Rabu, Mac 26, 2014

PILOT ERROR (JURUTERBANG DIGANTUNG KERJA)


To err is human.

Bidalan Inggeris itu bermaksud, melakukan kesilapan itu sifat manusia.

Semalam saya menulis entri mengenai kenyataan juruterbang muda, Krish Jejendira, mendakwa kononnya kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat berhubung tragedi malang menimpa pesawat MAS MH370. Dakwaan itu dengan nada berang dicatatkan di laman sosialnya.


Persoalan penting saya timbulkan. 

Apakah antara maklumat diketahui oleh juruterbang itu tetapi tidak dimaklumkan oleh kerajaan Malaysia kepada keluarga mangsa MH370? Soalan itu saya ajukan dalam entri terdahulu, klik di sini.



Molek jika dia berkongsi maklumat itu bersama pihak polis.

Hemat saya, mencemarkan ketelusan maklumat di saat keluarga mangsa berduka, bukan tindakan bijak. Tambahan pula tatkala mata dunia mengerling ke arah negara kita.



Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis belum bersedia mendedahkan hasil siasatan terperinci. Siasatan kes ini diberikan keutamaaan.

Baca huraian ringkas di sini.

Saya yakin juruterbang itu gugup untuk menghuraikan dakwaan rambangnya. Ramai pembaca blog ini bersetuju, dia mengeluarkan kenyataan terbuka tanpa berfikir secara kritis.

Pilot error.

Akhirnya, juruterbang pendek akal memadamkan akaun facebooknya.

Klik di sini.

Terkini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, Krish digantung kerja dan siasatan dijalankan kerana mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai MH370.



Krish didapati telah melanggar arahan khusus, dilarang melontarkan komen secara terbuka mengenai kehilangan MH370 di Lautan Hindi agar tidak menghiris perasaan pihak lain.

Klik di sini.



14 ulasan:

  1. SMTI-gitulah akhirnya....lari dan sembunyi. Hiding limping dude.

    BalasPadam
  2. Kesian kan?

    Manusia macam ni selalunya komen guna perasaan tak mahu guna akal.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan
    Saya ada baca ini dalam satu blog
    Memang bunyinya logik dan membuatkan kita sendiri berfikir
    Adakah kita mangsa konspirasi....

    http://sisibukit.blogspot.com/2014/03/mh370-terdapat-5-agen-amerika-dan.html?m=1
    Rasanya kena tunggu Edward Snowden membuka mulut..seperti konspirasi 9/11....

    BalasPadam
  4. Ni la pailet yg xpaham ENGLISH ataupun shallow minded

    BalasPadam
  5. http://lawaksiyot.blogspot.com/2014/03/mh370-juruterbang-air-asia-x-digantung.html
    dah kena gantung,,

    BalasPadam
  6. kita harus bertanggungjawab dengan apa yang kita cakap/tulis. merencana satu teori satu hal, tetapi membuat tuduhan liar dan tanpa bukti kukuh adalah satu perkara yang berbeza..

    BalasPadam
  7. Terima akibatnya. Nak tunjuk pandai sangat.

    BalasPadam
  8. PADAN muka ko... nak tunjuk pandai sangat.. tak ada etika dan jati diri. sepatutnya kita berbilang bangsa, agama dan kaum bersatu membantu Malaysia negara kita dalam krisis yang sukar ini.. ni ko berlagak mcm orang cerdik tapi bodoh!

    BalasPadam
  9. Biar ini menjadi pengajaran. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

    BalasPadam
  10. kerana mulut bdn binasa, kerana lantang menulis status kerja binasa

    BalasPadam
  11. Berhati-hatilah menulis. Syabas Tuan Mazidul sentiasa berani membongkar dengan penuh etika penulisan jauh dari kata kurang sopan...

    Tahniah. Demi Malaysia!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.