Ahad, Julai 29, 2012

PENGEMIS MENAIKI KERETA ... (VIDEO KLIP MESTI TONTON)

Dua pengemis wanita, di dalam klip video saya rakamkan di bawah,  berkongsi ciri sama. Mereka membawa anak kecil dan memakai seluar track suit.

Pakaian sebegitu memudahkan mereka bergerak.




Mereka juga bukan beragama Islam biarpun berperawakan seperti wanita Islam. Pengemis wanita Kemboja kedua saya temui di lokasi sama, Bazar Ramadan Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. 

Tiada siapa dapat mengesahkan bayi diriba oleh wanita itu, anaknya.


Sebaik menyedari visualnya dirakamkan, dia bingkas bangun dan melarikan diri. Beberapa kali dia cuba menyorok tetapi setiap kali itu orang ramai memaklumkan saya lokasi dia berada.

Hampir sejam kami bak bermain sembunyi sembunyi, cat and mouse.

Berikut komen orang ramai, Syed Alwi Syed Abdullah, saya rakamkan berhubung pengemis terbabit.



Saya berasa amat penat untuk mengekorinya, tekak kering dan kaki berasa sedikit lemah. 


Dia lain, tidak berpuasa.  

Tambahan pula pergerakannya tidak ubah bak lipas kudung.


Penjual kuih samosa, Khairul Anuar a.k.a Alon juga tidak berpuas hati dengan kehadiran pengemis warga asing di Bazar Ramadan.


Bagaimanapun ketika memandu menghampiri gerai untuk berbuka puasa, saya terlihat wanita sama berdiri berhampiran jalan utama. Saya kemudian segera memberhentikan kenderaan, pantas saya mencapai kembali kamera video di dalam beg galas dan sempat merakamkan visual di bawah ini.


Barangkali saranan Zulkifli Johari harus diberikan perhatian oleh Jabatan Imigresen Malaysia.



Kepada semua pembaca beragama Islam budiman, bantu saya untuk menyebarkan kandungan entri ini. Jika pengemis warga asing terbabit ingin meraih simpati sekalipun, mereka tidak perlu bertindak sehingga ke tahap mempersendakan Islam.

Tolong share entri ini di Facebook atau di laman media sosial lain.

Terima kasih, from the bottom of my heart.

Klip Video, klik di sini, juga menarik untuk ditonton.

21 ulasan:

  1. Macam pernah tengok jer pengemis ni.Rasanya minggu lepas dia minta sedekah kat Bazaar Ramadhan Bkt Rahman Putra,Sg Buloh.Nanti kalau jumpa lagi,saya ambil gambar.

    BalasPadam
  2. pengemis ni ada di bazaar ramadhan sg buloh kampung melayu depan sekolaj menengah sungai buloh. mcm mana nak report pd imegresen ye?

    BalasPadam
  3. teruk lah dyorg ni.... sedih lihat ISLAM di persendakan.... mesti ade org kite juga yg tolong mereka nie...

    abang, sy nak cadangkan abang bongkar pegemis buta yang bawak tisu dan dipimpin oleh seseorang yang celik di tiap2 kedai mkn...

    kadang saya pelik adakah duit yang si buta dapat mmg akan jadi hak mereka atau si celik yang akan ambik duit itu nanti...

    makin hari makin ramai yang membawa si buta ke gerai2 makan untuk meminta sedekah......

    semalam sy makan di kg.baru.. di situ juga sudah tdpt pminta sedekah yang sebegitu

    BalasPadam
  4. licik betul pengemis ni....pengemis berkereta....

    BalasPadam
  5. salam bro...

    sy agak la kan...
    depa ni.. slain bersindiket..
    depa ni pun.. ibarat makan gaji jugak la..

    masuk keja skian2 jam...
    selesai keja.. skian2 jam..
    waktu pegi/balik 'keja' ada org antar/ambik..
    slain tu.. dibagi/jaga tpt tinggal/mkn/minum/kebajikan dan sbagainya..

    slain bertukar 'tpt keja'...
    mungkin jugak bertukar shift keja..
    dan mungkin jugak bertukar 'anak'..
    2-3 hari sudah anak di bawa ppuan.. esok lusa.. anak lelaki la pulak..
    gamaknya la... hihih !!..
    mcm2 la.. gaya/cara org nak cari duit mudah.. zaman tanpa sempadan ni haaa !!

