Ahad, Mac 16, 2014

KAPTEN ZAHARIE MH370 PENYOKONG FANATIK ANWAR IBRAHIM - MAIL ONLINE




Portal berita Amerika Syarikat, Mail Online, mendedahkan berita,  juruterbang pesawat MAS MH370 kini hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun, penyokong fanatik politik.


Sebelum ini, media tempatan memberikan gambaran positif terhadap sifat anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Namun Mail Online melabelkan kapten berpengalaman dalam dunia penerbangan itu sebagai penyokong taksub Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pesalah kes liwat bakal mendepani hukuman penjara 5 tahun seperti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya.



Mail Online memaparkan berita, Zaharie menghadiri sesi perbicaraan Anwar dan berkebarangkalin dia berasa AMAT kecewa berikutan hukuman terhadap Anwar.

Petang semalam, pasukan polis berkunjung ke rumah Zaharie di Shah Alam, memulakan siasatan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dalam sidang media di Sepang, MH370 diubah haluan secara sengaja dan masih belum ditemui sehingga ke saat entri ini ditulis.

Klik di sini.


Jika dakwaan portal terbabit tidak benar dan FITNAH, adakah Anwar tergamak mengambil tindakan undang-undang?

Naib Presiden PKR, Tian Chua telah menjawab soalan itu.

TIDAK. 

Dia hanya melabel kenyataan dipaparkan oleh Mail Online sebagai 'tidak bertanggungjawab'.

Klik di sini.

61 ulasan:

  1. Macam-macam zaman sekarang..... kadang-kadang org yg kite paling pecaya boleh tikam belakang kite

    BalasPadam
  2. jangan menghukum klu belum terbukti kesalahannya..ALLAH jua yg MAHA MENGETAHUI

    BalasPadam
  3. Fanatik politik tanpa mengambilkira kepentingan majoriti masyarakat dan negara boleh mengundang padah yang sukar ditelah. Namun saya percaya kita juga memiliki pelan tindakan yang efisien untuk mengenalpasti perkaitan sebab dan akibat yang tidak diduga ini. Cuma kita berharap 'justifikasi telus dan tegas' mestilah diberikan kepada mereka yang terlibat agar maruah negara yang tercalar dapat segera disembuhkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu en zulhai, masa kini, manusia tidak berfikir panjang, hanya untuk kepentingan peribadi... dunia makin nazak..

      Padam
  4. This speculation paling bodoh pernah ade..penyokong anwar je jahat,hbs klu pilot tu sokong pokjib,dia suci murni ke?dlm jail rmai je sokong BN xnk kaitkn dgn politik ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko tya la paper yahudi tu...ko mlalak sini pun xguna... otak org pr mmg cmni...

      Padam
    2. Bro, jgn emo sgt.. yg mendedahkan berita tu penyokong umno ke? Fikir guna otak kalau nak emo baik ko buang kat lubang tandas rumah ko. Baca artikel tu pun tak reti nak paham tau2 nak salahkan najib dan penyokong umno plak. Bodoh punya macai

      Padam
    3. Itu bukan orang Malaysia yang tulis...

      Padam
    4. ala wartawan dan surat khabar kan boleh dibeli.. ape nak heran..

      Padam
  5. Kalau penyokong PKR je, dah jadi suspect..geledah2..kalau dikatakan penyokong fanatik BN, he is a national hero then..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fitnah terhadap kapten..kmgkinan utk dijadikan black sheep kepada kes mh370..huhu

      Padam
    2. Sokong Alang, dah tu BN pergilah tapis semuaaa Pilot yang ada tuuu, majority opposition, sebab apa mereka pilih PR? sebab merka PANDAI

      Padam
  6. ish..ish...ish...sudah sudah lah membuat dosa...kita tak pasti sejauh mana kebenaran kisah ini...Fokus pada yg lebih utama berdoa dan mohon keampunan Allah swt wahai Encik Mazidul.Kejadian MH370 ini utk kita muhasabah diri bukan untuk mencari dan menyebar berita ...takut takut Allah swt jadi murka dgn dosa fitnah memfitnah sesama Melayu dan Islam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saudara mazidul. ayat saudara mcm nak kata latarbelakangnya jadi negatif? kerana beliau penyokong kuat PKR?? apa ni bro???

      Padam
  7. Dalam kerajaan pun ramai penyokong anwar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ahmad, aku sokong sgt2 kenyataan kau ni, dlm kerajaan berapa kerat jer sokong Dato Najib semua dok pakat sokong Dato Anwar.

