Rabu, Mac 12, 2014

RAKIT GETAH BERTULIS 'BOARDING' DITEMUI



Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan nelayan menemui rakit getah bertulis 'boarding' terapung kira-kira 10 batu nautika dari pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Saya difahamkan MAS menggunakan rakit getah digelar 'slide raft' berjenama Good Rich ditempatkan di 8 pintu kecemasan di dalam pesawat bersama gelungsur getah digunakan untuk pendaratan kecemasan di atas air.

"Slide raft itu dilengkapi pelbagai kemudahan kecemasan. Memang tulisan 'boarding' dicetak pada flight raft. Material berwarna oren itu mungkin kanopi, melindungi penumpang dari panas matahari ketika berada di lautan. Slide raft untuk tujuan latihan dicetak tulisan berwarna kelabu," jelas sumber saya.

Lapan Slide raft itu dilengkapi keperluan kecemasan, antaranya, makanan, lampu dan alat komunikasi terbabit mampu memuatkan kesemua penumpang pesawat.


Berikut kedudukan slide untuk pesawat Boeing 737


Pintu kecemasan Boeing 777




Operasi mencari dan menyelamat penumpang pesawat MH370 memasuki hari ke-5. Kini, usaha mencari pesawat terbabit telah dialihkan ke Selat Melaka dan Laut Andaman di utara Port Dickson.


Pelbagai berita belum disahkan kini tersebar luas di alam maya dan dijadikan buah mulut masyarakat Malaysia.

Jika rakit getah itu benar milik pesawat MH370, itu satu petunjuk menarik. Saya percaya, MAS mampu mengenalpasti identiti rakit getah itu.

"Slide raft juga dilengkapi Emergency Location Transmitter, bila rakit itu menyentuh air sahaja, alat itu diaktifkan secara automatik," ujar sumber lagi.

4 ulasan:

  1. Mudah2an Allah permudahkan pencarian ini..
    Ya Allah.. Pulangkan la mereka kepada kami walau dlm apa keadaan sekali pun..Kami redha akn ketentuan mu ya Allah...Kami mohon........... Amin.,.......

    BalasPadam
  2. Tadi bila kawan kata dah jumpa di Port Dickson saya rasa nak menagis tapi berita kosong lagi nampaknya.

    BalasPadam
  3. pada akhir laporan hmetro tu dkatakan rakit tu x dpt dselamatkan dan tgelam mcm tu je..ape ke jadah wey !!

    BalasPadam
  4. InsyaAllah, segalanya akan terungkai jua - Teruskan berdoa, mohonlah pada-Nya agar ada di antara kita mendapat petunjuk walaupun kita jauh daripada tempat kejadian. InsyaAllah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.