Komen Syarul Harfizi menjadi viral di laman sosial semalam.
Biar apapun parti disertai, penganut agama Islam harus kembali kepada asas ajaran agama yang syumul.
Mereka terlalu taksub dengan pemimpin sanggup melemparkan pelbagai kejian, makian dan hinaan terhdapad penyokong parti tidak sehaluan.
Kebencian disemaikan, ukhwah direnggangkan.
Ingatlah, Melayu dikenali kerana adab sopan tatkala berbicara. Melayu menegur secara berlapik bukan mengikut emosi. Apabila gambar di atas saya kongsikan di laman facebook, terselit satu komen anak Melayu.
Saya kurang pasti dengan maksud komen sebegitu. Barangkali terlalu banyak kahak di tekaknya. Lalu saya terpanggil untuk meneliti kumpulan disertai oleh Ahmad Akram di laman sosial.
Jawaban ditemui.
Jawaban ditemui.
Klik di sini.
agaknya Tengku Ahmad Akram sedang menghidapi selesma dan batuk2...
BalasPadamdh tgok fb dia..dia ludah muka anak dia tu...
BalasPadamjantan memalukan...cer nnti rasa cmne if orang hak tui kan ayah dia.....beradap sikit bila nk jdi bapak tu..
BalasPadamSebenarnya saya kurang arif mengulas penyakit manusia fanatik politik seperti ini. Justeru mata dan telinga mereka mungkin telah tertutup rapat daripada menerima apatah lagi mengakui hujah dan fakta pihak lain meskipun benar. Saya kurang pasti samada beliau terperangkap dengan idealisma melampau pihak yang suka mengambil prinsip ‘matlamat menghalalkan apa jua cara’ asalkan orang yang dibenci berterusan sakit hati. Manifestasi seperti itu lebih kepada apa yang bidalan Melayu pernah saya dengar – bagai jelongak kerbau lampung…
BalasPadamSudah terang lagi bersuluh..solat itu wajib
BalasPadamApa masalahnya? Dalam kubur nantipun sorang sorang. Tapi janganlah meludah sampai begitu. Jangan bergaduh sesama Islam. Kita semua akan mati. Juka beliau salah, teguralah secara berhemah. Manusia tidak lari dari kesilapan. Hanya Rasullullah yang sempurna.
BalasPadamNama dan Keturunan baik-baik, tapi kalau xdak ADAP memang sampah
BalasPadamSebab ramai orang Melayu sekarang menjadikan parti politik sebagai agamanya.Kalau ditanya malaikat nanti siapakah saudaramu,bolehlah jawab saudara2 ku ahli2 parti x.
BalasPadamtu yang kurang ajar tu.. ada sedang nazak dengan penyakit hati............ tiada rasa kasih sesama manusia seperti yang dituntut oleh Islam. Islam kah yang meludah berkahak tu???????? nanti kok kena cancer tekak!
BalasPadamSMTI-fanatik huru hara orang ni
BalasPadam