      Padam
  8. tidak ada apa-spa salah dia hendak menyokong mana-mana parti politik. Mengapa pula mereka yang menyokong UMNO/BN tidak pernah bersalah?

    BalasPadam
  9. kenapa macamni? Malay Mail ni menulis seolah-olah Kapten ni jahat sebab hanya mempunyai pandangan politik yang berbeza. Wow.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduihh salah tu tuan.. itu mail online/the mail UK/United Kingdom bukan Malay Mail....

      Padam
    2. Bukan Malay mail LA.. Inie akhbar Dari UK...god help Malaysia...you can't judge them until proven guilty. But anyway, Malaysia boleh..they can make them guilty

      Padam
    3. malay mail? seriously? baca membabi buta ke? hahahahaha

      Padam
    4. BRO KO ADA BACA DARI AWAL KE TAK NI TERUS PEGI KOMEN MEMBABI BUTA..DAH TULIS BESAR2 MAIL ONLINE, AKHBAR DARI UK...PHUI, BUAT MALU....FLUSH LA OTAK MERENG KO TU DALAM LUBANG TANDAS...

      Padam
  10. terlalu kecil alasan tuk 'mmbunuh' 239 nyawa hanya sbb Anwar.kalau dia mcmtu..lama dlu ms anwar mula2 kena dia dh hempas smua passenger ke bwh. nauzubillahiminzalik. Insyaallah dlm saat2 mcmni...kita doa sgt2 agar beliau bkn begitu. Dan Allah mudahkan penemuan MH370..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..setuju dgn awak..kita pun x tau keadaan kapten tu mcm mn sekarang...lagi nak kutuk2 dia...doa jer la yg baik2..sesama islam kann...mana tau dia pun mangsa keadaann..kita plak nak tambah dosa..kutuk dia..nauzubillah..

      Padam
  11. Semoga Allah mengampunkan dosa2 ku dan dosa2 kalian.. jangan berhenti berdoa untuk kesejahteraan semua yg terlibat dlm insiden MH370 dan bumi Malaysia agar terhindar dr fitnah terancang sang dajal.. Bersatu lah sekalian rakyat Malaysia.. bersatu n terus bersatu.. rapatkan saf Insya'Allah..

    BalasPadam
  12. Pi mai pi mai..yg dok kena anwar ibrahim..if u don't hv something nice to say don't say anything. suka baca ur post but this one..feel pity for u.

    BalasPadam
  13. KEBENARAN AKAN TERUNGKAP TIDAK BERAPA LAMA LAGI! JGN TAK PERCAYA PULAK NANTI DGN AGEN2 ANTARABANGSA YG SDG MENYIASAT TU WAHAI RAKYAT MALAYSIA.

    BalasPadam
  14. Salam admin..hanya ingin pencerahan..kalau kapten zaharie seorang penyokong fanatik adakah ianya menyalahi undang2 malaysia..atau etika seorang juruterbang..

    BalasPadam
  15. Sahabat Pembaca Usah Diperbesar pegangan politik sesiapa.. kita bebas untuk memilih siapa pemimpin pilihan kita.. Berkenaan Pilot Zahari

    Pilot kapten Zahari bukan pilot yg patut in charge Flight Mas Mh370......

    Kapten Zahari adalah REPLACEMENT yg hanya dipanggil last minit pada petang Jumaat untuk takeover Flight MH 370..... Bukti boleh tanya Pihak Mas sendiri.....

    BalasPadam
  16. Tak dapat dibayangkan andaikata pilot tu seorg penyokong kuat umno/bn.. Habis dcerca kerajaan siang dan malam..

    BalasPadam
  17. Sedih, kerana saya melihat air muka Kapten Zaharie sebagai seorang yang tulus dan murni.

    Sebagimana ramai penyokong bukan politik Anwar lain dahulu yang jujur seperti DR Siddiq Baba, Chandra Muzafar, Khalid Ibrahim..akhirnya mereka terkorban dek kerana Anwar Ibrahim.

    Ramai juga yang jujur menyokong Anwar keluar meninggalkannya dan meninggalkan politik sekaligus dek kerana kecewa setelah mengenali Anwar sebenarnnya.

    Malang kepada Kapten Azhari, beliau berkorban sebenar2nya demi seorang petualang negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAUdara Adam....

      'Malang kepada Kapten Azhari, beliau berkorban sebenar2nya demi seorang petualang negara.'
      WOW TOO HARSH BRO

      Padam
  18. Penyokong tu FAKTA...FANATIK tu kesimpulan kamu sendiri ( penulis) tak taulah org awam boleh bezakan ini..

