Jumaat, Ogos 23, 2013

YAYASAN WAQAF MALAYSIA (MUDAH MERAIH PAHALA KEKAL)

Majoriti daripada rakyat Malaysia pemurah dan sentiasa berhasrat membantu golongan memerlukan.  

Alhamdulillah.

Sebilangan  kita menyumbangkan wang tunai secara terus kepada fakir miskin, anak yatim dan kelompok ibu tunggal.  Wang itu kemudian digunakan oleh mereka dan habis.

Yayasan Waqaf Malaysia, YWM, mengambil pendekatan berbeza. Menerima wang tunai sumbangan ikhlas orang ramai dan  kemudian menukarkan dana wakaf  itu kepada harta kekal. Harta kekal seperti hartanah dan hotel (KLIK di sini)  dan kemudian berpeluang berusaha menjana LEBIH BANYAK dana untuk membantu LEBIH ramai individu memerlukan bantuan. 

Siapakah antara golongan dibantu oleh YWM selama ini?

Pelajar ingin melanjutkan pelajaran, pesakit mendapatkan khidmat dialisis. YWM juga menyuntik dana untuk tujuan pembinaan projek perumahan untuk anak-anak yatim . 

Klik di sini untuk melihat kategori JELAS pengagihan wakaf.


YWM beribu pejabat di 13, Jalan Diplomatik 2/2, Presinct Diplomatik Putrajaya 62050, Putrajaya,  beroperasi di bawah Jabatan Zakat, Wakaf dan Haji  Malaysia (Jawhar).

Harta kita miliki hanya sekadar pinjaman di bumi ini. Hati tulus ikhlas akan sentiasa mendorong jiwa kita untuk berkongsi kurniaan Allah itu bersama kelompok menagih bantuan.

Klik di sini untuk melihat kaedah menghulurkan wakaf tunai.

Untuk mengajukan pertanyaan,  sila hubungi :

Tel :     03 8890 4071/72/73
Emel : info@ywm.gov.my
Laman Sesawang : www.ywm.gov.my


1 ulasan:

  1. Memohon untuk pinjaman cepat dan mudah untuk membayar bil-bil dan untuk memulakan pembiayaan baru projek-projek anda pada kadar faedah yang paling murah sebanyak 3%. Sila hubungi kami hari ini melalui: eagleloanfinance@hotmail.com dengan jumlah pinjaman yang diperlukan sebagai tawaran pinjaman minimum kami adalah 1,000.00 kepada mana-mana pilihan pinjaman amount.I pagi disahkan, berdaftar dan legit lender.You boleh menghubungi saya hari ini jika anda berminat untuk mendapatkan ini pinjaman, hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai proses pinjaman, proses seperti terma-terma dan syarat-syarat pinjaman dan bagaimana pinjaman akan dipindahkan kepada anda. Saya memerlukan jawapan mendesak anda jika anda berminat.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.