Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM 1 berlangsung lancar pada 17 Ogos 2013. Alhamdulillah.
Siapakah peserta bengkel?
Doktor falsafah, pelajar sarjana universiti, cikgu, pelajar institusi pengajian tinggi, IPT dan sekolah, penceramah ugama dan juga peniaga.
Klik di sini untuk melihat gambar dan komen peserta.
Mereka semua hadir dengan misi sama, ingin menggilap kemahiran komunikasi dan mempertingkatkan pengetahuan untuk memukau audien. Saya melihat wajah kepuasan terserlah.
Ilmu untuk bercakap secara berkesan harus dipelajari agar kelak boleh diapplikasikan sewaktu berinteraksi bersama masyarakat pelbagai lapisan.
Ilmu ditimba di bengel ini In Sha Allah boleh digunakan untuk mereka berminat menjadi pengacara majlis, pengacara televisyen juga penyampai radio.
Hakikatnya, kita semua memiliki SENJATA AMPUH untuk memukau audien tatkala bercakap. Persoalannya, adakah kita tahu SENJATA itu? Adakah SENJATA itu digunakan pada tahap maksima? SENJATA itu dan kekuatannya, saya dedahkan kepada semua peserta bengkel.
Majoriti kita kekadang bercakap terlalu laju, sebutan perkataan kurang jelas dan kerap kali dihantui serta dihimpit oleh perasaan gemuruh sewaktu bercakap di khalayak ramai. Semua masalah itu BOLEH diatasi. Setelah menghadiri bengkel santai ini, peserta tidak lagi perlu berasa tertekan jika disuruh bercakap di hadapan audien tanpa mengira bilangan mereka.
Saya berpengalaman bercakap selama hampir 20 tahun di kaca televisyen, pernah bergiat aktif di arena perdebatan dan syarahan. Berulang kali saya juga diundang sebagai penceramah dan juga pengacara majlis. Justeru saya membuka ruang untuk setiap peserta mengemukakan soalan berhubung soal komuniksi selama ini diperap di minda mereka.
Jika menuntut ilmu, biar berguru dan ilmu harus dicari sekaligus dipelajari.
Penyertaan pelajar sekolah menengah dialu-alukan. Ibu ayah akur, anak mereka harus dibekalkan dengan kemahiran komunikasi agar anak kesayangan tidak akan berasa kekok, segan dan gemuruh, contohnya ketika membuat pembentangan di menara gading kelak.
Kita semua tahu, kelemahan berkomunikasi mampu menjejaskan kerjaya. Manakala kemahiran dan kekuatan dalam bidang komunikasi pula membuka ruang LEBIH besar dalam pembangunan kerjaya individu.
Hubungi Pegawai Khas YBBM, En. Mohd Farid Hamzah melalui telefon atau Whatsapp 017 605 2290.
BILANGAN PESERTA TERHAD, 25 ORANG SAHAJA.
Berikut perincian Bengkel YBBM 2
Tarikh : 29 September 2013 (Ahad)
Lokasi : Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Masa : 9 pagi - 5 petang.
Yuran :
1. RM350 untuk pelajar sekolah dan IPT (bukti kad pelajar diperlukan)
2. RM550 untuk kakitangan kerajaan/swasta
( Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan. Parkir percuma dan surau berdekatan )
Kepada syarikat berminat menaja HADIAH untuk setiap peserta Bengkel YBBM, sila Whatsapp saya 019 390 2899.
Suasana menang menang diciptakan untuk semua penaja budiman.
Seperti penaja di YBBM 1, saya akan memaparkan butiran produk atau perkhidmatan ditawarkan di blog ini.
Klik di sini untuk melihat contoh.
assalamualaikum..teringin nak turut serta, tapi memandangkan terikat dengan kerja, kena simpan dulu hajat di hati...bila nak buat di kawasan utara pulak??
BalasPadam