    BalasPadam
  19. hahaha...kesian abang mazidul, dia x cakap pon sokong anwarsalah, dosa, jahat or sokong najib hero,bail dsb... bro mazidul cuma menyampaikan yg beritakatluar negara tu ckp pilot tu penyokong anwar yg tegar, n news report tu lgsung x ditentang dengan keras. mungkin ramai x faham, sekarang satu dunia sibuk cari berita mh370 ni, n lepas lebih seminggu seluruh news agencykat dunia ni kena buat berita baru, hot news baru ada orgnak beli news dia, so mcm2 spekulasi keluar. kita patut study on all the topics that had been used by those news agencies and try to find out the answers if it is not true, bukan nak bergaduh x habis,menegakkan benang basah x habis, MATANGLAH SIKIT, MALAYSIA SEDANG DIPERHATI DUNIA

    BalasPadam
  20. Bomoh1Malayisia pnyokong BN CAP KAPAL LAYAR tu cmna plak al-kisahnya?

    BalasPadam
  21. Sedikit demi sedikit terbongkar..apa yg sebenarnya terjadi?

    BalasPadam
  22. Ada yg kata ini hanyalah sandiwara BN/UMNO. Tak tahulah. mungkin benar dan mungkin tidak.. tapi tak musathil kalau benar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shameel ,

      Senang jer..semua benda dalam dunia ni sandiwara BN/UMNO. Maknanya satu dunia termasuk superpower USA/China dibawah telunjuk BN/UMNO.

      Cuma satu jer, BN/UMNO ni boleh mengawal dunia, tetapi x mampu nak mentadbir negara sendiri sampai hari2 pembangkang asyik dapat cari salah kerajaan.

      Anwar pula paling pandai mentadbir negara sampaikan orang kanannya Khalid dan Azmin x sebulu. Shamsidar dan Wan Azizah saling bermasam muka.

      Padam
  23. Missing flight and suddenly became a political issue, WOW!

    BalasPadam
  24. En Mazidul tak cakap pun yg Kapten Zahari ni fanatik, dia hanya paparkan apa yg ditulis oleh media luar.. konsep berita zaman kini - what sells.. btw seblum ni ramai yg kata kehilangan MH730 ada lah konspirasi BN/kerajaan, and PR mengutuk dan mengatakan kerajaan tak boleh handle krisis ni, tp bila keluar berita mcm ni ramai penyokong PKR meroyan, andai kata tak suka ditempelak atau dikritik, jangan memulakan nye. Akibat terlalu berpolitik melampau sgt ramai yg hilang pertimbangan dan akal fikirian, tak kiralah sama ada penyokong BN atau PR, sy tak menyebelahi mana2 pihak, tp jika kita baca sesuatu dan faham, mungkin takkan jadi macam - meroyan tak tentu hala. Terus terang sy katakn sy tidak suka BN/Kerajaan dari segi tertentu, tapi sy masih tak yakin untuk meletakkan masa depan negara di tangan PKR dan DAP. Tetapi di dalam isu MH370 ni, saya rasa Kerajaan sedang melakukan yg terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Kerajaan dikritik hebat apabila dikatan sombong tidak mahu menerima bantuan Interpol, tetapi jika kerajaan menerima bantuan, pasti akan dikritik hebat juga, mungkin dikatakan kurang bijiak, bila kerajaan tidak melakukan siasatan menyeluruh dikecam, bila mereka membuat siasatan pun dikecam. Sebenci mana kita kepada kerajaan atau benci melampaui batas kepada Najib atau Rosmah, sekurang2nye hormat lah dia sebagai PM kita. Sebgi rakyat, kita patut berdoa dan memohon semoga kebenaran akn ditunjukkan, tak kiralah angkara siapa pun. Jika hendak menjadi penyokong, jadi lah yg bijak berfikir dgn akal fikiran bkn dgn emosi atau hanya mendengar spekulasi.. menyokong atau membangkang bukan secara membabi buta.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju. Keterbukaan menerima kerja2 mencari dan menyelamat tanpa meletakkan politik sebagai batu sempadan. Kita orang Malaysia kaya adat serta budaya tetapi banyak yang kita lihat dan dengar sekarang sudah terbalik.

      Padam
  25. Anwar tu sebenar nya takde beza dengan org Umno yg ditentang siang mlm. Cuma label jer bertukar jadi PKR. Kalau betul la itu parti keadilan, kenapa anak pompuan dan bini dia yg tak berkaliber boleh sampai sekarang pegang dua tampuk PKR yg ter tinggi? Itu bukan sama dengan gaya Umno ke....bakat no 2 ....susur galur no 1...... hehe Anwar bagi wa lu tetap UMNO....

