Khamis, Mac 13, 2014

MH370 : BANYAK PIHAK TERTEKAN TETAPI ...



Anjung tinjau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA, masih terus dikunjungi oleh orang ramai.


Sebilangan daripada mereka, singgah mencatatkan mesej mendoakan keselamatan penumpang pesawat MH370 di hamparan kertas putih.


Gerak-geri pengunjung diawasi oleh 2 anggota polis BANTUAN bertugas.

"Yesterday, I didn't have any problem recording video at Anjung Tinjau but not today," ujar Denise Reese.

"Oh! Most probably after the shaman (bomoh) performed his ritual yesterday," ujar saya.

Klik di sini.

"I missed that twice. Would they be here again today?," soal wartawan media Ruptly itu.

"I don't think so. The Religious Department has prohibited them from coming here," balas saya.


Denise wartawan dan jurugambar berasal dari Berlin, Jerman, mula membuat liputan kehilangan pesawat MAS bermula Isnin lalu.

"I ll be going back tomorrow evening," katanya lagi.


Hampir setiap pengunjung membawa kamera ke lokasi itu, mereka dekati.

"Tidak boleh merakamkan video di sini," ujar mereka.

Lalu saya bertanya.

"Mengapakah dilarang merakamkan video?," saya bersuara.

"Kami hanya mengikut arahan," balas seorang daripada polis itu.

"Sejak bilakah arahan itu dikeluarkan?," soal saya lagi.

"Pagi tadi," balasnya ringkas.

Bertujuan mendapatkan fakta tepat, saya mengajukan satu lagi soalan.

"Pagi dalam pukul berapa? Lapan? Sembilan?"

"Pagilah!!," balasnya.

"Encik, bertenanglah. Tidak perlu meninggikan suara. Saya bertanya secara baik, cuba jawab dengan baik," nasihat saya kepada anak muda berseragam itu.

Saya percaya, banyak pihak berasa tertekan dengan kehilangan MH370 tetapi komunikasi secara profesional harus terus dipraktikkan.

Tugas mereka dapat dipermudahkan sekiranya pihak pengurusan KLIA meletakkan papan tanda di laluan ke Anjung Tinjau, 'No video recording'.


Berkebetulan, selepas itu, saya terserempak dengan Ketua Polis Negara,  KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar di lobi Hotel Sama Sama. Sambil bersalaman, saya membisikkan fakta kepada beliau.

"Saya menonton televisyen sewaktu Tan Sri mengendalikan sidang media bersama wartawan tempatan dan antarabangsa tempoh hari. Tan Sri kelihatan tenang dan bersahaja, kemas. Datuk Seri Hishamuddin (Tun Hussein) pun bagus"

"Ya ke?," soal pegawai polis itu.

"Ya," balas saya.

Beliau tersenyum dan kemudian beredar.

Sebagai KPN, beliau juga pastinya tertekan dengan situasi semasa tetapi masih bersifat profesional.

Polis BANTUAN bertugas di Anjung tinjau itu juga harus mewarisi dan mempraktikkan sifat mesra sebegitu tatkala menjawab soalan. Antara tugas wartawan, bertanya, untuk memperoleh berita tepat dan bukan berbentuk spekulasi.

Jadi tidak salah menghormati.

3 ulasan:

  1. Polis Bantuan ni la biasanya yg lebih sudu dari kuah...xdak ETIKA keja dan x memartabatkan logo yg tersemat.

    BalasPadam
  2. bukan nk menghina, tapi apa yg sy perhatikan, golongan yg menjadi polis bantuan ni adalah dari golongan yg sebenarnya 'x layak' utk menjadi org yg menjaga keamanan..lagak melebihi polis sebenar..~

    BalasPadam
  3. Saya juga pernah berhadapan dgn kerenah polis bantuan yg kurang menghormati orang lain di Bank Negara Malaysia di Bahagian Mel.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.