Isnin, Julai 09, 2012

GAGAL MENJADI INSPEKTOR POLIS KERANA ...

Semalam secara kebetulan sewaktu berada di kampung Sungai Bil, saya dihampiri oleh lelaki berusia 23 tahun.


"Saya menghadiri sesi temuduga pengambilan Inspektor polis di Ipoh, Perak pada awal bulan ini. Beberapa tahun sebelum itu saya telah diterima sebagai anggota tentera namun pada masa sama saya telah diberikan peluang  untuk meneruskan pelajaran di Universiti Teknologi Mara. Setelah menamatkan pengajian Sarjana Muda dalam bidang Sains Sukan, saya kemudian amat berminat untuk menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM. Malangnya, hanya kerana daging jari saya terlebih sedikit, permohonan saya telah ditolak," dakwanya.

"Tunjukkan jari itu," pinta saya.


"Sebenarnya jari saya disambung sewaktu cedera di usia kecil, bukan cacat sejak dilahirkan. Pada awalnya saya ditemuduga anggota berpangkat Kopral. Menurut beliau, jari sebegitu menyukarkan untuk pengambilan cop jari," katanya.

"Jari kita sepuluh, kalau cacat satu, sembilan lagi menunggu," gurau rakan berdiri di sebelah saya.

"Sewaktu sesi temuduga, saya diarahkan untuk push up (tekan tubi) sepuluh kali. Saya buat lima belas kali. Disuruh berlari dua pusingan  di sekeliling dewan, saya berlari tiga pusingan. Saya memang minat untuk menyertai PDRM. Semangat saya bukan kepalang. Saya kemudian ditemuduga oleh pegawai berpangkat ASP dan dalam keadaan berseluar dalam, beliau mengatakan bahu saya senget. Sebenarnya, sebelum ini saya bertugas sebagai trainer di gymnasium, Fitness First di Kuala Lumpur, selalu mengangkat besi. Jadi bahu kanan saya kelihatan lebih besar, bukan cacat," keluhnya lagi.

Dia anak kampung dan melalui pengamatan saya, semangatnya kental dan jitu. Dia hanya ingin berkhidmat sebagai pegawai penguatkuasa di negara dicintai.

"Saya dimaklumkan, mengikut syarat ditetapkan, jari tidak boleh berlebih daripada satu RUAS. Jika abang tengok, ibu jari KIRI ini bukan lebih daripada satu RUAS. Namun hujah saya telah ditolak. Saya berasa amat kecewa tetapi barangkali bukan rezeki lagi untuk menjadi pegawai polis," jelasnya.


"Saya bersetuju, Kalau rezeki kita tetap akan menjadi rezeki kita dan kalau bukan rezeki kita, tidak akan menjadi rezeki kita. Begitulah lumrah kehidupan," celah saya.

"Sebenarnya saya menunggu sejak dari tahun 2010 untuk menghadiri sesi temuduga itu. InsyaAllah saya akan pergi ke Bukit Aman untuk membuat rayuan," katanya.

Barangkali pegawai polis berpengalaman mampu untuk berkongsi pandangan berhubung kes ini. 

Anak Melayu, berpendidikan dan bersemangat kental, gagal menjadi sebahagian daripada pegawai PDRM hanya kerana jari?

43 ulasan:

  1. SMTI : Seharusnya pihak penemuduga haruslah memberi tunjuk sebab atau ALASAN yg KUKUH mengapa mereka ini tak diterima masuk atas alasan sebegini.Supaya tak kecewa sedang hati mereka begitu berhajat nk berkhidmat utk negara. Pelik la..'kecacatan' sebegini kecil begitu BESAR di mata mereka.. MOga ada pihak yg tampil berkongsi SEBAB MUSABAB mengapa kes2 spt ini permohonannya ditolak..:))) * sekalilgsayarasakomensayabegitu'waras'* heheh...

    BalasPadam
  2. funny betul la... tak la jari di jadikan alasan untuk digagalkan dlm temuduga PDRM... macam tak profesional jer...

    BalasPadam
  3. sedih/kesian pulak membacanya.. rintihan anak bangsa melayu di tanah melayu...

    mungkin ..
    1.. kerana daging jari terlebih sedikit, tidak memenuhi piawaian "International Standards Organization (ISO 19000)".. gamaknya la..
    2.. "bahu senget"..
    gamaknya yg xcukup tinggi pun ramai..
    3.. biasanya persoalan mcmni la timbul.. kata org dulu2... 'xdak kable ka ?'

    wallahualam..

