Itu kenyataan dikeluarkan oleh Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan juga Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN PKR Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin.
'Demi Rakyat' itu barangkali asas perjuangan kepemimpinannya. Diteliti kenyataan dicatatkan oleh Afif di akaun Twitter ADUN muda ini, ternyata dia menganggap kes penjenayah membunuh polis, satu kejadian tidak menghairankan.
Mungkin polis itu tidak dianggap sebahagian daripada (Demi) RAKYATNYA. Apapun, agak menghairankan, dia sudi pula mendengar pandangan polis mengenai isu pencahayaan dan keselamatan di sekitar Tenggiri, seperti dipaparkan di laman facebooknya.
[ Sumeer : Klik di sini ]
Barangkali Afif hanya sekadar ingin meluahkan pandangan peribadinya mengenai pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM. Tanpa disedari dia sekaligus tidak bersifat sensitif terhadap perasaan pihak berkuasa itu.
Andai kata, ayah atau adik-beradik doktor mempunyai klinik di Sungai Buloh, Selangor ini berkhidmat dalam PDRM, adakah dia sanggup melontarkan kenyataan itu? Jika abangnya bertugas sebagai anggota polis dan terkorban dek angkara penjenayah, adakah dia tergamak berkongsi pandangan serupa itu di laman sosial?
Kira-kira jam 5 pagi semalam, Raja Aizam Raja Mohid, 55 tahun, maut ditetak di kepala oleh penjenayah warga asing menyerang hendap mangsa di Taman Sentosa, Klang, Selangor. Berikutan itu, polis menahan 4 individu berusia di antara 24 dan 34 tahun untuk tujuan siasatan.
Melalui kenyataan kepada media, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menganggap serangan dilakukan kepada Aizam dan rakan setugasnya, Koperal Aidil Mustafa, 29 tahun, sebagai tindakan melampau dan keterlaluan.
[ Sumber : Klik di sini ]
Jenazah Raja Aizam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak, malam tadi. Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Salmah Nordin dan 4 anak.
Adik mangsa, Raja Azizul Azan, 53 tahun, biarpun diselubungi kepiluan, dia berbangga kerana abangnya meninggal dunia tatkala menjalankan tugas.
Klik di sini untuk membaca laporan lengkap.
Apapun, jika mengikut kenyataan Afif, kejadian itu tidak menghairankan kerana polis terbabit DIBUNUH oleh penjenayah.
Itulah standard pemikiran ADUN PKR bergelar 'doktor'. Dia sudah kehilangan sifat kemanusiaan.
Adakah dia berani menyumbatkan telinga waris mangsa, anak, isteri dan adik Raja Aizam dengan kenyataan ...
"Anak-anak, puan Nor Salmah dan Raja Azizul, pandangan saya, kes polis DIBUNUH penjenayah tidak menghairankan"
Jika pembaca mempunyai pandangan mengenai kenyataan ADUN ini, sila nyatakan secara jelas di laman Facebook dia, klik di sini.
Saya sangat terasa sebab suami saya pesara polis, kalau saya berada ditempat balu allahyarham hati saya pasti sedih dengan kenyataan sebegitu. Wajah boleh tahan, pendidikan tinggi jadi wakil rakyat lagi tetapi mentaliti?
BalasPadamMentaliti beliau amat rendah dan cetek ilmu. Tak layak jadi wakil rakyat.
PadamPolis dibunuh penjanayah memang patut didendangkan namun tidak perlu dibesarkan kerana itu risiko tugas mereka, Tapi jika orang awam dibunuh oleh penjenayah tanpa sebab2 munasabah dan kelalaian anggota keselamata, itu yang patut diberi sepenuh perhatian oleh semua media.
BalasPadamSetuju x?
Tugas pasukan keselamatan sentiasa terdedah dgn bahaya. Kemalangan nacam ni perkwrs biasa.... yg penting pihak berkenaan kena ber tangungjawab atas kebanjiran rakyat asing terutamanya PATI... merrka begitu bebas d Malaysia
PadamSaya setuju dengan ANDA tentang Statement ni.. lebih Lunak dan Jelas maksudnya berbanding statement DR Afif yg KASAR dan SEMBERONO "POLIS MEMBUNUH TAHANAN!!" .. kita kena tengok KES by KES kenapa TAHANAN BOLEH MATI.. tak silap PDRM ada keluarkan statistik Tahanan MATI, kebanyakan akibat PENYAKIT macam Serangan Jantung, Lambat dapat rawatan.. hanya sedkit yg mati akibat 'DIBELASAH' POLIS, Pelanggaran SOP..
