Isnin, Julai 23, 2012

HARAM!

Menggunakan cermin sisi kiri kenderaan, saya melihat motosikal ditunggang oleh lelaki muda, dibonceng oleh isteri dan anak kecil. Pada masa sama, saya ingin memakir kenderaan di kiri jalan berhampiran Bazar Ramadan di Damansara Damai, Petaling Kaya, Selangor.

Saya memberika isyarat ke kiri, motosikal terbabit diberhentikan buat seketika dan penunggang memberikan laluan kepada saya untuk meletakkan kenderaan.

Sebaik keluar dari kenderaan, saya disapa oleh penunggang motosikal terbabit dengan wajah marah.

"Saya baca blog awak setiap hari tetapi awak bawa kereta macam HARAM!," katanya.

Saya melihat wajahnya dan menjeling nombor pendaftaran motosikal, barangkali dia berasal dari Pulau Pinang.

"Bawa kereta macam HARAM!," herdiknya sekali lagi dalam loghat utara.

"Saya tidak pernah memaksa awak membaca blog. Lain kali kalau menunggang motosikal, pakailah topi keledar," balas saya.

Jika pada pandangan mata dia, saya bersalah berikutan cara pemanduan kenderaan, saya memohon maaf.

Apapun, dia juga tidak mematuhi undang-undang jalanaraya. Menunggang motosikal bersama isteri dan anak tanpa memakai topi keledar, membahayakan nyawa mereka sekaligus melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1985.

Jika ingin menegur, tegurlah secara baik, apa salahnya. Saya ini insan penakut, tambahan pula di bulan Ramadan.

Kita sesama Melayu. 

Untuk rekod, motosikal mereka naiki TIDAK bergesel dengan kenderaan saya pandu, jauh sekali dilanggar. 


Namun bukan dia dan keluarga sahaja tidak memakai topi keledar, ramai lagi. 


Sepatutnya, dia berkata ...

"HARAM! Hang pa tak sayang nyawa ka? Awat tak pakai topi keledaq? Kalu bergesel dengan kereta, lagu mana? Apa jadi?"

Bagi saya, itu kepala mereka, gasaklah.

Jika dia masih membaca blog ini, biar saya terangkan kes berhubung kegiatan 'HARAM'. 

Kegiatan haram berlaku di hadapan matanya dan banyak mata lain.


Perhatikan gambar saya rakamkan di bazar terbabit.


"Macam HARAM! Hang guna budak kecik untuk meraih simpati. HARAM sungguh! Kasihanlah kat budak tu! Dia duk minum susu lagi dah bawak dia mengemis"

Saya tabik hormat kepada lelaki terbabit jika dia berani berkata begitu kepada pengemis wanita warga asing secara terang-terangan mengeksplotasi anak kecil di atas. 

Katakan juga kepada pengemis warga Kemboja di bawah ...

"HARAM! Hang boleh selamba guna tongkat tapi dok menagih simpati di sini. Aku pun tak faham, lagu mana hang boleh ada kat sini"


Kalau dia benar benar berani, bersama membanteras kegiatan HARAM mengutip wang secara tidak sah itu, pasti pengemis di atas akan beredar.


"HARAM! Lagu mana mak cik tua boleh duduk di sini? Mana pi anak anak dia? Tak patut, tak patut"


Warga asing di atas mendakwa bisu sewaktu saya cuba bertanyakan negara asal kelahirannya. Namun melalui pengalaan, saya percaya itu cuma sekadar tipu helah bertujuan melindungi  identiti dirinya daripada dibongkar.

HARAM sungguh! 

19 ulasan:

  1. smti: tiba je ramadhan aktiviti diaorg semakin rancak.!! Mana pihak berkuasa ni??!!

    BalasPadam
  2. opps.. tertinggal sikit lg.. takmo sebut HARAM.. nk sebut WAJIB !!!..WAJIB Banteras aktiviti puak2 ni!!WAJIB..WAJIB !!

    BalasPadam
  3. (alamak) bukan main marah lagi bro...habis semua redah HARAM!! sana HARAM! sini...ilek bro...

    tu ler macam2 aktivii haram di bulan ramadhan ni...pandai mereka ambil kesempatan pula....

    BalasPadam
  4. pelik pulak jalan sikit punya besar 2 lane lagi, tak mcm jalan kampung pun tapi orang boleh selamba bawak motor tak pakai helmet... benci betul orang yg tak follow peraturan jalanraya ni. mohon polis dan jpj buat roadblock dan pemantauan kat situ

    BalasPadam
  5. Salam Bro...
    Menurut sains, pada permulaan puasa hinggalah puasa keempat, paras glukosa dalam darah berkurangan yang mana akan mempengaruhi perlakuan seseorg contohnya menjadi cepat marah, manakala kekurangan glukosa juga membuatkan kepala menjadi panas yg menyebabkan ramai yg kurang gemar memakai topi keledar....hehehehe...sorry, jgn marah arrr...
    ( Abaikan segala yg tak saintik kenyataan diatas, hanyalah gurauan semata.)

