Ahad, Julai 08, 2012

PREMIS JUDI DI SLIM VILLAGE BEROPERASI KEMBALI

Pada 15 Januari 2012, saya menulis berhubung kewujudan premis menawarkan perjudian berkomputer di pekan kecil, Slim Village, klik di sini.


Sehari kemudian, saya nukilkan fakta berhubung premis sama, klik di sini.


10 hari selepas itu saya menerima emel dihantar oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim sekaligus dimaklumkan tindakan telah diambil, klik di sini.

Malam semalam saya berpeluang minum bersama beberapa penduduk kampung berhampiran premis judi terbabit. 


"Bulan April lalu, pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menyerbu premis judi di pekan ini tetapi sejak kira-kira 2 bulan lalu, premis sama mula beroperasi semula. Dibuka awal petang, ditutup apabila semua pelanggan balik. Saya anggarkan lebih 20 mesin judi berkomputer ada di dalam. Pemilik dan pekerja bukan penduduk di sini. Masalahnya, apabila mereka berjudi kalah, getah beku pun hilang," ujar penduduk.


Saya mendengar luahan hati mereka.

"Kami meminta jasa baik Mazidul, kalau boleh mohon masalah ini diajukan kepada pihak berkuasa. Slim Village ini pekan kecil dan kebanyakan penduduk di kampung sekitar, bukan orang senang. Kekadang pekerja kilang kereta tidak jauh dari tempat kita pun terjebak, 'menghantar' duit gaji ke premis judi. Tolonglah, kalau boleh dimaklumkan kes ini kepada polis di Bukit Aman," kata penduduk lagi.


Untuk rekod, di bahagian atas pintu masuk ke premis itu ditampal logo 'Digi'.

Saya kemudian bergerak ke kampung berhampiran dan bertemu pesara kerajaaan, bekas pegawai Tatatertib  Bukit Aman.

"Saya telah menghantar maklumat ke Rakan Cop. Sebelum ini telah ditutup, tidak pula saya tahu premis terbabit beroperasi semula," komen beliau.

Jarak di antara Balai Polis Slim Village dan premis terbabit dianggarkan kurang 500 meter. Perhatikan gambar balai di kanan manakala premis judi terbabit terletak hanya kira-kira 100 meter dari lokasi kereta berwarna putih di sebelah kiri.


Berikut gambar dari pekan Slim Village ke balai.


Saya dimaklumkan, beberapa ketua kampung di sekitar juga kurang menyenangi operasi premis perjudian terbabit. 

Namun setakat ini keluhan mereka belum mampu dinoktahkan.

"Dengarnya mereka sudah berbincang dengan kakitangan Pejabat Daerah tetapi tindakan tidak dapat dilaksanakan kerana Pilihan Raya sudah dekat," keluh penduduk saya temui.

"Ha? Apa kena mengena di antara operasi premis perjudian dengan Pilihan Raya?," soal saya.

Mereka terdiam.

4 ulasan:

  1. nampaknya premis judi haram semakin banyak... tapi macam mana pula dengan premis judi halal? halal yakni yang mendapat lesen kerajaan kerana ramai juga orang melayu islam boleh masuk dan beli judi... selain premis judi haram, mohon pihak berkuasa menjalankan juga pemantauan di premis2 judi "halal" ini...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Apa kena mengena di antara operasi premis perjudian dengan Pilihan Raya? ... ' UNGKAPAN ' yang menarik !!! apa saja yang boleh ' mengganggu-gugat ' sokongan rakyat dari kaum tertentu terutamanya .. di kawasan yang majoriti kaum tersebut adalah penduduknya .. atau boleh mempengaruhi dan memberi kesan pada sokongan dari kaum yang sama di kawasan/ daerah / negeri berdekatan atau negeri lain .. MAKA akan di ' buat tak endah ' jerrr .... itulah politk malaysia .

    BalasPadam
  3. SMTI : Teringin nak dengar 'jawapan' daripada soalan 'maut' tu.. Tak tau pulak operasi premis perjudian ini berkait rapat dgn pilihanraya.. musykil..:))

    BalasPadam
  4. bukan setakat premis judi saja. kedai DVD haram di depan ambank tanjung malim masih beroperasi. walhal semasa saya lalu ada polis yang sedang menyeberang dari kedai ke arah bank. halalkah gaji mereka..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.