Sabtu, Mac 01, 2014

PATI : MASALAH TIDAK BERNOKTAH

Selesa lalu, Melvin Selvan Joseph, berusia 1 tahun 6 bulan dan Koay Jia Hiong, 5 tahun, ditemui mati akibat disembelih oleh amah mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh,Selangor.

Amah warga Indonesia, 30 tahun itu kemudian membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan, amah terbabit membunuh mangsa menggunakan dua jenis pisau.


Akhbar The Star melaporkan, di sini.

Dilaporkan, tiada dokumen perjalanan amah itu ditemui biarpun dia telah bertugas kira-kira  2 tahun.

Pegawai Kedutaan Indonesia, Dino Nurwahyudin berkata, pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia bekerjasama untuk mengenal pasti identiti amah terbabit. Beliau juga menimbulkan persoalan, bagaimanakah amah itu memasuki negara ini?

Bagi saya, soalan itu harus dijawab oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa terbabit mengawal pergerakan keluar masuk warga asing di Malaysia. 

Hairankah kita apabila amah itu berjaya membolosi Malaysia? Sedangkan kini kira-kira 400,000 pendatang asing tanpa izin, PATI masih bermastautin di negara kita. Mereka kini sedang diburu oleh pihak pelaksana Ops 6P.

Klik di sini.

Saya berasa hairan apabila terdapat media mencatatkan, pihak berkuasa tidak berkompromi dalam menangani kehadiran PATI. Jika tindakan mengekang lambakan PATI dilakukan lebih awal, masakan terdapat 400,000 PATI di Malaysia.

Cuba fikirkan.

Usahlah kita berasa hairan kerana itu satu kenyataan. Sekaligus kita boleh menganggap, masalah PATI tidak mampu dinoktahkan.

5 ulasan:

  1. selagi adanya rasuah, masalah macam ni takkan ada kesudahan.

    BalasPadam
  2. Jgnla bagi alasan rasuah semata. Kat Malaysia ni banyak jalan tikus. Pihak berkuasa kena tingkatkan pemantauan perairan negara.

    BalasPadam
  3. Hapuskan rasuah dulu..barulah semua proses bersih..

    BalasPadam
  4. imegrasen,polis laut,apmm,merekamereka ni ada jawapannya.

    BalasPadam
  5. Klu tak ada PATI ni susah jugak. Siapa nk kerja2 yg org Msia sendiri tak nk kerja. Nk ambil mereka berkerja secara sah kos terlalu mahal.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.