    BalasPadam
  6. encik mazidul, encik cakapa wanita tu x beragama islam ek..tp camana encik mazidul tau ek? ada ke tindak tanduk, sebutan atau apa2 perlakuannya menggambarkan dia bukan islam? mmg x patut die dan org2 mcm tu berlakon muslim, mmberi impak negatif thadap islam sangat2.

    BalasPadam
  7. Masalah ni senang je nk diatasi. Semua manusia kena ada satu prinsip, kalau nk sedekah hantar la ke masjid. Dari masjid baru ada pecahan kpd pihak yg layak terima sumbangan. Bila tkde org yg derma pada makhluk penipu ni baru dia ada akal nk pergi kerja... Dh duit tk masyuk... Btul tak?

    BalasPadam
  8. Emi Nizam, saya gunakan mulut untuk bertanya dan dia menjawab.

    Dia bukan beragama Islam dan sila tonton klip video di entri sebelumnya.

    BalasPadam
  9. Bila babitkan kanak2 sedih saya tgk.... mcm mana masa depan kanak2 tersebut ..

    Ada pulak driver tukang htr sana-sini... Next time mungkin en. Mazidul bole follow kereta dia...

    BalasPadam
  10. Encik Mazidul, masalah pengemis ni dekat Sabah pun banyak berlaku. Kadang-kadang agak merimaskan bila mereka bertindak menarik-narik lengan baju dan tidak mahu beredar selagi tidak diberikan duit.

    BalasPadam
  11. dekat bazar ramadhan pantai dalam ni lagi la banyak pengemis..hari 1st puasa, brape kerat je, la ni, makin byk pulak..rase nk kaki kan je muka dorg tu tp xelok la plak kn..tggu tindakan pihak berkuasa? eh..xdela plak..hmm..

    BalasPadam
  12. Dia ni la yg kat bazaar ramadhan sg buloh tmpoh hari..

    BalasPadam
  13. Salam Encik Mazidul..

    Saya dah follow post en mazidul dah lama dah...
    Setiap entry terbaru saya mesti baca.. Sampai Blog Bisnes saya pun saya pilih untuk iklankan kat blog en mazidul..hehe.. (FZ Fashion House)...

    Masalah pengemis kat Bazaar Ramadhan ni dah makin serius dah...
    kat mana2 mesti boleh jumpa..

    baru2 ni, saya berkunjung ke Bazaar di Taman Melawati, tepi MRR2.. bilangan pengemis dah makin banyak... Ada yg melampaunya... ada sorang ni PAKSA orang utk bagi dia duit.. Bila org tgh jalan.. dia akan tegur kita dgn bagi salam then sentuh bahu kita... Lepas tu mesti orang akan bagi dia duit.. Senang betul dia dapat duit... Dia perempuan pakai tudung labuh.. tapi agamanya.,.Wallahualam.. Tak pasti pulak... Saya perhatikan peniaga kat situ pun dah naik rimas dah... Ntah2 dia guna pukau x.. hmmm.. Lagi 1 taktik diorang kat situ... Diorang gunakan budak kecik yang comot/tak berapa nak bersih... Then akan datang kat gerai2 peniaga.. dan akan sentuk/usik makanan yg dijual walaupun peniaga tu dah marah... Diorang hanya akan pergi bila peniaga 'beli' sticker ayat quran yg diorang jual... hmm.. melampau dah tu...

    Ntahlah... Makin menjadi2 diorang ni... Kita Rakyat Malaysia nak cari rezeki/duit.. Bersusah payah... Diorang ni... Senang sangat2.. Apa lah nak jadi yer..

