Selasa, Julai 31, 2012

KENYATAAN BERCANGGAH

Mari bersama kita baca 2 kenyataan dicatatkan oleh di akhbar sama dalam tempoh 2 hari.

Kenyataan 1 berbunyi ...

'Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini semalam' - Norazman Bashah (Suami) 

Petikan di atas antara paparan akhbar Kosmo semalam, klik di sini.

Dalam artikel sama, mayat dilaporkan ditemui oleh suami Syaleza, Norazman Bashah, 31 tahun.


Bedah siasat di Hospital Sungai Buloh dilakukan oleh doktor pakar di antara jam 12 tengahari dan 3 petang, 2 hari lalu sebelum jenazah dikebumikan di Labis, Johor. 

Teliti pula kenyataan saya petik daripada akbar sama hari ini.

Kenyataan 2 ...


"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan BUKANNYA menggantung diri namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu" - Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (Ketua Polis Selangor)


Sila klik di sini untuk menbaca laporan penuh akbar terbabit.  

Secara literal, kenyataan 1 dan kenyataan 2, bercanggah.

Suspek kini direman selama 7 hari dan saya percaya Pegawai Penyiasat bertugas melaksanakan tugas sebaiknya.

Gambar : Ihsan Kosmo dan Google.

12 ulasan:

  1. semoga arwah Syaleza dapat keadilan sewajarnya. Jangan la jd mcm kes yg babitkan suami bunuh isteri berulang lagi terlepas bebas kerana mslh teknikal

    BalasPadam
  2. Baisalah surat khabar ni....bukannya bleh percaya 100%

    BalasPadam
  3. Ghani Muhamad, saya tidak mengatakan laporan akhbar itu tidak betul.

    Wartawan menulis berlandaskan kenyataan dikeluarkan oleh pihak polis dan saya juga tidak menuduh kenyataan pihak berkuasa itu tidak tepat.

    Jika dilihat, 2 kenyataan itu dikeluarkan oleh 2 pihak berbeza.

    Itu sahaja.

    BalasPadam
  4. harap2 polis dapat buat siasatan dgn lebih terperinci... kalau betul ada unsur jenayah, semoga penjenayah dapat hukuman yg sewajarnya

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. salam.

    Berkaitan kes ni, harap pihak polis dapat menjalankan siasatan yg terbaik utk rungkai fakta sebenar kematian Arwah. Semoga Arwah tenang di Sana, insyaAllah

    BalasPadam
  6. apa kesudahannya?

    itu yg kita kena tengok nanti.

    BalasPadam
  7. yeaa.. setuju bro..

    masyarakat kini memberi tumpuan sambil menunggu kesudahan kes ini seperti mana kes.. peg polis di Seremban mengamuk tempuh hari..

    BalasPadam
  8. Dah agak dah...mustahil ianya bunuh diri...ia pasti dibunuh...tunggu dan lihat kebenarannnya nnt...

    BalasPadam
  9. Luahan hati seorang perempuan: Kalau sampai mengantung diri, kemungkinan besar, masaalah yg dihadapi arwah telah lama dia simpan sampaikan sanggup berbuat demikian...huhuhu
    Hanya DIA maha mengetahui..
    Jika sebaliknya, siasatan/hukuman stimpal perlu dijalankan...

    MOga arwah tenang disana..

    BalasPadam
  10. 1. Rasulullah bersabda:
    “"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142))...Doa sy buat arwah semoga tergolong dalam gol yang syahid andai akhir hayatnya beliau berusaha membela diri beliau ketika dibunuh..Wallahuaklambissawab

    BalasPadam
  11. semoga arwah syaleza akan dapat keadilan..yang bersalah perlu dihukum..kadang2 nafsu menguasai diri,manusia hilang pertimbangan waras..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.