Jumaat, Mac 14, 2014

PUNCA JEREBU DIBIARKAN

Ramai rakyat Malaysia mengeluh akibat masalah jerebu melanda negara. Sebilangan berasa rimas kehulu kehilir sambil bertopeng.


Lihat jerebu diburukkan lagi dengan asap meliputi jalanraya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, saya rakamkan semalam.


Perhatikan pula kejadian berlaku kira-kira 500 meter sahaja dari Plaza Saujana Putra.  


Gambar di atas direkodkan kira-kira pada jam 12.30 tengah hari semalam. Tidak kelihatan pasukan Bomba dan Penyelamat ataupun pihak berkuasa lain cuba memadamkan api sedang marak. Asap dari lokasi pembakaran dipercayai menjadi sumber jerebu di jalanraya sekaligus membahayakan nyawa pengguna.

Adakah petugas di plaza tol berhampiran tidak nampak api menjulang naik?

Atau tiada pihak berkisah dengan kejadian seperti itu?

4 ulasan:

  1. Bersamalah kita memohon pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera mengenalpasti punca jerebu serta melaksanakan segera pelan tindakan penyelesaian. Masalah yang bertimpa-timpa ini tanpa penyelesaian pantas boleh mengundang implikasi tidak baik kepada masyarakat.

    BalasPadam
  2. Allah Maha Besar..hari ini saya boleh lihat langit biru dari pagi ke petang hari di Kota Damansara.

    BalasPadam
  3. Itu kecil Abng Mazidul... Kalau x silap saya pihak bomba tengah berusaha memadam kawasan pembakaran di Belakang KLIA seluas 200 ekar di kawasan perlupusan sampah KLIA. Menurut info dari pihak BOmba.. Seluruh anggota bomba di semenanjung Malaysia dikerah untuk menyelesaikan pembakaran di sekitar Cberjaya, Puchong, Banting, KLIA, Kuala Selangor dan Sungai Besar... Harap Maklum..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.