Khamis, Ogos 15, 2013

TERTIPU RM100,000

Saya menerima laporan, seorang wanita, suri rumah, berusia 46 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor kerugian RM100,000 akibat terpedaya dengan tipu-helah modus operandi dipraktikkan oleh warga Nigeria sejak Mei.  Laporan polis  telah dibuat di Batu Pahat pada 13 Ogos lalu.

Lazimnya, sebaik berkongsikan maklumat peribadi di internet melalui 'umpan' seperti, klik di sini, mangsa akan dihubungi, kononnya mereka memenangi hadiah bernilai ratusan ribu ringgit. Untuk menebus kononnhya hadiah lumayan itu, mangsa dipujuk untuk membuat pembayaran secara berperingkat. Hanya apabila menyedari diri tertipu, barulah mangsa akan berhenti mendepositkan bayaran ke akaun bank tempatan.

Selain daripada meratah tubuh gadis dan wanita tempatan, sebilangan lelaki Nigeria turut 'meratah' wang mereka.

Hanya mereka kurang prihatin dan tidak pernah ingin  mengambil tahu berhubung perkembangan berita jenayah, akan terus terperangkap.


1 ulasan:

  1. Kadang-kadang saya pelik, kenapa la kita mudah sangat percaya yang ada orang nak bagi kita duit macam tu je.. Tolonglah, dunia realiti ni kalau nak bagi sepuluh ringgitpun orang berkira nak bagi, malahan ada yang banyak tanya.. Ni ratus ribu ringgit..? Lagi mau percaya ka adik manis....??

    Bila dah terjerat, baru nak buat aduan kat polis.. Kenapa masa dapat email tu, tak tanya dan minta pendapat polis atau rujuk kat siapa2 dulu..? Ataupun mungkin dalam hati dah plan, kalau betul dapat duit banyak camni, nak pulun sorang-sorang..?? Wallahu'alam..

    Saya selalu dapat dalam bentuk SMS.. Macam2 ada.. Tapi saya abaikan aje..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.