bukannya business air liur je. Takkan la kita nak percaya pd org yg membebel bleh jd jutawan sedangkan kita sendiri x nampak apa yg dia hasilkan kecuali ceramah2 dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy tertarik dgn penjelasan redbox.. Tp yg menjadi persoalan nya masih ada juga yg sanggup byr utk air liur dia. Org yg byr tu blom tentu kaya tp dia sudah semestinya kaya sbb ada customer yg sanggup byr. Mcm2 org skrg cari duit. Setakat nukilan. T. Kasih.

      Padam
  7. Yg menghairankan apa bisnes yg dia buat..product apa yg dia jualkan..hanya airliur sahaja yg dijualkan nya.....itu pun masih ramai yg percaya...

    BalasPadam
  8. saya pernah dengar dari kawan saya dulu masa dia aktif dgn bisnes pnyiaran radio.dia cakap dr.azizan ni sbnrnya penipu..wallahualam..

    BalasPadam
  9. Saya seorang 'ostad' dan saya tidak perlu 'dibelanja' oleh mana2 orang yg merasakan diri dia kaya. Saya lebih selesa mendekati mereka yg serba sederhana dan miskin kerana mereka tidak sombong.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, setelah saya baca komen2 di atas, saya juga terpanggil utk menulis disini, bukan komen, tp pembaca boleh nilai sendiri..insyaAllah. Saya pernah menghadiri seminar DAO yg berharga rm50.00 di Wisma MCA klu x silap saya tahun 2009 ( terlupaa).. sepanjang hari di dalam seminar tu, hanya duduk dan ikut saja arahan DAO, masa lunch makanan di jual di luar dewan..sudah banyak saya hadiri seminar2 mcm ni, x ada yang berbeza, cuma olahan penyampaiannya sahaj.. apa yang saya nampak dan perhatikan peserta yang datang tu ramai orang muda yang masi h tercari peluang utk jadi KAYA.. memang DAO jual AIR LIUR.. kalau kereta mewahnya di jadikan contoh, pada saya itu juga adalah RIAK.. tapi anak muda yang berdarah MUDA bolih menerima x salah, cuma pada saya apa yang di WAR2kan tu tak berbaloi... bila habis seminar CLOSINGnya dengan SEMINAR yang gempar dengan Ayat yang HEBAT mesti bayar deposit untuk sertai SEMINAR HEBAT akan datang..so saya senyum.. yang sebenar DAO yang jadi JUTAWAN... peserta yang membantunya.. siapakah peserta yang telah jadi JUTAWAN .... alumni DAO sila tampilkan diri anda seperti mana DAO hanya beberapa tahun saja dapat gelan JUTAWAN.. ini sebahagian pendapat saya.. org biasa.. tq

    BalasPadam
  11. Setiap manusia melakukan kesilapan.. dan kadang kala apa yg kita tulis kita x maksudkan begitu tetapi bila dibaca oleh individu lain, penerimaannya berbeza. Saya dah pg beberapa kali prog dr.. baik yg free atau berbayar.. Di bwh menjlnkn seminar adlh slh satu dr beberapa bisnis yg dijlnkn.. x silap nye ada 27 ank sykt yg diterajuinya.. seminar ni bertujuan utk dia berkongsi kepakaran beliau. Ilmu itu penting utk bantu kita mencapai sesuatu matlamat.. x semua ilmu itu percuma.. perlukn pengorbanan utk mendptknnya.. beliau sendiri setiap thn memperuntukkn budget utk mendptkn ilmu.. kita kena fhm.. nk sewa hotel, dewan.. sound sistem.. apakh tidak perlukan duit.. juga kena fhm road tour ke serata tempt itu diberikn percuma juga.. tidakkh itu perlukan duit? Mmg btl ramai yg pergi itu org2 muda.. yg nk kan kejayaan.. maka dr gunakn harta utk menaikkn semangt bkn menunjuk.. penerimaan setiap org lain.. bila kita ada matlamat, kita akn ada tekanan utk mencapai matlamt itu.. kita akn cuba buat sebaik mungkin.. itu lah tujuan yg sy fhm. Utk seminar yg br km hadir.. sy dan suami membincangknnya selepas hbs acara.. km dapati beliau byk menyelitkn unsur dakwah utk menyedarkn semua.. bhw apa2 usaha pn kena ingat Allah yg lebih berhak menentukan kejayaannya.. jgn lupa apa yg Allah suka.. bersedekah.. mencintai Rasulullah, reda ibu bapa, suami, isteri, solat, zakat.. setiap kerja perlu ada sistem, networking, jgn hasad dengki.. malah saya lihat org2 yg berjaya msh lg menyertai seminar sbb dlm seminar ini km semua diingatkn berkali2 positif.. kita positif.. org lain akn berasa positif..malah mereka sudi berkongsi pengetahuan. Sharing ilmu bersama. Pemikiran yg Dr Azizan nk kongsikan simple sahaja.. ramai muslim berjaya.. ramai org bersedekah.. berzakat dan dpt membantu lebih ramai yg di luar sana. Beliau pun ada menubuhkn satu yayasan .. maaf kalu sy silap.. di mn hasil yg mereka perolehi dari jualan buku.. bj dan bayaran kursus akn dpt disalurkn utk tujuan pendidikan, bantuan ibu tunggal dan lain2. Bg yang tak berpuas ht, yg teraniaya.. cuba usahakn dgn cr yg berhemah, buat aduan ke atau berjumpa personally dgn Pn Hjh Yasmin utk berbincang. Medan ini kadang2 mengundang dosa bg org yg hanya membaca tanpa periksa.

    BalasPadam
  12. "ostad" yang dimaksudkan DAO tu mungkin golongan munafik yang menyerang dengan hujah berlandaskan agama secara batil untuk mempengaruhi orang lain... Lagi satu sudah beribu yg menyertai program pakej seperti puan rohani tetapi kenapa hanya beliau sahaja yang mula mempertikaikan DAO? Saban tahun semakin ramai peserta dan pengikut setia program DAO? Fikir2kan lah wahai MELAYU~

    BalasPadam
  13. Yang komen di sini dah pernah pergi mana-mana program advance DAO? Mungkin ramai yang memberi pendapat mengikut emosi tanpa ada pengalaman ke sana. Tidak kisahlah kalau tidak mahu mengubah diri. Bukan best pun jadi kaya; ramai musuh, pening untuk menguruskan duit dan menjauhkan diri dengan Pencipta. Huh! SUSAHNYA...Cakap kat orang sebelah; "Kesian kalau anda berfikiran begitu!"

    BalasPadam
  14. Pada saya lah, jika kita rajin melayari internet, membaca & mencari ilmu, kita tak perlu pergi program AO ni sebab apa yang dia kongsi, kita boleh dapati secara percuma dari internet. Itupun kalau rajin lah... Kalau malas bayar lah AO nih.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.