PadamCuma statement DR Afif ni mcm tak kena Timing..
eh kejap, rasanya kalau Polis dibunuh pon rasanya patut didendangkan juga, baru ORANG KENANG JASA, Barulah Rakyat rasa terpanggil untuk jadi RAKAN COP, untuk jadi MATA dan Telinga dalam memberi Maklumat kepada POLIS
PadamOrg awam dibunuh pun sama la...dah adat dunia...terima jer qada n qadar...
PadamKalo ko kena bunuh nanti pun x perlu diperbesarkan jugak la..dah adat dunia
PadamFor god's sake the police officer was attacked & murdered by criminals.It could happen to anybody including u or ur family.Eventho he is a police officer doesnt make him deserve less attention as anybody should.Remember the victim has family too.Wife and probably children.They too human.What will they feel to read this kind of comments??Even if u hate police that much pls keep ur ignorance to yourself...
PadamJujurnya, menolak ke tepi apa apa sentimen politik, adalah tidak wajar/tidak sensitif seorang ADUN mengeluarkan kenyataan sebegini,tanpa mengambil kira berapa ramai hatiyang terguris, termasuklah ahli keluarga anggota Polis yang terlibat. Saya ingin lihat,andai ditakdirkan beliau sendiri atau ahli keluarganya sendiridi rompak/samun/culik oleh penjenayah, entah kan belia sendiri yang suruh Polis tembak sahaja penjenayah tersebut.
BalasPadamNak mengaut populariti dan sokongan itu mmg perlu dalam politik, tapi bukan dengan cara sebegini. Saya lihat komen tak bijak ini lebih kurang sama dengan komen ahli politik yang mengatakan peristiwa Pencerobohan Lahad Datu tahun lalu sebagai satu sandiwara.
Barangkali pada pendapat mereka bila anggota keselamatan dibunuh ketika menjalankan tugas, itu merupakan satu kebiasaan dan bukan suatu yang heroic. Bak kata anak muda "Biasa la". Barangkali juga kita punya terlalu ramai yang bersikap prejudis terhadap anggota keselamatan, sehingga apa yang terjadi pada mereka akan dinilai dari sudut pandang 'anggota keselamatan', bukan sudut pandang 'seorang manusia' atau 'seorang rakyat Malaysia'. Mungkin kalau yang mati tu anggota Unit Anal PAS atau bergelar 'Komrad', dah pasti ramai 'sukarelawan' berguling dijalanan, dan berteriak menyeru diadakan Suruhanjaya Di Raja. Welcome to Malaysia !
BalasPadamUnit Anal...heheh. Time demo akidah, anti-pengkid dan kalimah allah mereka tiada tetapi Occupy Dataran dan seksualiti merdeka mereka ada. Sesuai nama itu.
Padamadik dan adik ipar saya polis... kalau perkara begini berlaku ke atas mereka dan doktor afif ckp macam ni..mmg tempah makian lah...
BalasPadamAstagfirullah al'azim.... istigfar banyak-banyak wahai saudara Afif..... Anda memiliki Phd, pada logiknya anda seorang yang istimewa, sentiasa bersikap rasional dan paling penting, mempunyai AKAL yang bijaksana. Gunakan AKAL itu apabila hendak melontarkan komen.
BalasPadamkalau muka awak disagat dengan parang terbelah 5 memang patut didendangkan namun tak perlulah dibesarkan kerana itu risiko mulut kurang ajar macam awak yg bercakap tak pakai otak...
BalasPadamSetuju x?
100% setuju . risiko mulut celupar .
PadamSetiap anggota keselamatan seperti bomba,tentera,polis dll terbunuh ketika bertugas(menjaga keselamatan) akan diangkat sebagai hero.Pengiktirafan ini diberi oleh setiap negara.Jika di Amerika,bomba yang maut diangkat hero negara ketika WTC diserang.Kamu berani mempersoalkan kematian mereka2 ini sebagai 'tidaklah wajar diperbesar' sebab itu risiko kerja mereka???Berani sungguh kamu menonjolkan kebodohan kamu sebegitu rupa....u deserve an standing ovation for ur ultimate courage to show ur stupidity and ignorance...