    BalasPadam
  4. assalam abg mazidul..

    ramai juga yg saya lihat dari kalangan sanak saudara dan org kampung yang gagal bila pegi temuduga pasukan beruniform.. bukan nak memburukkan negara sendiri tapi ada juga yang telah diterima bekerja saya lihat banyak juga yang tidak mengikut standard.. sperti tinggi (ada yang rendah baik lelaki mahupun wanita), fizikal badan ( kurang pasti pulak sama ada selepas diterima bekerja baru mereka berperut boroi. ehehhe)kadang-kadang terfikir bagaimana mereka boleh diterima sebagai pasukan beruniform.. maaf... tidak semua begitu... (terfikir juga memang kabel kuat agaknya)... wallahualam...

    BalasPadam
  5. kesian dia,patotnya orang seperti ini tkboleh diketepikan kerana cintanya pada pdrm,...harap pihak pdrm dpt bagi ulasan...sayang anak kampung yang bersemangat tinggi musnah harapan....

    BalasPadam
  6. Jgn salahkan pihak PDRM mmg pemilihan mereka sgt sgt ketat dan terperinci. Jika anda kurang tinggi 1 inchi pun anda akan direject.
    Kepada anak muda yg bersemanagat waja nie jgn putus asa blih try masuk sukarelawan polis ataupun try polis bantuan.

    BalasPadam
  7. Kpg anak muda yg bersemangat waja nie usah putus asa cuba lagi dimasa hadapan atau cuba masuk sukarelawan polis dulu ataupun boleh try masuk polis bantuan.

    BalasPadam
  8. saya berpengalaman dalam memohon Jawatan Inspektor pada tahun 1999 dan 2000

    Pada 1999 - Alasan berninat dan bercita-cita nak jadi polis tak boleh di terima pakai oleh Panel pengambilan - walaupon secara fizikal & kelulusan memenuhi syarat..

    Pada 2000 - alasan pinggang tak sekata (bukankah memakai unfiform) di jadikan alasan untuk di tolak.. tapi pelik.. rakan saya yang berkaca mata (tetapi semasa temuduga memakai contact lens) di terima hanya kerana ada KABEL BESAR.

    _ maaf andai kata saya keterlaluan mungkin antara itulah sebab mengapa pasukan PDRM ada "MASALAH DALAMAN"

    -Buat SDR tersebut.. andainya kita tidak di terima tetapi masih ada banyak lagi ruang untuk kita berkhidmat kepada negara.

    BalasPadam
  9. saudara harus bersyukur kerana tak jadi polis.
    jadi polis bahaya dan nyawa sentiasa terancam. diancam oleh orang awam. ie. BERSIH, mat Rempit, PATI, ibu ayam, mat Black africa dll.
    ALLAH lebih mengetahui, apasal lu tak boleh jadi polis.

    BalasPadam
  10. selalu berlaku begitu.
    yg betul2 bermniat nak keje tak dapat tapi yang suka-suka gi intebiu senang pulak dapat.

    harap adik tu berjaya dalam rayuannya

    BalasPadam
  11. saya sokong pendapat Unknown tu.jgn berputus asa.byk lagi cara utk sertai polis atau unit beruniform lain.boleh cuba sbg sukarelawan polis atau polis bantuan. syarat kemasukan x ketat.utk menyertai polis mmg syarat ketat and kadang kala reason sbb direject mmg x masuk akal. disebabkan penerimaan permohonan yg begitu ramai maka pdrm mengetatkan syarat hingga benda yg remeh temeh pon dititikberatkan. saya juga pernah dipanggil temuduga inspektor pdrm walaupon berkaca mata tp di reject dgn alasan kaki sedikit bengkok. tp saya tidak patah semangat. saya masih boleh mencurahkan bakti kpd masyarakat, bangsa dan negara dgn menyertai pasukan sukarelawan JPAM sehingga kini.. peace yo! :)

