Rabu, Ogos 14, 2013

POLIS NAFI TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN KES WANITA DIPUKUL DI DALAM LIF


Kes wanita kelihatan dipukul secara ganas oleh seorang lelaki di dalam liif sambil diperhatikan oleh 2 kanak-kanak antara paparan sedang disebarkan di laman sosial.

Sejak awal pagi tadi,  saya menerima maklumat daripada beberapa rakan facebook, mendakwa  polis  di Ibu Pejabat Polis Daerah,  IPD Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang tidak mengambil tindakan terhadap kes terbabit setelah laporan dibuat.


Jam 9.30 pagi tadi, saya menghubungi IPD Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang dan dimaklumkan Ketua Polis Daerah sedang bercuti. Panggilan saya kemudian disambungkan kepada  Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Seberang Tengah, DSP Abdul Aziz Ahmad.

"Dakwaan polis tidak mengambil tindakan  itu tidak benar. Kejadian berlaku di dalam lif sebuah hospital swasta di bandar Perda. Polis menerima laporan dan kini dalam usaha mengesan dan menangkap suami mangsa untuk tujuan siasatan," ujar DSP Abdul Aziz.

Hemat saya mudah,  tentunya kita semua bersimpati menyaksikan rakaman  wanita lemah dibelasah sebegitu kejam. Berikutan itu ramai  pelayar internet  mencatatkan komen berhubung kes ini berasaskan kenyataan dikongsikan oleh  Mohd Yunus AR, mendakwa adik mangsa. Pelbagai komen negatif dilontarkan terhadap Pasukan Polis Diraja Malaysia tanpa mendengar kenyataan kedua belah pihak.

Klik di sini.



Mar Lina, bertenang, undang-undang akan dilaksanakan. Ketahui keseluruhan fakta kes sebelum secara emosi bersuara di laman sosial.

Marah sebab diganggu tatkala bercuti ke?


Sila klik di sini untuk menonton rakaman video terbabit.

15 ulasan:

  1. yang mengatakan polis banggang tu... jgn terlalu emosi..bercakap mengikut emosi, nak berckap sila gunakan otak dn akal. sebab itu salah 1 ciri2 kita ni seorang yang siuman. tak tau lah pulak kalau hang meroyan.

    BalasPadam
  2. saya rasa perkara ini mudah, sekiranya setiap aduan dibuat diterima dan diambil tindakan pengadu tidak akan menyiarkan dalam fb. Pihak badan bebas boleh buat siasatan berhubung dengan dakwaan ini. Jawapan kecederaan kekal satu ayat yang rasanya bukan dibuat dan bukan tomahan.

    Siasat dan ambil tindakan atas yang tidak betul samaada Pegawai Polis atau pengadu sendiri. Habis cerita ..

    BalasPadam
  3. Saya berpendapat sama dengan 9W2WZI, si pengadu iaitu Mohd Yunos AR apabila memasukan artikel dan maklumat dalam fb setelah ia memikir panjang. dan saya juga percaya belia tidak akan membuat tindakan melulu dan membabi buta seperti si pemukul tersebut jika laporan beliau kepada pihak berwajib dijalankan dengan segera. dan ini juga mungkin satu cara beliau memberitahu pada rakan rakan fb dengan harapan ada sinar....kita tunggu apa cerita selanjutnya.....yang salah tetap akan salah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak kecoh, lambat ambil tindakan, kalau dah kecoh dalam media baru tindakan diambil segera. Ini adalah fakta bukan auta. Sebagai seorang adik, saya rasa tindakan Mohd Yunus AR adalah berasas.. Kenyataannya adalah berdasarkan pengalaman beliau yang membuat report tersebut.

      Cuma respon balas dari rakan fb menggunakan bahasa kurang wajar kerana ianya lebih kepada bahasa perbualan bukan bahasa surat rasmi.. Kebanyakan orang begitulah respon bila berbual.

      Padam
  4. Polis bukan samseng atau pembunuh upahan. Setiap jenayah yang berlaku mesti diambil tindakan dengan betul dan mengikut undang2. Mungkin masyarakat tidak menyedari bahawa ramai juga anggota polis telah diambil tindakan kerana cuai, tidak mengikut SOP, atau tersilap semasa melakukan tugas. Malah orang ramai juga tidak tahu hak dan tanggungjawab masing2 dalam masayarakat selain dari menyalahkan pihak polis.

    Mana-mana pegawai polis boleh mengambil tindakan menangkap tanpa waran mana-mana kesalahan yang berlaku didepan matanya dimana kesalahan itu boleh ditangkap tanpa waran mengikut undang-undang. Malah orang awam juga juga boleh membuat tangkapan awam ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan yang berlaku didepan matanya akan kesalahan yang mengancam keselamatan orang ramai seperti serangan bunuh, mendatang cedera parah, serangan rogol, serangan liwat, serangan bencana api, bahan letupan, dan bahan kimia berbahaya seperti asid dan banyak lagi. Dengan syarat orang yang ditangkap itu mestilah diserahkan dengan serta merta kepada pegawai polis atau balai polis yang berhampiran. Ianya tidak boleh dikurung atau diseksa sesuka hati.

    Jika kesalahan tersebut berlaku bukan dihadapan mata pegawai polis berkenaan, maka jika ada aduan atau maklumat, maka barulah polis boleh mulakan siasatan. Dan siasatan itu pula bukan boleh sembarangan hanya dengan kenyataan mulut pengadu atau khabar sahaja. Ianya mestilah dengan bukti dan saksi. Ada tatacara tertentu mengikut Kanun Acara Jenayah yang telah diluluskan oleh Parlimen.

