Rabu, Mac 26, 2014

JANJI TIAN CHUA : THE PEOPLE WILL BRING DOWN NAJIB IN 5 MONTHS




Tian Chua BERJANJI, kononnya rakyat akan bangkit menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh 5 (LIMA) bulan,  bermula pada tarikh Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. 


Kenyataan itu dicatatkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, di laman mikro twitternya pada 7 Mac lalu. Maksudnya, Chua berjanji rakyat akan menjatuhkan Najib sebelum 7 Ogos 2014.

Janji Chua tidak harus dipandang remeh kerana mencetuskan pelbagai persoalan.

Kata Chua, "The people will bring down Najib in 5 months".  'Rakyat' manakah dimaksudkan oleh Chua? Apakah faktor menyakinkan Chua kenyataan itu bakal dizahirkan?  Adakah agenda tersembunyi di sebalik janji itu?

Malaysia kini dihuni 30 juta RAKYAT (people).Adakah majoriti rakyat Malaysia bersetuju dengan kenyataannya itu? 

Chua harus ingat, Melayu itu bukan batu. Majoriti orang Melayu lazimnya akan bersatu tatkala mereka menyedari pemimpin dilantik secara sah diperkotak-katikkan.


Apakah kaedah paling berkesan bakal diaplikasikan untuk menjatuhkan Najib? Soalan itu perlu diajukan kepada Chua. Dalam siasatan selama sejam, adakah pasukan Polis Diraja Malaysia telah  pun mengetahui kaedah itu? 

Chua disiasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak lebih 3 tahun.

Klik di sini.


Dia mungkin terlupa, Najib, pemimpin Melayu diberikan mandat menjadi Perdana Menteri melalui proses pilihan raya. 

7 ulasan:

  1. SMTI-makin pelik politik di Malaysia ni. Macam macam perangai. Tanamkan sifat tauhid dalam diri dan bersyukur serta redha lah dengan ketentuan Allah. Ingatlah Allah adalah penentu yang terbaik untuk kita semua.

    BalasPadam
  2. Aku bimbang dengan pendirian KDN dalam isu ini ...

    BalasPadam
  3. Mampukan KDN memperkuatkuasakan undang2 ....

    BalasPadam
  4. 5 bulan lagi?? mesti ada perancangan jahat yang sedang mereka rancang... mungkin lebih teruk dari peristiwa lahat datu..

    BalasPadam
  5. Saya fikir perbuatan beliau mirip suatu bentuk ugutan liar serta ancaman tersirat yang perlu dipandang serius oleh pihak berwajib. Majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan perdamaian perlu menolak segera apa jua bentuk budaya ugutan kepada pemimpin negara yang telah dipilih melalui proses pilihanraya yang sah dan aman dalam perlembagaan. Kita tidak mahu ada di antara rakyat di negara ini berhasrat ingin menggugat keharmonian serta menjual maruah negara kepada pihak luar dengan harga paling murah.

    BalasPadam
  6. hmm....kita lihat sokongan rakyat kepada mereka semakin menurun. Adakah begitu mudah nak tumbangkan sebuah kerajaan yang memerintah dengan sokongan yang begitu? Kebelakangan ini pun himpunan mereka mencatat kehadiran yang kurang.

    Tapi ingat kejadian Sept 16 2008, ia hampir-hampir terjadi namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Peralihan kerajaan secara 'lompat' tidak berlaku menyebabkan penyokong Reformasin jatuh terduduk.

    BalasPadam
  7. Saya tertanya2 bagaimana harus dibuat utk mengubah minda rakyat yg mudah terpengaruh.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.