    BalasPadam
  12. saya sendiri pernah menghadiri sesi temuduga pengambila inspetor polis di kuching. saya masih ingat. pada tahun 2006. bangun awal sekitar jam 5 pg untuk mendapatkan bas bagi menghadiri temuduga d IPD KUCHING. boleh di katatan sepanjang hari saya berada disitu menjaladi beberapa proses dan sebagai nya. tekan tubi lulus, beri koman lulus, fizikal badan lulus,...asas memang sudah ada sebb saya ahli kadet polis ari peringkat sekolah rendah hingga ke menengah atas...12 years spending time joining the police cadet...atas dasar minat dan kagum dgn bidang kepolisian..dan bercita untuk berkhimat sebagai angota polis bila tamat pengajian kelak..(konon nya) masih saya ingat masa itu..agak ramai yg bercita cita hendak menabur bakti untuk berkhidmat dalam bidang penguatkuasaan terdiri dari lapisan kaum..iban,bidayuh,melayu,cina dan india. namun ramai juga yg hampa ats sebab sebab yg tidak melayakkan mereka. dari jam 6 pagi hingga 9 mlm saya berada ditu menunggu keputusan dan akhir nya pulang dgn hampa tambah merana..habok pun takrak! nak pulang tak ada bas..hendak atau tidak, terpaksa bermalam di loby hospital berdekatan menunggu hari siang..dgn mudah alasan yg diberi oleh pegawai yg memilih..jari tidak lurus.... hah? tidak munasabah langsung...munkin mereka ada sebab tertentu namun, org awam apa tahu?..sekadar mencuba nasib. tidak berbaloi semua khidmat saya dlm kadet polis digagalkan sebegitu sahaja..sijil kehadiran dan menyertaan semasa menjadi ahli kadet polis sekadar kertas yg tidak memberi sebarang makna..hanya d sebabkan jari tidak lurus untuk buat tabik hormat...pehh!..timbul persoalan. adakah semua recruit yg dipilih itu akan terus ke tugas medan? takkan tak ada bahagian lain? pancaragam ada,k-9 ada,automotif ada,semboyan ada, persenjataan ada,bahagian pejabat,logistik...terdapat banyak bahagian yg boleh di isi oleh recruit. saya harap pihak yg bertanggungjawab dalam pengambilan dan pemilihan recruit baru perlu lebih peka dgn situasi ini....pasal sijil kadet polis tu tak payah cakap ler...saya dah buat 'fire starter'untuk masak daging pansuh.

    BalasPadam
  13. Adik sya pun sama ditolak hanya krn betis ada parut gigitan nyamuk.sya musykil, ni nak ambil polis ka nak ambil model?

    BalasPadam
  14. Salam. Sy pun pernah hadir ibterview inspektor, tahun 2006 di jempol. Nyaris gagal sbb penemuduga katabahu sy senget. Tp xde jodoh ngn PDRM sbb org tua xgalakkan sgt. Skrg, sy berkhidmat ngn PDRM. Gagal ujian polis, ada lg alternatif lain. Mungkin seseorang itu buleh join ATM, kastam, imigresen dll. Setiap bidang ada cabaran masing2..

    BalasPadam
  15. firdaus aziz ..
    aku xfahamla.. ko tulis apa ni..??

    "Tp xde jodoh ngn PDRM sbb org tua xgalakkan sgt. Skrg, sy berkhidmat ngn PDRM. Gagal ujian polis, ada lg alternatif lain..."

    sblum sent tu..
    ko baca balik dak...?

    BalasPadam
  16. Suami saya pesara pegawai polis di Bukit Aman. Anaknya pernah memohon untuk jawatan Inspektor semasa dia masih bertugas, masuk hari ke dua atau ketiga dia dihantar pulang kerana tangan tak lurus coz pernah patah masa kecik2.

    Tak timbul isu kabel besar atau tidak jika amanah yang digalas dibuat seikhlasnya. Kalau nak ikut kabel rasanya suami saya jugak kenal dengan pegawai besar2 sestengahnya teman satu squad dulu2.

    Jangan mudah menunding jari kerana mereka ada guide line tersendiri. Mungkin satu dua kes terlepas pandang tapi bak kata suami kalau kita mengambil pelatih yang tidak memenuhi kreteria dan di persoal kemungkinan org yang menemuduga kena ambil tindakan tatatertib.

    BalasPadam
  17. SMTI - Kesian adik ni, mungkin rezeki dia kat lain kot, cuba mohon TLDM atau TUDM pula, mana tahu rezeki 'Berkhidmat untuk negara" disitu.

