Selasa, Mac 18, 2014

ZAHARIE 'TOK MENAKAN' CUCU ANWAR DAN AZIZAH


Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail berang apabila portal berita United Kingdom mengaitkan suaminya, Anwar Ibrahim dengan juruterbang pesawat MAS MH370, Kapten Zahari Ahmad Shah. 

Barangkali pada awalnya, sesiapa sahaja membaca tajuk MStar di atas, berfikir, Zaharie hanya sekadar ahli seumur hidup PKR sahaja.

Tidak lebih daripada itu.


Namun, kini ternyata, juruterbang itu adalah bapa saudara kepada menantunya. 

Klik di sini.


Blogger, Tun Faisal Ismail Aziz telah ditemu bual oleh wartawan portal Malaysia Kini dan mendakwa Wan Azizah tidak berkata benar. 


Klik di sini.

Hemat saya, jika Wan Azizah serta Anwar bersifat jujur, mereka tidak perlu mengelirukan rakyat Malaysia.  

Nyatakan hanya FAKTA Dan KEBENARAN.

Hari ini, Anwar bertindak tidak ubah seperti pesawat MH370, berpatah balik. Sebelum ini, mendakwa tidak mengenali juruterbang itu dan hari ini mengesahkan,  Zaharie saudara kepada menantunya sendiri. 



Hakikatnya, dalam tatacara kehidupan masyarakat Melayu, saudara menantu, sudah semestinya saudara Anwar dan Wan Azizah juga. 

Tidakkah begitu? Lainlah jika pasangan pemimpin PKR itu tidak mengenali saudara-mara mereka. Maka molek sekiranya Anwar dan Azizah menghubungi isteri dan anak Zaharie untuk menjelaskan situasi sebenar secara peribadi.


"Kami berdua memang kenal Zaharie. Kalau mengikut aturannya, dia tok menakan cucu kami dan kami amat menghargai sokongan Zaharie terhadap PKR selama ini"

Katakan begitu, pasti perasaan mereka lebih lega.

Anwar dan Zaharie berasal dari Pulau Pinang. Kalau di negeri itu 'datuk saudara' dipangil 'tok penakan'.

Dalam perjuangan politik telus, susah senang, ahli dan pemimpin harus bersama. Bukan menafikan hubungan kekeluargaan tatkala Zaharie disiasat oleh polis. Ramai lagi individu lain sedang disiasat oleh pihak berkuasa. Polis hanya melaksanakan tugasan rutin mereka dan setakat ini, TIADA pihak melabelkan juruterbang berpengalaman itu sebagai perampas pesawat mahupun penjenayah.

Zaharie tidak bersalah sehingga mahkamah membuktikan sebaliknya.

Apapun, jutaan rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama masih terus mendoakan agar MH370 kembali kepangkuan negara dengan selamat.



7 ulasan:

  1. Kalau lagu ni Orang Kedah pangge "putaq alam"...

    BalasPadam
  2. pembonggak betul dua laki bini ni... pasal politik tak nak mengaku sedara..... jahil!

    BalasPadam
  3. Udah-udah le tuuuu...jgn menambah lagi saham dosa kita...tutup jer la citer ni..meh ler kita reramai berdoa supaya MH370 selamat..supaya bangsa melayu selamat..dan yg penting supaya tanah air kita yang tercinta ni selamat..AMINNNNNN...sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan bak cari dosa.. tapi nak templak sikap anwar ni... mula2 tak mengaku.. pastu mengaku. bila dah kantoi... kemain salahkan kerajaan pulak pasal peswat hilang... giler2 salahkan najib. kan anwar ni bijak bodoh nak tutup dan alihkan tajuk yang die dah kantoi menipu... memang sikap anwar peliwat ni yang suka menpalitkan silap die pada orang lain..................

      Padam
  4. setuju dgn Rynna JSD...xyah laa kita rumitkan keadaan..biarlah DSAI xnak ngaku pon...xde kesudahan klu kita asek dok ungkit benda yg dah lepas..sama² lah kita memanjatkan doa agar MH370 kembali dgn selamat...

    BalasPadam
  5. Saya dah 'cemuih' dengan putaq belit depa.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.