    Kalau encik mazidul ada apa2 masalah/pertanyaan.. Boleh hubungi saya... 016-985 4693 (Zahir)

    Selamat Berpuasa :-)

    BalasPadam
  14. Sepatutnya pegawai imegresen kena diletakkan kat m=kebanyakan major size pya pasar malam / bazar ramadhan..dan diletakkan satu sign..dilarang memberi wang kepada pengemis...rakat m'sia kena la bersatu hati...
    p/s: kalu sibuk nak join perhimpunan haram boley bersatu..inikan pula benda plg senang bg duit singgit kat pengemis....apa baranggg..

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum, pada saya, There are 2 side of the story...sekarang kita hanya tahu one side jea..side yg kita nampak salah..tapi kita tau tak kenapa mereka mengemis?? Mungkin sebab terpaksa sbb klu ikut fitrah manusia siapa yg nak mengemis..meletakkan diri di tempat yg paling hina..di bawah semua orang...mungkin mereka terpaksa. Mereka ditipu masa nak dtg ke malaysia oleh org2 yg tak bertanggungjawab..dijanjikan kerja yg lain.habis semua harta mereka di negara asal dijual dan dibayar kepada agen2 yg menjanjikan seribu satu impian kepada mereka. tapi bila sampai, kerja tak daea....org yg mereka percaya hilang entah kemana...they need to survive. Nak balik ke negara asal?? Harta semua dah tak dea..keluarga di sana mengharapkan wang yg dikirim oleh mereka utk hidup....mungkin nie jln terakhir mereka utk survive....pernah tak kita terpikir yg nie mungkin senario mereka???
    Atau mereka digunakan oleh sindikit??? Kenapa pengemis nie yg dipersalahkan...kenapa tak dalang yg dibelakang, yg mengaut keuntungan atas mereka???
    There are always 2 side of the story..memang kita tak suka klu mereka mengambil kesempatan keatas sifat pemurah rakyat msia dan jika mereka mempersendekan islam, tapi kita juga harus ingat..above all they are HUMAN BEING, that need to survive in this harsh world..maybe to them it's either that or die..what would you choose if you are in their shoes???

    BalasPadam
  16. Noriza, saya belum berjaya membuktikan wujudnya sindiket dalam hal ini dan saya tidak gemar bermain dengan tanggapan.

    Sebelum berbicara berhubung situasi do or die, molek rasanya jika berpeluang cuba ke Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor, kawasan penempatan dimonopoli warga Kemboja.

    Sebilangan rumah besar boleh dilihat tersergam indah dan mereka juga membina pekan sendiri di lokasi itu. Laporannya pernah saya nukilkan di blog ini. Jika rajin, cari dan baca.

    Hemat saya, mereka mengeksplotasi keadaan untuk meraih keuntungan.

    Mengemis tentunya lebih mudah berbanding berniaga.

    Namun liputan saya akan berterusan dan tidak dinoktahkan di sini sahaja.

    BalasPadam
  17. Bagi aku lah, kalau kita nak sedekah, kita sedekah ikhlas. Tak kisah lah depa tipu ka apa .. kita pon mana tau. So apa depa nak buat ngan duit yang kita bagi ikhlas tu satgi depa yang tanggung. :)

    BalasPadam
  18. smti...ada di antara pengemis ni saya nampak di pasar malam bandar tun razak....

    BalasPadam
  19. Bro Mazidull.. liputan bahan bro bagus,topik hangat,maslah2 ni cuba di angkat tinggi sedikit.. INI MALAH KERAJAAN BN YG TAK BUAT KERJA..MENGAPA SY TUDUH BN? SEBAB KERAJAAN KINI IALAH BN... kenapa tak ajukan isu ni kpd kementerian yg berkenaan? siapa kami untuk komen2 akan hal nih? habis di situ shj.tak selesai pun.. sebagai org berpengaruh dan dikenali. sdr mazidul harus berani menegur kepimpinan BN yg alpa dan tidak memikirkan kesan buruk akibat membiarkan hal2 begini berlaku.. belum lagi kita tangkap,sah2 dia akan tunjuk ic... tak percaya?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.