Seperti majoriti manusia, saya juga berasa simpati melihat pengemis. Mereka membawa anak kecil, cacat dan kekadang warga emas.
"Ustaz, apakah kaedah terbaik untuk bersedekah?," soal saya kepada Ustaz Zaharuddin Zainal.
Beliau sahabat saya, Imam Masjid Ibu Khaldun, lulusan Universiti Al-Azhar Damanhur, Mesir juga kru Penyingkap Fakta.
"Sebaik-baiknya, carilah sasaran seperti rumah anak yatim, contohnya," balas sahabat saya itu ringkas.
Bagaimanapun, seperti kita ketahui, kebanyakkan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, bersikap amat pemurah. Sebaik melihat pengemis, mereka tidak keberatan menghulurkan sumbangan dengan kadar bergantung kepada keikhlasan.
Dalam bulan Ramadan Al-Mubarak, umat Islam digalakkan bersedekah. Justeru tidak hairan jika bazar Ramadan dibanjiri pengemis tempatan dan warga asing.
Tiga hari lalu, sewaktu hendak membeli juadah untuk berbuka puasa di Bazar Ramadan Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya terserempak dengan pengemis wanita berasal dari Kemboja di bawah. Melalui temu bual bersamanya, saya dimaklumkan anak di pangkuan itu berusia 3 tahun dan dia menetap di Damansara Damai.
Dia mendakwa suaminya telah meninggal dunia dan datang mengemis di lokasi terbabit menggunakan teksi. Lama saya perhatikan, sebelum merekodkan visualnya. Ramai pengunjung bazar menghulurkan wang tunai kepadanya.
Saya tahu majoriti mereka ikhlas.
"Ambillah gambar, saya bagi duit ini," celah seorang wanita melintasi saya.
Saya hanya mampu mengukirkan senyuman dan meneruskan rakaman biarpun perut berkeroncong. Diharap, dia hanya sekadar melontarkan gurauan.
Sebelum ini, saya nukilkan fakta berhubung pengemis meraih kutipan kira-kira RM400 sehari di Bazar Ramadan Kelana Jaya. Pengemis itu juga berasal dari Kemboja.
Klik di sini untuk membaca kisahnya.
Pengemis itu bukan beragama Islam.
Namun pengakuan pengemis wanita bertudung di bawah, mengejutkan saya.
Setelah menyedari visualnya saya rakamkan secara berterusan, dia bingkas bangun dan beredar tergesa-gesa dari lokasi asal. Berbekalkan kamera video, saya mengekorinya dan kemudian terserempak ...
Saksikan klip video kedua ini.
Pengemis lelaki berusia 46 tahun terbabit juga berasal dari Kemboja dan menetap di Damansara Damai.
Menggunakan khidmat kenalan fasih berbahasa Kemboja, saya menemu bual lelaki itu.
"Dia menyewa rumah bersama beberapa pengemis lain. Anak dia empat orang di Kemboja dan dia datang ke bazar ini dengan menaiki teksi. Pengemis ini dibekalkan telefon bimbit bertujuan memudahkan dia dihantar dan dijemput untuk pulang. Pemandu teksi regular, orang sama. Minta tolong, jangan dedahkan identiti saya kepada umum, saya berjanji akan membantu abang mendedahkan fakta berhubung pengemis warga Kemboja. Sebenarnya sebilangan pengemis Kemboja ini tinggal di rumah teres secara berkumpulan dan setiap hari keluar mengemis, cuma lokasi dipilih sahaja berbeza," ujar kenalan itu.
Kutipan harian pengemis itu mencecah ratusan ringgit di antara jam 5 petang dan 7 malam.
Sebagai blogger, saya kongsikan fakta terbabit bersama semua pembaca. Jika masih ingin menghulurkan sumbangan kepada mereka, itu pilihan individu.
Ringkasnya, pengemis warga asing berhijrah ke Malaysia sekaligus menyalahgunakan pas lawatan sosial tahu, rakyat negara kita bersifat pemurah. Lalu mereka mengambil peluang itu secara tidak kita sedari dengan bertopengkan agama dan kecacatan.
Tolong sebarkan informasi ini, share klip video di atas, terima kasih.
di bazar ramadhan ,saya saksikan perkara yang sama..rakan2 blogger pun turut jumpa pengemis yang sama di dua lokasi lain yang berbeza bazar ramadhan, gambarnya sempat saya rakamkan di entri ini :
BalasPadamhttp://www.eyriqazz.com/2012/07/gambar-bazar-ramadhan-setapak-indah.html
SMTI: saya mengharapkan rakyat Malaysia akan lebih 'buka mata' dgnpaparan sebegini.. bukan menidakkan hak mereka utk hidup.. tp sekurang2nya.. mereka masih mampu cari rezeki dgn bekerja.. bukan meminta2 spt ini.. sudahlah 'malas'..menipu pulak tu.. ishh.. makin ramai skang ni wujud peminta2 sedekah di bazar2 Ramadhan ..ayuh rakyat Malaysia.. ajar mereka utk hidup susah... spt mana kita yg bersusah payah membanting tulang mencari rezeki utk hidup senang!
BalasPadamInsyaAllah apa yang kite derma itu mesti medapat ganjaran dari Allah, dan jika diorg tipu pun antara dia dgn Allah..Abg Mazidul tolong promote ambe punya blog budak baru..www.kakisembang.com
BalasPadambertambah la lagi nanti "orang" yang tak mengenang budi dekat Malaysia ni lagi nanti satu hari nanti.