    BalasPadam
  18. kesian betul saudara tu kerana jari habis tak dapat masuk polis... tu belum lagi golongan2 OKU lain yang tak dapat masuk kerja gomen atau swasta disebabkan kecacatan mereka... padahal kadang2 tu kerja lebih bagus dari orang yg sempurna tubuh badan... aku ada member OKU, kerja lebih bagus dan rajin dari orang lain kerana dia merasakan sangat bersyukur dan bertuah mendapat pekerjaan dan membalas semula dengan kerajinan dan usaha bersungguh2, berbeza dgn sesetengah orang normal bila dapat kerja, kerja melepak buat ala kadar je kerana dah berada di zon selesa...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  19. huhu sama lah dgn nasib aku.. dah dekat 10 kali dari tak rabun skung dah rabun memang tak dapat lah aku jadi polis..time g interview dari tangan bengkok ,jari bengkok,bahu bengkok,mcm2 alasan aku terima... bila aku tengok cermin ok je pon... aku tak paham org macam mana mereka cari... ada 1 kes time aku g interview budak ni lembut sikit aku tengok tinggi dia pon kurang...tp ayah dia polis...ayah dia g tempat org interview popek2 last2 budak tu lepas... bayangkan lah aku yang sihat dari segi fizikal dan semua mcm2 kecacatan pulak aku terima tijme aku interview...dulu semangat aku berkobar2 nak jadi polis..tp sekarang baru aku sedar mungkin time darurat nanti baru senang nak masuk polis...

    BalasPadam
  20. Lelaki kena temuduga pakai seluar dalam?
    Kalau perempuan kene pakai apa?
    Apa hak seseorang untuk menidakkan hak aurat seseorang yang lain?
    Tepat mentaliti seorang blogger yang saya kenali.."yang hina, hampir semuanya boleh dilihat di PDRM".
    Yang ikhlas meminta kerja pun didedahkan dengan perkara seperti ini, apatah lagi yang telah 'berkuasa'.
    Salam.

    BalasPadam
  21. jika kita tidak mengetahui sesuatu perkara, eloklah dapatkan penjelasan mereka yg arif mengenainya, x payahlah komen kalau kita bukan ahli dlm perkara tsbt.

    BalasPadam
  22. saya turut mendapat panggilan untuk sesi ujian fizikal inspektor tapi pada hari yang sama turut mendapat panggilan dari SPA untuk jwtan pegawai keselamatan.Last2 saya memilih untuk pergi ujian fizikal pegawai keselamatan selepas call PDRM untuk mintak tunda n diaorg ckp akan inform semula tarikh baru.Untuk pengetahuan,saya sgt aktif ke gym dan dari segi susuk tubuh saya agak konfiden la namun pada ujian pertama ,BMI saya melepasi syarat iaitu syarat BMI 19-26 dan BMI saya ialah 26.2 .Serta merta gagal.Ramai bebdak yang turut serta ujian terkejut tgk saya gagal ada juga yg bergurau supaya saya pergi ujibakat artis sahaja.Sangat kecewa gak arituh tapi maybe bukan rezeki kot.last2 yang lepas bebudak yang kurus kurus badan kcik.selepas balik dan sembang dgn trainer gym saya,dia ckp bebdk men gym mmg BMI lari.Ya la,kami memang berat tapi bukan lemak,just otot.Apakan daya,mungkin nombor dikertas lebih baik dari penampilan.dan PDRM pon sampai kesudah tak Call..tanam anggur ler skrg..huhuhu..

    BalasPadam
  23. BMI (Body Mass Index) adalah kaedah mnentukan keseimbangan antara berat badan dgn ketinggian..conthnya berat 75kg tp tggi cuma 167cm..mmg out of shape coz pnampilan calon polis tu da x balance..(bole imagine x) tu syarat nak msuk polis..tp bila da dpt jawatan tu xda sapa pun akn ptikaikan soal BMI..apa nak buat..da selection SOP PDRM mcm tu..bkn soal lemak..otot kekar atau tulang besi..klu bdn tegap mcm Batista tp tinggi takat 150cm..mcm kartun klu pakai Uniform..

    BalasPadam
  24. saya ada interview jawatan inspektor esok.. adeh.. wish me luck eh??

    BalasPadam
  25. ermm..ni psl PDRM..sy just nk share..sy ada dpt utk ujian fizikal/imigresen akn dtg ni..dan sy merupakan peminat tegar t'hadap kerja beruniform...tp mungkin itu hanya mimpi kot..sbb BMI sy tergolong dlm kategori Obesss...sedih mmg sedih...rse mcm x adil bla kalangan mcm sy tidak boleh menyertai kerja yg beruniform ni..apa salah nye diberi peluang sekurg2 sy boleh mengurangkan obess sy bla diterima msk latihan nnti..dan mungkin sy jd kurg obess..2 kn seruan kerajaan suoh kurgkn thap obesiti ni..so sy jd keliru..sekiranya sy pergi sy akan ditolak mentah2 tnpa perlu lalui ujian lain...dan kalo sy x pergi..rse ya allah menyesalnye...keliru2..

