Rabu, Ogos 28, 2013

HARAM TETAPI DIHALALKAN

Masyarakat mengetahui berita mengenai pelbagai kejadian kes tembak membabitkan penggunaan senjata api di negara kita.

Dari manakah sumber pistol digunakan?

Hari ini akhar Harian Metro mendedahkan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar. Senjata dihadiahkan  kepada individu berjaya menyeludup dadah ke Malaysia.

Dipaparkan akhbar sama,  gambar laluan sungai haram di Sungai Golok, Kelantan.


Saya juga pernah mendedahkan isu penyeberangan orang ramai secara haram terbabit, klik di sini.

Penguna bot galah membayar tambang RM1 sehala tidak diperiksa dokumen oleh pihak berkuasa dan kegiatan itu dianggap normal di sempadan negara.

Mengapakah terlalu sukar untuk memberhentikan kegiatan juga menjadi pemangkin kepada kegiatan penyeludupan beras itu? 

10 ulasan:

  1. Saya baru balik dari rantau panjang ... laluan ulang-alik golok-rantau panajng sekarang dah ada 2 askar bertugas ... mereka cuma memerhati jika ada yg mencurigakan ... aktiviti merentasi sempadan masih berjalan seperti biasa ... mungkin sukar nak halang kerana di sana, ada saudara mara mereka tinggal di seberang ...

    BalasPadam
  2. kerajaan kena bina zon penampan.. barrier zon bertembok antara Sungai Golok!! man aboleh Askar nk kawal mcm ni..bukan sekolah tadika.. apalah bodoh sgt sistem sempadan negara mcm ni? Lebih takut pada PAS dan org kelantan punya budaya sombong dr soal keselamatan negara.

    krn anggap ini normal lah berjuta rakyat di negeri2 lain hidup dlm ancaman jenayah!!!

    Sampai bilakah mcm ni?? PM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa perlu dikaitkan dgn pas atau umno..anda tidak perlu mendedahkan politik sempit anda bg menyelesaikan sesuatu isu.isu keselamatan negara adalah isu bersama dan di bawah kuasa kerajaan pusat.

      Padam
  3. Senjata dihadiahkan kepada individu "yang" berjaya menyeludup dadah ke Malaysia.

    BalasPadam
  4. selamba badak je.. siap ada tangga access dari air..
    masih tak ambik iktibar dari kejadian di lahad datu.. selamba badak orang luar keluar masuk di sempadan negara.. dah ada kutu berahak yg buat onar baru kelam kabut nak benterass... betuah betul la..

    BalasPadam
  5. Tidak timbul soal Pas atau Umno di sini tapi yang diperhatikan ialah isu penguatkuasaan tidak berkesan oleh mereka yang terlibat. Kita ada tentera, polis, kastam, imigresen dan sebagainya di pintu masuk negara tapi senang-senag saja barang lepas daripada kawalan mereka. Tengok saja masa raya baru-baru ini senang saja mercun masuk ke negara kita walaupun isu senjata api hangat diperkatakan...

    BalasPadam
  6. 1. Undang2 tak dilaksanakan seperti yg sepatutnya, mungkin ada beberapa faktor yg menyebabkn pelaksanaannya tdk berada di tahap yg terbaik.
    2. Cadangan pembinaan barrier zon bertembok tu bagus juga. Kalau tidak bertembok pun mungkin ada alternatif lain daripada langsung takde penghadang.
    3. Sungguhpun ada saudara mara, undang2 tak boleh meng'halal'kannya.
    4. Apakata orang atasan turun ke sempadan ni tengok secara 'tiba2'. Tak perlu dihebahkan, nanti nak kena karpet merah bagai pulak...

    BalasPadam
  7. .. sebenarnya bukan susah nak kawal.. pasang pagar kawat.. buat pintu macam di airport.. letak scanner dan alat x ray macam lalu di corridor.... mana yang melencung suruh lalu tempat tu... tapi tak perlulah nak ada pegawai yang pergi raba badan.. nanti gaduh pulak.. cukup tengok di kaca tv x ray orang yang lalu.. kalau ada yang ganjil.. barulah periksa...

    BalasPadam
  8. salam, isu sempadan thai-malaysia, lebih2 lagi sg golok- rantau panjang... adalah isu lama yang masih tiada noktahnya... bukan berkaitan dengan pimpinan kerajaan negeri@persekutuan.. tetapi masalah sebenarnya, saudara mara masyrakat itu sendiri yang berada di negara thai, itu sbbnya masih ada yg gunakan pengangkutan bot penambang utk kesana... ini semua angkara pihak british yang memisahkan patani darul salam dr bumi kelantan darul naim, patani-yala-narathiwat - kelantan umpama besut(trgn) n pasir puteh(kltn), org klntn yg berada di pasir puteh masih ada sedara mara kat besut....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.