Jumaat, Mac 21, 2014

SIAPAKAH MELABEL ZAHARIE PENGGANAS?

Sejak 8 Mac lalu, ramai pengendali blog dan laman sosial lain menulis mengenai juruterbang berpengalaman pesawat MAS MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun. 

Melalui pembacaan, saya dapati, tiada antara mereka melabelkan anak kelahiran Pulau Pinang itu sebagai PENGGANAS. Dungu sekiranya mereka bertindak menulis dakwaan itu TANPA bukti disahkan. Jika Zaharie difitnah, beliau atau keluarga terdekat tentunya kelak berpeluang menyaman pihak melontarkan kenyataan tidak berasas. 

Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM berulang kali menjelaskan, siasatan dilakukan ke atas simulator diambil dari rumah Zaharie di Shah Alam, Selangor tidak memuktamatkan dia bersalah. Ramai lagi individu lain disiasat oleh PDRM, pembantu juruterbang, jurutera dan ahli keluarga.

Namun fakta tidak dapat disanggah, Zaharie, ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat, PKR seperti dimaklumkan oleh R. Sivarasa. Apapun, menjadi penyokong PKR, bukan satu kesalahan.


Secara tiba-tiba kini muncul pula Thanos Kontogiannis, moderator simulator penerbangan X-Sim-de dan pembekal peralatan berkaitan simulator dibina oleh Zaharie. 

Teliti kenyataan dicatatkan di blog Kontogiannis. 


"... race car drivers have motion simulators in their homes as well. Will they be deemed terrorists too?"

Apakah faktor konkrit mendorong pengendali blog terbabit mengeluarkan kenyataan seperti itu? Pihak manakah mengeluarkan kenyataan, pemilik simulator adalah PENGGANAS sehingga jurutera itu membuat perbandingan membabitkan pemandu kereta lumba?

Setakat ini, Kontogiannis tidak mendedahkan nama portal tempatan didakwa memfitnah Zaharie sebagai PENGGANAS.

Bertujuan mengelakkan kekeliruan, Kantogiannis harus mendedahkan sumber rujukannya. 

Klik di sini.

5 ulasan:

  1. Bila dah terlalu ramai jd pakar aviation. ..ni lah jadinya...di saat sukar ini mari lah kita hormati privacy keluarga yg trlibat

    BalasPadam
  2. Saya tidak bersetuju Kapten Zaharie dilabelkan sebagai pengganas dan saya percaya beliau bukanlah seorang pengganas. Tuduhan tanpa fakta dan bukti yang kukuh adalah persangkaan yang angkuh. Pernahkah kita mengupas secara mendalam bagaimana situasi sukar jika seseorang terpaksa atau dipaksa bertindak diluar dugaan? Dalam waktu yang sama terpaksa pula mengambil risiko paling kritikal untuk menyelamatkan nyawa sendiri dan lebih 200 nyawa lagi bergantung harap kepada keputusan terbaik dari beliau. Fikir-fikirkanlah...Tak rugi kita melahirkan rasa simpati kepada musibah yang menimpa orang lain. Bagaimana andainya musibah seperti itu menimpa keluarga kita pula?

    BalasPadam
  3. Kapten Zaharie
    Saya mungkin tidak kenal tuan tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
    saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
    tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
    saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
    tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
    kami sedih kehilangan MH370
    tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

    MH370...
    Selagi mereka belum temui rangka kamu
    kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
    kalau ada orang jahat larikan kamu
    Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
    atau terbangkan kamu ke Beijing
    seluruh dunia menanti khabar kamu.
    Saya harap kamu baik-baik sahaja

    Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
    tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
    hari ini semua orang menanti kamu
    hari ni dunia risaukan kamu
    hari ini semua orang sebut kamu

    Muncullah MH370
    ada jiwa yang menanti anaknya
    ada jiwa menanti suaminya
    ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
    ada jiwa menanti isterinya
    ada jiwa menanti ibunya
    ada jiwa menanti ayahnya
    ada jiwa menantikan anaknya

    Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
    Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
    Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
    tetapi darah kami sama
    merah pekat warnanya

    Kasih sayang kami sama
    Tuhan, dengan cinta dan rahmatMU
    temuikan MH370 segera.
    Kami sudah sedia
    Kami sudah redha
    Kami tahu KAU ada
    Kau menentukan segalanya...

    Manusia aneh-aneh jiwanya
    kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
    sudi kiranya kamu diam sahaja

    Manusia aneh-aneh jiwanya
    kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
    sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

    Manusia aneh-aneh jiwanya
    Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
    sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

    Manusia aneh-aneh jiwanya
    Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
    Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
    baik kalian diam dan bacalah cuma.

    MH370 muncullah kamu segera
    kami semua akan bersedia


    nukilan:-
    PNUT SYAFINAZ

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti dia muncul dalam mimpi kamu....tapi kalau dia muncul sebagai hantu kak limah ,saya tak bertanggungjawab..hahahahaha.saya bergurau jgn percaya apa yang saya katakan

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.