BalasPadammemang tidak menghairankan kerana penjenayah pentingkan diri dan sanggupkan apa sahaja, dan yb tulis polis bunuh TAHANAN yang menghairankan...kalau polis bunuh PENJENAYAH kerana mempertahankan diri dan keselamatan orang awam saya pun tidak hairan
BalasPadam"POLIS MEMBUNUH TAHANAN!!" .. kita kena tengok KES by KES kenapa TAHANAN BOLEH MATI.. tak silap PDRM ada keluarkan statistik Tahanan MATI, kebanyakan akibat PENYAKIT macam Serangan Jantung, Lambat dapat rawatan.. hanya sedkit yg mati akibat 'DIBELASAH' POLIS, Pelanggaran SOP..
PadamCuma statement DR Afif ni mcm tak kena Timing dan agak semberono
setuju tak bila mak bapak kakak abang dan adik anda dibunuh oleh penjenayah diketika itu anda sebagai anak kepada anggota POLIS dicakap sedemikian oleh seorang DR yg konon2nya berpendidikan tinggi???mungkin anda sendiri pun marah sudahlah kehilangan orang tersayang dikata sedemikian rupa pulak...kepada DR mulut LONGKANG jaga lah tutur dan kelakuan anda, nampak perangai serta sikap anda tidak mencerminkan yang anda adalah seorang berpelajaran tinggi lebih kepada kurang didikan dari ibu bapa anda!!! tak puas hati datanglah ke PERLIS CARI AKU, AKU SEDIA MENANTI!!!!
BalasPadamYB nie asal usul dia anak luar nokah yg mana emak dia berzina dgn kepala samsing cina.
BalasPadamtak baik kata begitu. mak ayah dia lecturer saya di Uitm dulu. mungkin disebabkan taksub sangat dengan politik maka hati jadi buta tak berperasaan.
PadamIsu Dr Afif mengeluarkan kenyataan tak enak begitu, anda komen dengan kenyataan yang lebih tidak enak. Adakah anda pun dalam "kategori" yang sama wahai Tuan Rosli?
PadamMacam nie ke pemimpin yang kita nak? Tak sensitif langsung. Kalau macam tu, esok kalau dia meninggal... tak payah nak kecoh-kecoh atau nak diheboh... buat apa kan... tak perlu dihairan sebab mati tu pasti...
BalasPadamcitt... apa punya pemimpin la yang depa pilih...
'Tidak menghairankan' dia kata? Dia anggap nyawa polis ni murah, biasa mati hari-hari? Ini YB cap apa ni, cuba kalau saudara dia meninggal dan orang kata "Jika keluarga seorang ADUN mati, ia tidak menghairankan"
BalasPadamYou people should be ashamed!! adakah membunuh itu sudah dikategorikan sebagai perkara biasa.. apatah lagi pertikai sapa bunuh sapa.. sehingga ke tahap org Malaysia label "biasa la org mati bunuh.." what the hell is wrong with u people?
BalasPadam- Adalah sungguh menyedihkan melihat seorang muslim yg ber komen sedemikian rupa. sepatutnya sebagai pemimpin beliau lebih sensitif.
BalasPadam- Tanpa berpihak kpd sesiapa ingin saya menyoalkan bagaimana ratusan ribu pendatang haram boleh membanjiri di Malaysia.
- Terlalu banyak jalan tikus boleh saya katakan. Kebanyakan semuanya di johor. Kalau tuan Mazidul berani boleh rungkai kan ni dalam Majalah 3.
- Laluan tikus ini digunakan utk menyeludup org, rokok, dan benda benda lain yg haram.
- Penjenayah Indonesia yg menjalankan kegiatan haram senang sahaja meloloskan ke Indonesia dgn bayaran Rm 250.
- Ingat kepada penggawal keselamatan yg membunuk pekerja Am Bank tempohari. Beliau di tangkap di Johor sebelum sempat meloloskan diri ke Indonesia.
- yg menyedihkan dlm hal ini segelintir pihak berkuasa bersengkonkol dlm hal tersebut.
- malah pada suatu ketika Malaysia di kenali sebagai negara penyeludupan manusia kerana angkara jalan tikus.