BalasPadamIsh3..... Dua2 yg abg mazidul rakamkan tu sempurna fizikalnye.... Tak islam tapi mggunakan tdung utk kelirukan umat Islam supaya mnderma dkt dia....
BalasPadamAde lg 1 bang... Cube pergi dkat sogo.. Kt salah 1 pintu masuk.... Ade sorg atok tua.. Dia peminta sedekah jugak... Tu mungkin secara individu.... Cara dia nk ambil prhatian org ialah dgn menulis tulisan khat "bismillah" diatas kertas putih... Atok tu parkinson.... So, tulis pyn slow la... Ramai berbaik hati mnderma dkt dia... Tu ok lagi....
Tp cube abg lalu kt jejantas yg mnghubungkan SOGO ke STAR LRT... Kt situ ade ramai peminta sedekah yg mngalunkan ayat suci alquran... Kadang2 time senja (wktu maghrib) pun diorg still kt situ... Tak solat ke agaknye... Confusing....
Btw.... Crita abg ni mnarik... Kite sbg mnusia yg baik hati ni kene lbih brhati2 la mmilih siapa yg layak diberi sedekah dan yg mane xlayak... Pndai pikir la....
Hukum Memberi Uang kepada Pengemis
BalasPadamsmti...pendedahan yang mampu membuka mata dan pintu hati kita untuk berfikir sejenak tentang hakikat sebenarnya....
BalasPadamsetiap kali saya lalu depan mereka yang meminta sedekah..at least saya akan derma rm1..namun kawan-kawan selalu tegur jangan derma sebab kita tidak tahu kebenaran mereka..post kali ini menyedarkan saya..terima kasih.. :)
BalasPadamDiharapkan agar rakyat malaysia menderma ke rumah kebajikan yg lebih memerlukan. Bayangkan jika seorg pengemis boleh memperolehi 'pendapatan' sebegitu byak untuk seorang atau mungkin untuk berdua,banyak yang boleh dimanfaatkan jika kita hulurkan ke rumah kebajikan. Wallahualam..
BalasPadamishh geram betul la dengan warga2 asing yg ambik kesempatan ke atas kemurahan hati rakyat malaysia ni... dah la menyamar pakai tudung jadi orang islam...
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
Harap perkara ni dpt disebarkan melalui media2 elektronik. Kerana ramai lagi yg tak tahu perkara sebenar. Kalau tak ramai lagi yg akan tertipu oleh mereka2 ini.
BalasPadamSedih...ramai rakyat malaysia yg sudi membntu warga asing sedangkan program sehelai baju buat menyapu si air mata yakni program seorang menghulurkan sehelai baju kurung atau baju melayu baru buat anak2yatim seluruh malaysia dipandang sepi..berapa kerat saja yg respon di wall saya...sudi kiranya abg mazidul promote di wall abg mazidul..kmi masih memerlukan baju buat anak2 berumur 12-17 tahun...
BalasPadamHarap2 media dlm berkerjasama banteras aktiviti mereka ni..setiap thn benda ini berlaku..rakyat m'sia derma lah ke saluran btl..byk lg memerlukan..
BalasPadamnak cari duit dgn jalan mudah cuma perlu tebalkan muka jer.. Kikiskan sikap kesian tak bertempat untuk benteras gelaja mengemis mcm ni..
BalasPadamSaya cadangkan untuk anda yang ingin bersedekah boleh terus ke Rumah Anak Yatim..petang tadi saya berpeluang berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Taman Prima Saujana di Kajang. Sayu hati melihat mereka, boleh baca entry saya di hananasmidar.blogspot.com..Jika sesiapa yang berminat untuk membantu mereka boleh terus salurkan bantuan anda kepada Ummi Rumah tersebut, Puan Siti, 017-2137313. Mereka juga ada buat jualan kuih raya yang dibuat sendiri oleh anak kecil yang baru meniti usia awal belasan tahun. Info kuih boleh dibaca di blog saya. Terima kasih semua~
BalasPadamdah kerap kisah seperti ini ditimbulkan. persoalannya apakah tindakan pihak berkuasa? pengemis ini seperti tidak takut langsung ditangkap.
BalasPadamdiorg nie mcm tak tau takut langsung...harap pihak berwajib pantau benda nie...
BalasPadamsalam... sy perasan peminta sedekah ni gayanya serupa je. pakai tudung, ada handbag. di bazar ramadan taman tun sardon, penang, sy perasan ramai makcik2 pakai elok je, ada handbag lawa (tak tau la branded atau tak. tp sempurna handbag mereka, bukan lusuh). nak derma pun macam tak logik sebab lawa sangat (baju sempurna, cantik lagi pulak tu). nak bertanya macam2 takut ada kaki yg jaga diorang (sebab sy ada pengalaman tanya budak2 yg minta sedekah di padang kota lama, dan mereka mengadu pada sorang lelaki... sy takut, terus cabut. huhuhu...) jadinya, entahlah. orang malaysia terlalu pemurah? logiknya, apa penyelesaian masalah macam ni? yg lebih pelik, di bazar ramadan tu siap ada polis yg jaga. bukan nak blame polis tapi apakah langkah pencegahan? (yelah, polis kan sibuk. citizen pun kena la bekerjasama)
BalasPadam