Jumaat, Mac 28, 2014

SIAPAKAH MENGESAHKAN ANWAR IBRAHIM PELIWAT?

Biarlah soalan itu saya jawab kemudian.

Saya melihat trend terkini sebilangan anak muda kerap tanpa usul periksa memaki-hamun kelompok tidak seiringan pendapat dengan mereka. 


Wan Mohd Hazwan Ruzman sebelum ini mengeluarkan kenyataan di atas tatkala mencatatkan status berhubung kegunaan kapal selam Scorpene untuk mencari mangsa nahas MH370.

Dua individu didesaknya, Pak Jib dan Kak Mah.

Dia kemudian menulis komen susulan ... 


Bahasa anak muda sekarang pelik, 'gile vavi'. Katanya, "gile vavi kak mah". Tidak pernah pula saya melihat perkataan 'vavi' di dalam Kamun Dewan. Mungkin pembaca lebih memahami maksud perkataan dicatatkan oleh kakitangan Tenaga Nasional Berhad, TNB itu.

Rasanya, jika dia berdiri di hadapan Pak Jib dan Kak Mah, tidak terkeluar kenyataan sebegitu dari anak tekaknya. Namun kerana berasa yakin dia tidak dikenali, pelbagai makian dilontarkannya sebelum akaun facebook dipadamkan.

Saya bergiat sebagai pengendali blog sejak 7 tahun lalu.  Ini adalah entri ke-3388 saya tulis. Setiap entri saya nukilkan, dibaca oleh ribuan pelawat. Mereka tahu, identiti saya.Samada mereka bersetuju dengan kandungan entri atau tidak, itu soal kedua. Namun saya sentiasa cuba berkongsi fakta dan berita menggunakan perkataan beradab. Barangkali itu antara petua, blog ini telah dilawati oleh lebih 24 juta kali. 

Di bawah satu lagi komen dicatatkan oleh ayah kepada seorang anak itu.


Andai benci sekalipun dengan penyokong Barisan Nasional, lebih molek jika Wan mengelak menggunakan perkataan 'sial'. Tiada manusia sial di atas muka bumi ini. Allah menjadikan kita semua sebaik baik kejadian. Wan berpeluang menegur di laman sosial  tetapi tidak kiamat dunia ini sekiranya teguran itu dicatatkan dalam keadaan beradab.

Tidakkah Wan menyedari, sesiapa sahaja di Malaysia dan di dunia ini berkebarangkalian mencapai maklumat dirinya? 

Klik di sini.


Sebilangan mendakwa kononnya saya menggunakan kaedah 'character assassination' untuk menghalang dia daripada terus melontarkan pelbagai status mahupun komen tidak enak dicerna dek otak. 

Namun hemat saya, Wan sendiri mengundang kredibiliti dirinya dipertikaikan sebelum identitinya (sediakala terdedah), didedahkan di blog ini.


Tentunya sebilangan pembaca komen kesat itu ingin mengenali individu, si pencatat. Individu membuat kenyataan 'giler vavi kak mah ni'. Jika 'kak mah' dalam hal ini individu lebih berusia berbanding umurnya, pemilik akaun facebook berasal dari Bachok, Kelantan itu ternyata bersikap biadab.

Majoriti daripada kelompok didapati sering menghamburkan komen berbaur lucah, kecaman serta hinaan, lazimnya tidak beridentiti. Tiada gambar peribadi dan tiada data diri dicatatkan di laman sosial mereka. Tujuan utama kehadiran di dunia maya, hanya untuk mencaci dan mengutuk individu tidak sehaluan dengan kepercayaan politik atau pandangan mereka.


Dua hari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, menggantung tugas juruterbang kanannya berikutan status kasar dicatatkan oleh kakitangannya itu di facebook.

Klik di sini.

Saya memuji Tony tatkala mendepani 'krisis'. Beliau bertindak pantas. Air Asia menggantung tugas juruterbang menetap di Petaling Jaya, Selangor itu, sementara menunggu siasatan terperinci dijalankan.

Semoga pihak pengurusan TNB, tidak teragak-agak untuk MENASIHATKAN kakitangannya itu. Bukan mengubah kepercayaan politik sebati dalam dirinya tetapi menegur kaedah dia berkomunikasi di dunia siber.

Baik, kini tiba masanya saya menjawab soalan dicatatkan sebagai tajuk entri ini.

Saya dapati, majoriti penyokong Ketua Pembangkang itu spontan melontarkan komen keji kepada kelompok tidak menyebelahi individu sanjungan mereka. Mungkin Anwar tidak mengetahui, dia disokong oleh golongan taksub. 


23 Februari lalu, akhbar Sinar Harian Online menyiarkan berita kes pelajar lelaki, direman seminggu untuk siasatan kerana dipercayai meliwat pelajar perempuan  berusia 15 tahun di Padang Besar, Perlis.

Klik di sini.

Jika berita pernah disiarkan oleh media cetak itu tidak DIPETIK di sini, barangkali ramai pembaca tidak mengetahui kes terbabit. Tambahan pula, dua pelajar tinggal di utara Semenanjung itu, BUKAN individu berprofil tinggi. 

Jauh berbeza berbanding status Anwar. 