    BalasPadam
  6. hahaha... ada gak pakai topi keledar tapi anak kecik tak pakai apa2 pun... kenapa kepala anak yg setahun jagung lagi keras dari bapaknya @ bapaknya boleh buat anak lain kalau yg dibonceng tu nyawa melayang bila terhumban atas tar jalan...??

    BalasPadam
  7. Macam kat Thailand. Tak bawak helmet sbb takut kena curik kat Pasar Ramadan. Silap haribulan, bukan saja juadah yang di beli, helmet baru pun kena beli.

    Memang bulan puasa, tapi manusia tetap manusia, kalau ada kesempatan nak buat duit lebih dengan cara senang, akan digunakan sebaik boleh.

    BalasPadam
  8. "Saya baca blog awak setiap hari tetapi awak bawa kereta macam HARAM!," katanya.

    "Bawa kereta macam HARAM!," herdiknya sekali lagi dalam loghat utara.


    kahkahkah !!..
    geli hatii... !!

    "Namun bukan dia dan keluarga sahaja tidak memakai topi keledar, ramai lagi. "

    broo..
    jangan2.. penghulu/tok sidang udah warta kawasan tu.. xperlu bertopi keledar.. sbagai umpan/raih undi utk tahun2 kedepan.. akan dilantik sbagai org kuat jajahan la pulak .. kot laa..
    kahkahkah...

    BalasPadam
  9. 1 hal lg,pelik dgn prangai masing2,asal pegi masjid nk semayang jumaat mesti depa(xsemua) x pkai helmet.pihak brwajib x ambil tindakan k atau trlepas pandang?kebanyakan semuanya pandai menggunakn otak bknnye org gile.org gile pn pndai tidur beralas bang...

    BalasPadam
  10. Panas kena maki sebab berebut sampai himpit motor (saya) kat pasar Ramadhan ye bang ?

    /bublers
    http://bub.my

    BalasPadam
  11. As salam Bro,

    Sja nk betoi kn sikit petikan "Awat tak pakai topi keledaq?"

    Org Utara tak pangey topi KELEDAQ, depa sebut topi KLEDA takpun HELMET ...

    - Thank you -

    BalasPadam
  12. salam..ooooOOOo..haram nooo bwk keta..agknya dia nak "potong" belah kiri tetiba bro bg signal nak pakir ke kiri kot..JPJ mane ajaq dia potong kenderaan belah kiri,iye dok?arwah pak sya dlu2,klu ada mat2 motor ni nak potong sbelah kiri van,mintak mahap lah.nko takkan dapat punye.dia himpit smapai bahu kiri jalan,nko nak memotong p sbelah kanan jalan..padan muka kan?

    BalasPadam
  13. Abg mazidul, minta tolong jasa baik abg pegi area Puchong Perdana, masok ke area2 flat2 melayu tu, dekat masjid terapung.1st roundabout straight, 2nd roundabout left. situ byk mat2 motor cik2 motor ibu bapa tak pakai topi keledar bawak mcm pelesit. ada polis pun, polis ignore. saya tak paham betollah!

    BalasPadam
  14. Salam..wah tak sangka hang selamba je komen kat sini en.bub ...saje provok ka?...mau tak panas..klau tak, takkan buat n3 HARAM ni...miahahaha

    BalasPadam
  15. topi keledaq ???? ... harammm aaa... org utagha mana panggey keledaq weiii... kami panggey helmet/topi kleda ja. dah dah la... pi tulih pasai pak itam aka negro hang ka la lagi baik. elehh, hang kalo naik moto pun belum tentu hang pakai helmet derrr kalo takat umah 30 - 40 meter dari pasar ramadhan tu.. hishhhh cemuih la aku kat mamat nih..

    BalasPadam
  16. ada kat sini selalu hari2 menggunakan motorsikal pergi kerja? ada pernah merasai menunggang motorsikal? pernah tahu apa yang dirasai penunggang motorsikal?

    BalasPadam
  17. pernah tunggang motorsikal ke tempat kerja? pernah tunggang motorsikal di kawasan kampung? pernah tahu perasaan penunggang di kala kesesakan? pernah tahu keadaan penunggang di jalan raya?...

    BalasPadam
  18. hhehehhe..hamboi..tekejut sy bila terbaca ada perkataan "keledaQ"...terpikiaq2 betoi ka da loghat utara sebut keledaQ??hehehehe...ehhehehehe...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.