    BalasPadam
  26. tak kisahlah kita sokong politik mana... yang penting kita harus ada jati diri.. sebagai rakyat Malaysia.. sayangkan negara... kasih sayang sesama manusia... jangan jadi pengkhianat negara sendiri semata2 kerana politik, sanggup gadaikan maruah diri, jati diri.. family, anak bini hanya kerana politik. Allah selamatkan negaraku Malaysia.... amin3

    BalasPadam
  27. Tak sedaplah cerita macam ini. Dalam keadaan pesawat masih belum dijumpai memaparkan cerita2 sebegini amat mendukacitakan. Apa yg penting sekarang dapatkan pesawat dahulu dan semua anak kapal dan penumpang kemudian nak kaitkan dgn politik ke ke konspirasi ke sampai muntah pun lantaklah. Dlm isu mh370 semua rakyat kena bersatu. Desak kerajaan menggembeling segala tenaga kuasa yg ada untuk mengembalikan pesawat kita. Ahli politik pembangkang pun bantulah semampu mungkin kalau ada idea2 yang bernas. Kalau kerajaan mahu rakyat turut membantu turun ke laut mencari saya sanggup turun. Yang penting kedaulatan dan nama Malaysia perlu dipertahankan. Kita tidak mahu campur tangan asing (interpol,FBI) dalam menangani isu MH370 yg sekarang ini nampak cuba hendak mencucuk jarumnya. Saya tiada negara lain melainkan bumi Malaysia ini saja. Saya sayang negara saya hingga mati. Harap kita semua jauhkan diri kita dari sentimen politik.

    BalasPadam
  28. saya terfikir apakah akan terjadi sekiranya semua penumpang tidak dapat dijumpai? diharap abang Mazidul sudi melawat blog saya yang agak santai mengupas isu berkenaan kedudukan undang undang sekiranya mereka semua ini tidak dapat dikesan.....

    "Kak Adib Ratu Longchamp"

    BalasPadam
  29. Yang sebenarnya The Mail nie ambil kesempatan, saja nak melaga lagakan org melayu....cuba hangpa pikiaq sat

    BalasPadam
  30. MH370 masih 'hilang',apa yg penting adalah bergantung harap kita hanya kpd yg Esa,tiada daya kita melainkan atas pwrtolongan Allah,mmbuat spekulasi & bersangka buruk kpd pilot adalah tindakan kurang bijak,ingatlah semua ini tdk akan terjadi tanpa kehendak Allah,segala musibah atas kehendak Maha Kuasa,siapalah kita mahkluk yg lemah,sbg sesama islam adalah baik kita bersangka baik,sama2 kita muhasabah diri dlm dunia akhir zaman..sama2 kita mdpt ikhtibar dp peristiwa mh370,buka minda,fikirlah di luar kotak,bukan fikir utk cari aib org walhal aib sendiri sudah lama Alkah tutup..

    BalasPadam
  31. Akhir zaman..dunia dipenuhi fitnah sang dajjal.....yg baik tu neraka...yg jahat itu syurga...daripada pos ni pun dh leh tgk...hati2 lah teman...mohon petunjuk Allah..so sapa yg dipandang jahat itu mungkin dipihak yg betul saat2 begini....

    BalasPadam
  32. mase mh370 hilang geng2 pembangkang cakap ni konspirasi kerajaan,,,bile buat siasatan suspek org pkr..menggulupur geng2 pembangkang..aku pun sokong BN...tapi kalau org ckp BN tak betul..aku pun akui...kita jadilah manusia boleh berfikir..bukan manusia yang taksub...!!!

    BalasPadam
  33. Media ni profit oriented... apa2 ajer berita yg boleh buat duit. apa2 pun kita fikirlah logik... doakan yang terbaik untuk penumpang MH370