    Adalah tidak adil jika terus membuat tuduhan kepada polis tidak mengambil sebarang tindakan hanya berdasarkan video semata-mata. Peguam sekarang hebat-hebat belaka. Kita lihat sahaja video seks seorang ketua pemimpin politik yang tersebar itu. Pelakun video tersebut tidak dapat diambil tindakan malah sebaliknya pihak yang mendedahkan video itu pula yang kena hukum denda.

    Pernah juga pihak polis menghadapi situasi dimana isteri yang kena dera dan dipukul oleh sisuami, enggan mengambil tindakan susulan dan enggan memberi kerjasama kepada pihak polis apabila pihak polis mengambil tindakan ke atas suaminya. Si isteri memberi alasan bahawa suaminya telah insaf dan mengaku tidak akan mengulanginya lagi. Jika polis teruskan juga, siapa yang akan menjadi saksi dan juga siapa yang menjadi "mangsa kena pukul itu"?.

    Maka jalan sebaik-baiknya ialah terus memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan menyalurkan semua maklumat dan bukti yang ada disamping sanggup menjadi saksi pihak pendakwa diperbicaraan nanti.



    BalasPadam
  5. maaf mencelah, LIHAT sahaja fb mohd yunos atau berita TV3, mangsa baru dipanggil kembali untuk report dan keterangan.

    ATAU boleh tunjukan 'LAPORAN PERTAMA' sebelum mohd yunos memuatnaik video ini..jika benar memang ada usaha memyiasat hal mangsa.

    BalasPadam
  6. pengalaman dipukul teruk, sepak terajang, di tepi jalan sehingga menyebabkan kecederaan pernah menimpa keluarga terdekat saya. jawapan sama dicatatkan saudara yunus tu..hanya boleh jalankan siasatan tapi tak dapat nak sabitkan kesalahan sebab tidak terjadi kecederaan kekal dan tidak menggunakan senjata. apa pun, kena bertenang..jangan emosi dalam melontarkan pendapat. serahkan saja pada polis untuk buat kerja..dan bagi kerjasama.

    BalasPadam
  7. Kesian, ayat2 yang digunakan pun dah melambangkan peribadi masing2. Sad to say, Malay Muslims keluarkan kata2 macam orang tak berilmu. Pathetic.

    BalasPadam
  8. Saudari Mar Lina punya bahasa tu saya tak suka..Bagi seorang perempuan, jagala bahasa..guna bahasa yang sopan..Sikit2 bangang..bodo...bangang. Post kat fb pulak tu? Nak marah pun jaga bahasa la saudari oi..Kasaq sangat bunyinya..

    BalasPadam
  9. Lelaki yang membelasah isterinya sendiri mmg tak dapat diterima akal. Pukul pun ada cara dlm Islam ni. Kalau saya la, mmg takkan nak lg hidup dgn dia sbb trauma..Mungkin jadi lagi sbb panas baran.Mudah2an pihak polis dapat menangkap suami dia dan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.Mana dia nak sorok sbb keja dgn kerajaan kan...Boleh cari lg..lama mana dia tak mau pi keja?

    BalasPadam
  10. masalah nya en mazidul, bila pertama kali report, polis kata masalah kelurga, bila dah keluar laman sosial, baru kelam kabut siasat, tu pun agak nya bila pegawai atasan dapat tau melalui laman sosial. pendapat saya lah.

    BalasPadam
  11. Sekadar perkongsian..mmg byk kes kgnasan rumhtangga..klu pengdu gi balai polis..biasanya anggota polis suh gi pej. agama coz ni kes keluarga..kekdg kesian tgk muka bgkak kena pukul & tumbuk..ntah la..mgkin tgk jenis pgawai ..klu ada mood, siasat..klu x senang citer suh gi pej agama..

    ada gak tnya pegwai atasn..katanya x boleh..setiap aduan kna diterima..cuma realiti x mcm tu

    BalasPadam
  12. Cuma satu pemerhatian saya..pegawai di kaunter mengambil report. Jangan expect orang awam yang datang ke Balai Polis tu tiap2 hari buat report polis. Orang awam xtau ape yang perlu dimasukkan dalam laporan. Bila pegawai tanya ape lagi? Jangkaan jawapan mcm mana yang pegawai tersebut mahu? Lastly end-up dengan laporan yang kurang lengkap. just my 2cent..

    BalasPadam
  13. Cuma satu pemerhatian saya..pegawai di kaunter mengambil report. Jangan expect orang awam yang datang ke Balai Polis tu tiap2 hari buat report polis. Orang awam xtau ape yang perlu dimasukkan dalam laporan. Bila pegawai tanya ape lagi? Jangkaan jawapan mcm mana yang pegawai tersebut mahu? Lastly end-up dengan laporan yang kurang lengkap. just my 2cent..

    BalasPadam
  14. saya bersukur kerana sepanjang pengalaman saya buat laporan polis di balai bandar baru bangi dan kajang, saya tidak mengalami masalah. Baik dan mesra layanan diterima.

    Begitu juga dengan situasi diwad bersalin hospital putrajaya untuk 2 anak saya. Mungkin rahmah Allah saya ditemukan dengan petugas yg baik.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.