Ramai remaja sekarang ketawa tanpa suara.
LOL!
Itu sahaja mereka ucapkan, laugh out loud, bermaksud ketawa berdekah-dekah. LOL juga kini digunakan oleh sebilangan orang dewasa.
Barangkali kerana mengikut peredaran zaman.
Sewaktu makan malam bersama beberapa kenalan di Jakarta, Indonesia, saya diajukan soalan ...
"Kamu tahu apa maksud 'jablai'?"
"Tidak," balas saya.
"Oh! Jablai bermaksud, jarang dibelai. Seperti saya, janda anak dua," ujarnya berseloroh.
Majoriti rakyat Indonesia moden, saya dapati gemar menggunakan bahasa singkat atau abbreviation dalam Bahasa Inggeris.
Puskesmas, Pusat Kesihatan Masyarakat satu lagi contoh perkataan disingkatkan. Tidak hairanlah, rakyat Indonesia, pengguna Blackberry paling ramai di dunia. Barangkali menggunakan perkataan singkat, mereka lebih mudah berkomunikasi menggunakan blackberry messenger.
Teringat ketika kenalan berkongsi cerita dengan saya beberapa hari lalu.
"Anak kawan saya, cakap kepada ayah dia, ayah ini kan ponpus!," ujarnya.
"Ponpus?," soal saya.
"Poyo nak mampus," jelasnya.
Saya tidak pasti samada ayah anak itu berkata, LOL atau menampar mulut anaknya.
SMTI... hahaha..adesss...mcm2.. nasib baik ayah dia tak jawab.. PALAHOTKO *KEPALA HOTAK KO*..hahah..
BalasPadamkadang2 mual dengar diorang singkatkan itu ini. Paling terbaru saya mual dengar Pasar Ramadhan bertukar jadi PARAM.
BalasPadamSatu lagi saya belajar: PARAM= pasar Ramadhan..
BalasPadamSatu lagi saya belajar: PARAM= pasar Ramadhan..
BalasPadamsejujurnya hari ni melalui blog MAS baru saya tahu LOL tu bermakna ketawa berdekaah2...sebelum ni selalu nampak digunakan kebanyakan remaja, tapi tak terfikirpun nak tahu maknanya sebab setakat ni saya tak pernah terfikirpun untuk menggunakan singkatan ni...apapun thanks berkongsi info...
BalasPadamsmti..
BalasPadammakin jahanam laa bahasa budak2 sekarang ni...
bila mai tang periksa... masing2 masuk kelas tambahan Bahasa Melayu yang majoritinya budak Melayu...
hahaha lawak la... PONPUS tu memang LOL. dulu waktu sekolah selalu buat main pendek2kan perkataan seperti MIGOBA = Mi Goreng Basah, TEHKUMA = Teh Kurang Manis dan lain2 dah lupa dah...
BalasPadamkalau anak saya dah lama kena tampar dah tu...
BalasPadamSMTI..
BalasPadamtergelak baca entri ni...
kalau dekat indonesia, penggunaan singkatan memang sangat meluas..
contoh: timnas - tim nasional
SMTI
BalasPadamSMTI - Bukan setakat di Indonesia, di Malaysia lebih teruk lagi. Kebanyakkan sms budak sekarang susah di baca dan ada kalanya menyebabkan pergaduhan.
BalasPadamCuba tengok blog budak-budak giler kpop, ramai yang tak pandai mengeja. pastu sikit sikit tulis OMG, OMG dah tak tau nak tulis Ya Allah. Aduhai anak-anak bangsa ku.