    BalasPadam
  34. Salam... inilah fitnah media barat...... skrg kita x tahu usul cerita sebenar.... kalau mengikut kenalan rapat kapten Zaharie tak kira melayu atau cina tidak ada cerita yang buruk melainkan baik baik sahaja cukup menjelaskan akhlak beliau .... keluarganya tidak bercerai pun tapi media barat melaporkan fitnah dan tohmahan yang pelbagai berkenaan dengan keluarganya yang bercerai berai dan saja dikaitkan pulak dengan kes answar ibrahim...Media barat cuma untuk mengawal minda dan pemikiran kita supaya kita mempunyai judgement yang buruk tentang kapten zaharie sedangkan kita tidak kenal dia secara peribadi pun. hanya menghukum berdasarkan spekulasi2 barat yang sememangnya bertujuan untuk mendapat berita hangat dan melariskan berita....ingatla kita masyarakat islam kita mempunyai kekuatan jiwa tidak seperti barat yang mudah berputus asa dan kadang2 taksub dengan sesuatu perkara, artist, pemimpin sehingga sanggup membunuh diri sendiri.... Disebabkan tidak boleh menerima hakikat sesuatu perkara terjadi atas kehendak ALLAH. Contoh kematian mmg pasti tapi penyebabnya banyak mungkin kerana penyakit, etc dan lain2. Kini media cina pula melaporkan Perdana Menteri kita penipu besar.... sedangkan pada pendapat saya walau saya bukan pro pemerintah tetapi kerajaan telah cuba sedaya dan mereka masih belum menemui jawapan.
    berkenaan dengan rumah pilot disiasat pada pendapat saya itu adalah prosedur penyiasatan. Krew mas anak2 kapal mas engineer dan sesiapa yang terlibat dengan penyelenggaran pesawat MH370 kesemua disoal siat oleh polis... tetapi dek kerana nak melariskan berita makanya berkenaan dengan kapten zaharie yang diumumkan dan dipersoalankan..... Minat Kapten Zaharie terhadap aviation yang mendalam telah pun diketahui umum melalui wawacara bersama Kapten Noruddin selepas beberapa hari peswat hilang. kenapa baru sekarang timbul berkenaan isu ini..... Saya sebenarnya berbangga dengan kapten Zaharie kerana x sangka Malaysia mempunyai pilot yang sangat cakap dan hebat....Seandainya sesuatu kecelakaan berlaku pada peswat MH370 diharapkan dengan pengalaman dan kebijaksaan Kapten Zaharie kesemua penumpang selamat....
    25 negara mengembleng tenaga termasuk US yang sanggat canggih teknologinya pun tidak mampu untuk menjejaki kapal MH370. Sehingga kini kesemuanya adalah teori dan spekulasi... tiada pun penemuan apa2 bukti..
    Anggapla ini satu dugaan untuk Malaysia kita semua....kecelakaan yang menimpa negara : tiada hujan sekelian lama, kematian semasa festival musik, pemimpin kita dimalukan sebegitu rupa etc2 Dengan rendah hatinya sepatutnya kita memikirkan juga dalam setiap musibah yang berlaku kita juga mempunyai saham yang menyebabkan musibah itu berlaku bukan menunding2 jari menyalahkan mana2 pihak...... Seandainya dikatakan kita mempunyai pemimpin yang zalim (seperti yang diperkatakan segilintir org termasuk saya sendiri) kita juga turut menyumbangkan saham ke atas pembentukan pemimpin yang zalim.... sebelum menjatuhkan hukuman pada sesuatu yang kita x tahu sebaiknya kita muhasabah diri sendiri... Dugaan yang berlaku ke atas Malaysia sepatutnya menyatukan hati2 dan membersihkan hati kita semua....sepatutnya kita sbg sesama muslim membantu yang terdaya untuk penemuan dan keselematan penumpang MH370 mengikut kemampuan kita sendiri sama ada doa, solat hajat etc2 bukan mengeruhkan keadaan... Ingat juga diluar sana bagaimana nasib org-org di Palestine di Syria.......
    Sekian

    BalasPadam
  35. pernah tgk cerita Non-Stop tak? selagi kite belum dpat tahu kebenaran ada baiknya kita doakan yg terbaik buat mereka... #prayforMH370

    BalasPadam
  36. Bosan rrrr, asyik2 anwar jke yg kena..... najib x leh berak pun rasanya anwar punya pasal sbb main manderam......

    BalasPadam
  37. Cuba berfikiran posit if . Elakkan memgaitkan dgn mana2 parti politik
    Doakan yg terbaik utk MH 370 .

    BalasPadam
  38. Media barat fitnah dah satu hal. Wartawan Malaysia pulak subahat sebarkan fitnah. A man is innocent until proven guilty. Astaghfirullah.

    BalasPadam
  39. Lepas ni cek la pulak latarbelakang pilot AirAsia, driver Perdana Menteri, driver Menteri-menteri, driver Transnasional, Konsortium, Kesatuan. Mana la tahu semua penyokong PKR seumur hidup, habis hilang semua nanti. Bahaya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.