Rabu, Ogos 21, 2013

JUMLAH KEMATIAN NAHAS BAS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS MUNGKIN AKAN MENGEJUTKAN


Gambar 3 daripada mangsa terkorban dalam nahas bas jatuh gaung di Genting Highlands. Doktor dilaporkan sedang mengesahkan status mangsa di dalam bas belum dibawa naik lagi.

"Saya mendapat berita lebih 30 mangsa masih di dalam bas, status mereka belum diketahui lagi dan doktor sedang mengesahkan samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia," ujar sumber.

Walau bagaimanapun statistik itu belum disahkan oleh pihak berkuasa.

BERNAMA pula melaporkan, menurut pasukan Bomba dan Penyelamat,  33 dikhuatiri maut. Sebelum ini 19 mangsa berjaya dikeluarkan, 3 antara mereka maut.

Jika benar kenyataan itu, maka itu antara kejadian paling ngeri berlaku di pusat peranginan tanah tinggi terkemuka di Malaysia itu. Seperkara lagi, bas terbabit dalam tragedi itu ternyata menbawa lebih penumpang, 49 orang, berbandung bilangan dibenarkan.



5 ulasan:

  1. Bilangan Penumpang Lebih?? Masya Allah Minta Di Elakkan Pekara2 Sebegini.

    BalasPadam
  2. ni bas angkut penumpang dari hotel ke hotel untuk dibwa naik ke genting. x kira berapa org nak naik, asalkan x penuh sampai thp sardin.tau pun sebab hari tu pernah naik bas gini,tp tgk ramai sgt org,trus x jd.

    BalasPadam
  3. Salam, bas tersebut dikatakan membawa lebihan penumpang yang banyak. Sebanyak 53 penumpang suatu angka 'gila' bagi sebuah bas satu tingkat. Bab henti-henti biasa hanya boleh muat sebanyak 40-43 penumpang (seat 2+2). Manakala bas ekspres jarak jauh ialah 34-36 penumpang, manakala bas ekskutif (seat 1+2) hanya boleh memuatkan 25 penumpang. Bas dua tingkat pun tidak boleh muat sebanyak 53 penumpang. Pengusaha bas Genting-KL wajib disiasat dan dikenakan hukuman berat jika benar dakwaan ini. Sama ada faktor lain menyebabkan nahas, kesalahan membawa lebih penumpang suatu kesalahan berat kerana ia akan menambahkan beban momentum bas, seterusnya mengundang kegagalan break, gelincir dan sebagainya.

    Genting Highland pusat peranginan yang juga memiliki pusat hiburan terlarang, ada hikmah pada kejadian. Goh Tong punya tempat, banyak lagi tempat menarik lain dalam Malaysia ini boleh kita lawat.

    BalasPadam
  4. SMTI . 1st time saya nampak ada kesilapan ejaan . *berbandung .hehe
    teruskan cerita , berita menarik :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.