Dia PEMIMPIN dikenali serta dipuja oleh ramai penyokong tegar. Sebaik nama anak kelahiran Pulau Pinang itu dikaitkan dengan perbuatan meliwat, penyokongnya bingkas melatah sekaligus melontarkan komen balas berbentuk cacian, hinaan dan makian.

Berbalik kepada jawaban soalan, siapakah sebenarnya MENGESAHKAN status Anwar sebagai peliwat?

Tiga hakim di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 7 Mac lalu, BUKAN individu marhaen seperti saya dan pembaca sekalian.

Itu jawaban amat tepat. 

Baca di sini.

Sesekali masyarakat awam hanya MEMETIK lalu MENYIARKAN keputusan dipersetujui sebulat suara oleh hakim itu, di laman sosial. 

Tindakan terbabit sama sekali  tidak bercanggah dengan sistem perundangan negara. Jika rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan kelak ditolak, dia bakal meringkuk di penjara sebagai banduan.  Penyokong tegar Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu  tidak perlu bersikap emosi keterlaluan kerana Anwar juga manusia biasa, bukan bersifat maksum. Justeru dia tidak mampu lari daripada melakukan kesilapan.

10 ulasan:

  1. Kita bernasib baik kerajaan mengurus dan mentadbir negara ini dgn menjana dan menggunakan duit rakyat. Andainya kerajaan menggunakan 'otak rakyat' macam bebudak macai berhingus ni aku rasa hancuus negara ni.

    BalasPadam
  2. PAS BERUSAHA MENGHASUT RAKYAT NYA MEMBENCI MEMBABI BUTA PADA KERAJAAN MELAYU

    BalasPadam
  3. Salam,


    Mazidul ada sedikit pembetulan status anwar sebagai peliwat lebih afdal kalau kita katakan mula di sahkan oleh mat sabu dan karpal sing atau lebih tepat lagi oleh (PAS/DAP) sebelum ianya diperakui oleh mahkamah iaitu melalui 3 hakim berasaskan bukti yang cukup.

    Bukan sepeti mana anwar yang hanya berdalih dari hari ke hari tanpa ada satu pun bukti kuat untuk menyelar mahkamah dari menggelar beliau PELIWAT.

    BalasPadam
  4. Facebooknya telah ditutup, mungkin beliau pun takut digantung tugas. Ingat, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

    Tambah lagi akaun facebook yang MENGGUNAKAN NAMA SEBENAR dan GAMBAR PERIBADI

    BalasPadam
  5. Smti..
    Semakin ramai golongan mcm ni. Tu baru facebook. Dalam portal forum tempatan lagilah.. Maki, carut, londeh, personal attack semua ada bila kita bagi pendapat tak selari dgn pegangan politik depa..

    Bila sampai ketahap ni, terpikir lak apa fungsi SKMM. Apa tindakan SKMM bila ada laporan dibuat.. Selalu baca berita, SKMM hanya mengesahkn menerima laporan.. Tapi tak dengar plak tindakan susulan dan hukuman yg diambil keatas individu berkenaan.


    Betui la sebagaimana kata Tun M, patut disensorkan internet pada mana2 portal yg membiakkan masyarakat utk jd kurang ajar..

    Dunia telah membuktikan, manusia tak mati kalau tiada FB, twitter dan media sosial yg lain.

    BalasPadam
  6. saya salah seorang di antara berjuta pengunjung tetap blog saudara. Pendedahan demi pendedahan dan segala penyelewangan yang di dedahkan oleh saudara adalah sangat baik untuk negara kita yang tercinta . Agar mereka2 yang bermulut celupar...seperti tidak bertamadun ini terutamanya di alam maya sedar identiti mereka sebenarnya bukanlah rahsia.

    BalasPadam
  7. Ya. Saya juga sering melihat komen-komen yang keterlaluan oleh fb user di dalam tulisan-tulisan Tun Dr. Mahathir. Mereka ini adalah anak-anak Melayu yang beragama Islam tetapi tidak melambangkan bangsa dan agama yang mereka anuti. Mereka tidak membubuh gambar mereka tetapi melalui tulisan-tulisan mereka saya dapat agak mereka penyokong tegar parti-parti pembangkang.

    BalasPadam
  8. Adalah diharapkan penggunaan internet dikawal seperti yang dilakukan di negara china, us dan lain-lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu satu idea yg baik tetapi saya pasti ramai yang akan menyalahkan kerajaan kerana menghalang hak mereka bersuara,Pada pendapat saya,adalah ebih baik jika PDRM ( JSJK ) memperluaskan siasatan ke atas alam maya. Kalau di teliti semula, hasutan dan fitnah telah menjadi rugi biasa di Internet pada masa kini. Adakalanya Isu Agama dipermainkan dan saya lihat perlaku masih tidak dikenakan apa - apa tindakan undang - undang. Mohon PDRM memperluaskan skop kerja dan kuasa bagi Jabatan tersebut.

      Padam
  9. Bak kata pepatah inggeris... "SMALL mind discuss people, AVERAGE mind discuss event & GREAT mind discuss IDEA" Harap Abg Mazidul boleh ajak ramai kita ubah perbincangan kita ke arah membincangkan IDEA. Kita orang MELAYU selalu membincangkan hal orang sedangkan its beyound our control. Lets contribute for something better. Focus on IDEA of others.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.