Kenyataan Ibrahim Mat Zin, di atas dipaparkan di You Tube. Dia terusik apabila Khairy Jamaluddin bersuara di laman mikro twitter beliau.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM pula mengeluarkan kenyataan berikut di laman Facebook.
13 Mac, JAKIM dilapor menempatkan pegawai penguatkuasa di KLIA untuk memantau kegiatan ritual Ibrahim. Walhal, Ibrahim dan pembantunya berada di lapangan terbang terbabit pada11 dan 12 Mac.
hehehe JAKIM ni mana ada berani bro, setau saya ada jabatan islam di utara hanya berani keluarkan surat amaran kepada orang islam tentang kedai2 kek cina dan peniaga2 melayu yang jual makanan tak halal di tepi jalan, tapi tak berani ambil tindakan. nak berani macam mana, ibrahim mat zin ni ada kabel dan merupakan orang kuat dalam UMNO,dia ramal pak lah menang besar dan pernah tolong dr mahathir-ada dia sebut dalam video nak tampar khairy tu.saya yakin tiada orang jakim berani tangkap dia, kalau tangkap pun mesti lepas balik
BalasPadamBerkaitan aktiviti perbomohan atau pengamal pengubatan samada bercanggah dengan hukum syarak atau tidak mengikut panduan dan etika pengubatan cara Islam, pandangan saya kita perlu bukti fakta yang jelas sebelum menghukum . Islam tidak melarang penggunaan bahan atau peralatan pengubatan yang suci dan halal serta yang selari dengan kaedah Sunnah Nabi SAW. Bomoh juga tidak boleh menggunakan alatan berunsur pemujaan agama lain, yang syirik, yang memudaratkan atau yang kotor serta najis. Menggunakan ayat Al-Quran juga perlu jelas dan lancar agar mengikut tertib dan tartil bacaan. Jika pedoman ini tidak kelihatan dalam amalan Raja Bomoh maka usahlah kita cepat melatah... Serahkan saja kepada pihak yang pakar dalam hukum ahkam agama menentukan.
BalasPadamDalam krisis melibatkan kepentingan negara, ada pulak menteri yang ambil kesempatan bergaduh dengan bomoh cap kelapa.. Memalukan!!
BalasPadam