Jumaat, Julai 27, 2012

KASANOVA NIGERIA DIBERKAS

Kasanova Nigeria?

Hahahahaha! 

Ini kali pertama saya mendengar istilah sebegitu. Lelaki dilabel kasanova lazimnya kacak dan bergaya, mampu memikat gadis dan wanita dengan pujuk rayunya.

Biarpun kes 'parcel scam' membabitkan penipuan warga Nigeria telah didedahkan berulang kali namun masih ramai janda dan wanita kesunyian terperangkap.

Terkini, lebih RM300,000 masuk ke poket  7 lelaki Nigeria setelah berjaya menipu mangsa, wanita tempatan. Modus operandi mereka tetap sama, menggunakan gambar lelaki Eropah sewaktu berkomunikasi di laman sosial. Mereka juga bersekongkol dengan wanita tempatan.

Mujur penjenayah berusia di antara 23 dan 33 tahun itu berjaya diberkas oleh pasukan polis di Bachang, Melaka.

Tahniah!

Baca laporan lengkap di sini.

Terkini, saya dimaklumkan oleh sumber bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, warga sama dipercayai kononnya menawarkan pelbagai alat elektronik seperti komputer riba, iPad, iPhone dengan harga promosi.

Mangsa kemudian diminta mendepositkan wang ke dalam akuan bank milik individu didakwa syarikatnya beroperasi di Amerika Syarikat.

Wang dimasukkan ke dalam akaun penipu itu mencecah RM60,000.

"Kali ini lelaki lembut menjadi mangsa," ujar sumber terbabit.

8 ulasan:

  1. SMTI: Lelaki lembut?.. ishh dia pun berselera dgn Kasanova ni? :)))

    BalasPadam
  2. bang 2 kali saya dapat friend request dari lelaki.. katanya dia dari kanada.. sorry to say saya tak accept lelaki atau perempuan yg tak ada mutual friend ataupun tak ada info yg jelas tentang dirinya.. yg kelakar belum tau sapa saya dia dah perkenalkan dirinya dan kata berminat mengenali saya dengan lebih dekat.. bala yg datang sebenarnya kalau saya accept..

    BalasPadam
  3. pelik... ada juga manusia2 (maaf cakap) bodoh yang percaya kat penipuan2 warga nigeria ni...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. saya ada tulis blog pasal cara uruskan cukai kastam. Sejak tu ramai email saya minta pendapat tentang parcel berisi hadiah mewah yg diorg tunggu2 dari 'kawan eropah'. Dan SEMUA yg menunggu dan mengemail saya tu sebenarnya mangsa penipu Nigeria. Alhamdulillah dengan entry blog tu dpt jugak saya bantu adik2 yg hampir ditipu.

    BalasPadam
  5. salam..To Mrs.Lya,bagus juga awak buat entry tntang parcel2 tu.xdaklah penerima2 email ni yg membuta tuli bubuh duit dlm akon org yg xdikenali.kdg2 penat saya explain,tp depa ni xpecya kat saya.sudahnye saya "angkut"je mangsa yg kena tipu ni p jumpa kastam.hah,tunjuk satu2 apa yg betoi ape yang xbtoi..tu pon kdg2 depa xpecaya jugak.nak je sepuk sbijik..
    To Bro MAS,terimakaseh byk2.at least dpt jgk kita bantu adik2,aHKak2 kita yg kesunyian tu dari kena tipu dgn gagak2 ni!

    BalasPadam
  6. Hahaha nak sepuk. Tp diOrang ni mcm tak sedar2.. Dah byk cerita mcm ni dlm paper dlm 999 dlm 360, masih jugak kena tipu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.