Ahad, Mac 09, 2014

STATUS 2 PENUMPANG MISTERI PESAWAT MH370 MASIH BELUM DIDEDAHKAN


Lebih 24 jam pesawat Boeing 777-200 dilaporkan hilang dari radar pada jam 1.30 pagi semalam. Setakat ini, pesawat membawa 239 penumpang dan kru kabin itu masih gagal dikesan.

MAS telah mengeluarkan kenyataan media ke-6, klik di sini.

Semalam, Kementerian Luar Negeri Austria dan Itali mengesahkan 2 penumpang pesawat hilang itu menggunakan pasport curi. 

Klik di sini.

Jabatan Imigresen Malaysia didapati masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status penumpang misteri itu. Pastinya mereka mengikuti perkembangan kes ini berasa keliru, bagaimanakah penumpang terbabit berjaya membolosi sistem pemeriksaan dokumen Malaysia tatkala mereka memasuki negara ini?

Tentunya dakwaan itu menimbulkan pelbagai persoalan di minda ahli keluarga terdekat, kini dilaporkan terus trauma. Menanti tanpa kepastian nasib menimpa ratusan penumpang pesawat terbabit tentunya satu penyeksaan teramat.

Hemat saya, selagi bangkai pesawat tidak ditemui, MAS dijangka tidak akan mengumumkan pesawat itu terhempas. Dalam menangani kes seperti ini, syarikat penerbangan negara itu pastinya  enggan terbabit dengan tanggapan. 

Hari ini, operasi mencari dan menyelamat dimulakan pada jam 7 pagi. Dalam sidang media pada jam 9 pagi di Sama Sama Hotel, Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pesawat masih lagi belum di temui.  

8 ulasan:

  1. your statements with fact and u did a good job , keep it up maz

    BalasPadam
  2. Ini adalah mustahil kerana semua system negara kita yang di gunakan di klia sangat canggih bertaraf dunia..tapi walau apa pun sebarang kemungkinan yang berlaku ada kemungkinannya..sebagai rakyat malaysia dan muslim kita bersama mendoakan agar kesemua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat inshaallag

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa pulak mustahil?secanggih2 ciptaan maanusia jgn lupa Allah lebih hebat..sekali Allah sebut 'kunfayakun' maka jadilah apa yg dikehendakiNya..jgn trlalu agungkan ciptaan manusia kerana Allah itu Maha Hebat!

      Padam
  3. Sebentar tadi Astro Awani ada melaporkan siasatan lanjut pihak berkuasa kemungkinan insiden ini angkara pengganas berikutan penemuan pemalsuan dokumen tersebut...

    BalasPadam
  4. Ini bukan satu perkara yang mustahil..walau secanggih mana sekalipun sistem yg digunakan dinegara kita..ia tetap dilakukan oleh tenaga manusia untuk laksanakan sistem tersebut..pasti akan ada kesilapan dan jadi "TERLEPAS PANDANG"..mungkin juga kerana Malaysia salah satu negara yg selamat dari TERRORIST maka sikap ambil mudah terus menjadi amalan..walau bagaimanapun sebagai Rakyat Malaysia saya Sentiasa mendoakan keselamatan pesawat MH370 dan penumpang serta anak kapalnya..mudah mudahan dilindungi Allah..Terima Kasih Mr. Mazidul atas info yg baik ini.

    BalasPadam
  5. 3 BIJI MEASAT TU HANYA UNTUK ASTRO JE KE?

    BalasPadam
  6. mungkin pegawai imigresen terbabit sibuk berwhatsapp semasa duty, so dia xfokus sangat dengan nama yang tercatat dengan muka pemilik passport. Jika anda selalu terbang, anda boleh melihat adegan pagawai imigresen sibuk dengan smart phone semasa duty.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.