Berikut gambar mud cookies di Haiti.
Kanak-kanak di sana memakan biskut diperbuat daripada tanah liat, kotor dan tentunya tidak mempunyai banyak nutrisi.
Saya simpati melihat nasib mereka lalui pada usia mentah.
Berikut pula dua kanak-kanak sihat, berusia 14 dan 11 tahun, rakyat Malaysia.
Mereka tidak perlu memakan mud cookies kerana tinggal di negara aman dan makmur.
Mereka juga bukan buruh kanak-kanak.
Hanya ditugaskan membungkus sampel 4 jenis biskut.
Biskut untuk dimakan pada musim Hari Raya Aidil Fitri.
Almond Flakes, RM28.00
Dua jenis biskut di bawah, Chocolate Chips dan Crispy Mocha, RM28 sebekas.
Manakala sebekas, 60 keping Chocs Oats Fingers seperti di bawah berharga hanya RM30.
Semua biskut itu dinamakan ...
... MAS (Mazidul Akmal Sidik) Cookies.
Sebagai taukeh, saya bertugas memastikan kualiti biskut sentiasa terjamin sebelum dipasarkan kepada pelanggan.
Kepada pembaca menetap di Lembah Klang dan berminat untuk menghidangkan MAS Cookies di musim perayaan kelak, sila hubungi Puan Lin di talian 012 6277300 untuk membuat pesanan.
SILA HEBAHKAN
hahaha jual kuih raya rupanya bro... tapi kesian betul kanak2 haiti makan biskut tanah liat... walau kita dicipta dari tanah, tapi tanah tu boleh dimakan ke... sadisnya... takde ke cara2 untuk menghulurkan bantuan kepada mereka? tabung derma haiti tv3 ke?
BalasPadamjom masuk contest watak kegemaran kat sini dan menang pen drive 8gb
As salam...
BalasPadamWaaaa sudah ada brand sendiri laaaa, Tahniah!
Nak order la jugaaa, mcm biskut famous amos je tu...
smti.. koya demo hahahahah
BalasPadamnampak sedap jer.. hehe
BalasPadamsaya nak kuih yg paling sedap 1 balang ya bang mazidul
BalasPadamhttp://jilakabetulv2.blogspot.com/
kehkeh
Wah jadi usahawan sekarang ni Bro MAS...
BalasPadamBro MAS cuba buat rencana tentang fenomena ini...Udang kara air tawar..
http://matsomherbs.blogspot.com/2012/06/pesta-udang-kara-di-parit-sulong.html
laaaaa ingatkan apa tadi.
BalasPadamlaaaa ingatkan apa tadi.
BalasPadamSmti- dalam
BalasPadamSerius tu ada juga lawaknya... Keh keh keh
wahhh...hehehe...baca tajuk tadi ingat Malaysia Arlines jual biskur...rupanya..Mazidul Akmal Sidek....terbaekkk bro... :)
BalasPadamHahah so cute! MAS cookies! Jgn kena saman dgn mana2 pihak berkenaan sudah ye, abg mazidul!
BalasPadamhaha! wat suspen aje..
BalasPadamIni macam punya taukeh kalo mau pastikan kualiti terjamin kurang la seketul cookies dlm setiap balang... Haha...
BalasPadamnampak sedap ..Mazidul buat sendiri ke? Ni dah kira family bisnes,, Tahniah..kalau lalu kat Batu Caves, bawak la sample sample tu :))
BalasPadamWah... dah bisnes ye... baguslah.. bisnes di bulan Ramadhan pasti ada rezeki yg melimpah ruah.. tambah2 lagi ianya di buat dan di jual oleh orang yg glamour mcm abang ni... cute tul lah tukang bungkus kueh raya tu,... anak abang kan?
BalasPadam