Jam 2.40 petang semalam, 3 polis dari Bukit Aman memasuki kawasan rumah juruterbang pesawat MAS MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun, di Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Polis dilihat meninggalkan kawasan itu pada jam 4.45 petang.
Bagaiamanapun, pengawal keselamatan bertugas tidak membenarkan wartawan dan jurugambar media tempatan dan antarabangsa memasuki kawasan berpagar itu.
Jam 8.05 malam, pasukan polis sama kemudian ke rumah pembantu juruterbang, Fariq Hamid, di Seksyen 7, Shah Alam dan berada di situ kira-kira sejam.
Portal Malaysian Insider melaporkan, tahun lalu, ayah 3 anak berasal dari Pulau Pinang itu menjadi sukarelawan, berkempen untuk calon PKR, kini Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa.
"Beliau peramah dan banyak membantu," ujar Sivarasa.
Media barat setakat ini melaporkan, pesawat MH370 dirampas dan disahkan masih terbang sekurang-kurangnya 4 jam selepas gagal dikesan oleh radar komersil pada awal pagi 8 Mac lalu.
Dalam sidang media petang semalam, di Hotel Sama Sama, Sepang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, pesawat itu telah dipesongkan secara sengaja dari laluan asal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.