    BalasPadam
  26. salam..dulu pada tahun 2003 sy dh penah lulus interview bg jawatan konstabel..sume ujian fizikal dan lisan sy lepas...dan 2-3hari lps tu buat medical checkup kat hospital tanah merah.kelantan.pun lulus..pegawai polis di sana dh bgtau dkt sy suruh 2nggu jawapan panggilan utk diapanggil jer dlm masa 2minggu...sy tunggu punya tunggu dkt sbln..bila sy pegi tanye balik dkt ipd tanah merah apa status sy...yg dijwb...sy hanya calon simpanan dan nama sy dh smp kat bkt aman tp ditapis lg..

    lps tu sy xberputus asa...5x sy try lg utk jwtn sama..mmg pyh nk lps...dh timbul mcm...peha rapat sgt...xlps tmuduga lisan..kawad kaki xbetul..smp la skunk dh umur lebih..mmg xlyk dh utk mintak polis mata pun dh rabun..sy xtau apa sbb sy gagal utk interview sy yg pertama tu sehingga sy kene interview balik dan kene start dari kosong smula..

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  29. salam , saya berminat nak menjadi anggota polis nie , semangat tuh berkobar kobar . tapi bila baca komen komen dari semua nie , semangat tuh terus kurang nak jadi anggota polis . alasan alasan yang diberi oleh pegawai seperti komen komen di atas tidak masuk akal dan terus tolak serta merta , tapi nak buat macam mana dah ikut tertib kan . harap semangat nak jadi polis nie tak hilang bila dapat tahu macam nie . belum cuba belum tahu :)

    BalasPadam
  30. tapi saya pernah dengar org ckp, kalau tangan bengkok tak leh jadi polis sebab nty tembak tak tepat. lagi satu polis atau tentera x kan accept org yg pakai gigi Paksu jugak. sebab gigi neh dia mcm penunjuk untuk kandungan kalsium dalam badan seseorang, kalau gigi dia elok bermaksud tulang dia kuat. wallahuallam.. ni pon dengar ade satu teman neh bercerita

    BalasPadam
  31. Saya dah dua kali interview polis tp xdapat..tahun ni kali ketiga lepas ujian fizikal..skrg tunggu 2nd interview..sekarang pun dah setahun join sukarelawan polis..kalau xdapat jadi regular jd simpanan pun jadilah..minat punya pasal :)

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. salam...nk tnye..sesape yg pnah pegi interbiu PVR tu leh x share info...sbb kte dpt insp pvr ni..mohon jasa baik kalian..thanks..

    BalasPadam
  34. PVR selection dia xseketat regular..pas check fizikal, interview 4 panel..konstabel pun kena 4 panel, 1 DSP, 2 ASP, 1 Inspektor..

    BalasPadam
  35. sy interview inspektor polis tahun lepas di FRU ipoh, dr pkul 7.30 hgga jam 10pg, tiba giliran saya, xlepas hnya kerana ukuran dada kurang 2cm...2CM?? bsar mne la tu...slah sy juga xkmbangkan dada sket..kot la :(

    BalasPadam
  36. mcm pelik jer.. nk tanya ni.. saya apply jawatan Inspektor and Sarjan dalam spa. yang dapat interview Inspektor..
    Orang cakap Inspektor just orang yang ada degree jer.. saya hanya ada diploma.. agak2, kita pegi interview, kena tolak tak kalau tak da sijil Degree.
    Kalau dia dah tau kita tak da degree, buat apa diorang panggil.. nanti kita berharap..

    BalasPadam
  37. Cik bubblefeey,sy 20.3 fizikal inspektor,mggu lepas fzikal sarjan,alhamdulillah da lepas tggu utk lisan skrg ni..utk inspektor syaratnya mempunyai degree, ada pgwai mse sy fzikal srjn mggu lps die tya sape yg xde dgree dpggil utk insp baik jgn pergi sbb confirm xdpt sbb syrt die mmpunyai dgree,ni ksilapan sbb pdrm link ngan Spa..srjan xpanggil ker fzikal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, lepas lulus fizikal sarjan tu, dia dah panggil intebiu lisan dh ke?

      Padam
  38. ala...lau jari tu mengganggu tugas,menembak ke takpe ar jugak nak reject...huh...

    BalasPadam
  39. assalamualaikum..sye nk bertanya kalau spm gagal mathematics...tpi lulus(sejarah&bm lulus)dikira lulus spm walaupun yg lain gagal.tak kisahlah math atau lain..boleh ke tidak memohon polis...sye minat sgt nk jdi polis..minta pendapat...anda...tq

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.