Hemat saya, MalaysiaKini membuat satu keputusan berani dengan menghebahkan berita bertajuk sebegitu.
MalaysiaKini membuat rumusan terbabit berdasarkan laporan Associated Press, mengatakan berita MH370 itu dirampas bukan lagi teori tetapi sah.
Bagaimanapun laporan sama mencatatkan, motif rampasan belum dikenal pasti, begitu juga lokasi pesawat itu mendarat.
Portal berita AMERICA News 'A great nation deserves the truth' menjangkakan, pesawat MAS MH370 berkebarangkalian mendarat di pulau Diego Garcia.
Diego Garcia, klik di sini.
Princeton University Press mencetak maklumat mengenai Diego Garcia, klik di sini.
Editor blog terbabit, John Aravosis melakukan analisa logik sebelum memaparkan berita di blog mula beroperasi pada tahun 2004.
Untuk membaca laporan Aravosis, klik di sini.
Jam 1.30 tengah hari ini, pihak berkuasa Malaysia akan mengadakan sidang media seterusnya di Hotel Sama Sama, Sepang.
Semuga Allah SWT memakbulkan doa hamba-hambaNya yang soleh Saya percaya kita semua ingin melihat semua penumpang yang tidak berdosa itu dikembalikan kepangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Sementara yang bersalah mesti menerima hukuman setimpal kesalahan mereka. Apa pun, pihak berwajib perlu menoktahkan segera kemelut pencarian ini...
BalasPadam