Semua pelajar institusi pengajian tinggi, IPT awam dan swasta menikmati DISKAUN 70% daripada harga asal yuran Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM.
RM300 melayakkan mereka untuk menimba ilmu komunikasi berkesan selama 6 jam.
Untuk mengetahui kadar yuran peserta bukan pelajar IPT, Sila hubungi En. Mohd Farid Hamzah (Tel/Whatsapp) 019 605 2290.
Hanya mereka mendaftar dan menjelaskan bayaran yuran (Maybank Mazidulakmal Sidik 1141-0600-4713) SEBELUM hari selasa minggu hadapan LAYAK menyertai Bengkel YBBM.
Mengapa?
Kerana pengesahan tempahan ruang bengkel di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor (berhadapan Sunway Giza) akan dibuat pada 13 Ogos 2013. Jika orang ramai mendaftar selepas tarikh itu, TIADA kadar yuran diskaun ditawarkan.
Kepada semua pihak penaja, sila Whatsapp (019 390 2899) atau emel (mazidulakmal@yahoo.com) maklumat berikut sebelum 12 Ogos 2013.
1. Nama syarikat dan perincian pemilik.
2. Jenis barangan tajaan.
3. Website atau URL facebook barangan dipromosi dan dipasarkan.
Bengkel YBBM, medan untuk peserta LEBIH memantapkan lagi kemahiran berkomunikasi. Modul meliputi perkongsian ilmu berhubung elemen komunikasi berkesan, kaedah terbaik untuk tampil LEBIH yakin, selesa dan bergaya di hadapan audien serta petua untuk meminimakan perasaan gemuruh tatkala bercakap di hadapan orang ramai.
Lebih istimewa, Bengkel YBBM menyediakan sesi praktikal untuk setiap peserta bukan sekadar disumbatkan dengan teori komunikasi.
Pelajar, peniaga, ejen insuran, jurujual, eksekutif pemasaran, guru, pensyarah, penceramah, pengacara majlis, moderator, kakitangan khidmat pelanggan dan sesiapa sahaja selama ini terbabit dalam arena komunikasi dipersilakan untuk menyertai Bengkel YBBM.
Semua KAKITANGAN KERAJAAN, ditawarkan bayaran yuran ISTIMEWA. Sila hubungi En. Farid dengan kadar segera, bagaimanapun tawaran itu terhad kepada bilangan peserta.
SEMUA peserta dijamin tidak akan mengantuk. Andai kata peserta tertidur lena di sepanjang bengkel, wang yuran mereka 100% akan dikembalikan tanpa sebarang soalan.
Terima kasih kepada semua peserta telah mendepositkan bayaran. Sekalung penghargaan awal buat individu terbabit kerana sudi memberikan saya peluang untuk bersama mereka.
Klik di sini.
Klik di sini.
'If you want to be dominant, you had to be different'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.